Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tips. Papar semua catatan
Pemanduan: redah banjir

BANJIR satu malapetaka atau bencana alam paling digeruni pemandu terutama apabila mereka terkandas dalam kesesakan jalan raya manakala paras air mulai naik mendadak sehingga enjin kenderaan tiba-tiba mati.
Musim hujan kebelakangan ini pasti meresahkan pemandu kerana selain kesesakan lalu lintas, pemandu bimbang terperangkap dalam banjir kilat.Justeru, anda perlu berhati-hati jika meredah air yang dalam kerana tindakan itu boleh mengundang musibah di kemudian hari.
Merentasi banjir boleh membahayakan sebahagian tali kipas dan menyebabkan enjin kenderaan rosak.Kesan kerosakan boleh dirasai dalam masa satu hari apabila enjin kereta sukar dihidupkan pagi keesokan paginya dan apabila hidup, ia berjalan tidak lancar menyebabkan kenderaan terpaksa dibawa ke bengkel.
Walaupun menukar beberapa komponen seperti palam pencucuh dan membuat pelarasan atau mencuci enjin, masalah sama tetap berlaku.Malah, selepas beberapa minggu, kereta masih lagi meragam dan beberapa komponen lain pula didapati rosak.
Air hujan mengandungi asid dan kotoran halus termasuk lumpur yang jika memasuki bahagian enjin boleh menyebabkan karat serta meningkatkan pergeseran apabila bercampur dengan minyak pelincir dan minyak gear.
Antara beberapa langkah boleh dilakukan sekiranya enjin kenderaan anda dimasuki air akibat banjir atau meredah air sebelum dikesan mengalami kerosakan lebih besar.
Jika enjin kenderaan terendam di air walaupun cuma beberapa saat, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan semua minyak pelincir seberapa segera dan menggantikannya dengan yang baru.
Usah berani mengambil risiko 'menggunakan khidmat' minyak pelincir yang sedia ada dalam enjin kerana ia boleh merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga akhirnya satu persatu komponen lain turut rosak.
Penukaran minyak gear tidak sepenting minyak pelincir tetapi anda dinasihatkan menukarnya kerana minyak gear yang kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear.
Perlu diingat, kerosakan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, tetapi menjangkau beberapa tahun selepas itu sehinggalah anda mula menyedari enjin kenderaan anda 'makan duit'.
Penapis minyak pelincir mesti ditukar kerana minyak pelincir yang bercampur air lumpur mungkin tersedut dalam penapis berkenaan dan akan bercampur pula dengan minyak pelincir yang baru.Selepas itu, dua perkara penting yang perlu dilakukan ialah membasuh kenderaan secara semburan dengan air deras ke semua bahagian yang dirasakan perlu terutama bahagian enjin.
Ketika melakukan kerja semburan air ini, elak menghala hos ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir bagi menghindari air memasuki karburator atau tangki minyak pelincir. Jangan lupa halakan air deras pada bahagian brek pada roda kereta agar segala keladak yang sukar kelihatan dengan mata kasar tertanggal sepenuhnya.
Usah berani mengambil risiko terus menggunakan minyak pelincir sedia ada dalam tempoh masa lama kerana pelincir yang bercampur air boleh merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga satu persatu komponen lain turut rosak.Biasanya kerosakan tidak berlaku dalam masa yang singkat dan pemilik kenderaan yang berjaya mengharungi banjir perlu melakukan servis di bengkel.
Tips Jadikan Teksi/ Kereta sentiasa berkilat

Biasanya, kenderaan yang kalis air (air tak lekat pada body)ialahkenderaan yang baru sahaja dihantar poslish kat kedai. Tapi buatsakit hati je kalau lepas polish dua tiga hari... kesan kalis air sudah mula kurang dan akhirnya kenderaan menjadi comot.. Kos untuk polish pula bukannya murah... malah berpuluh-puluh ringgit.
Di sini saya nak berkongsi tip tentang cara mudah untuk menghasilkan body kereta yang kalis air. Rahsianya ialah... ..bilas dengan PELEMBUT PAKAIAN. .
Cara-caranya ialah:
1. Cuci kereta anda sebersih-bersihnya.
2. Bilas dengan air biasa dahulu..
3. Sediakan separuh baldi air dan bancuhkan dengan sepenutup penuh pelembut pakaiaan..
4. Larutan tadi anda boleh lap dengan kain atau disemburkan dengan pam pemyembur pada seluruh body kereta anda. (getah/cermin semua boleh)..
5. Biarkan larutan itu seketika pada badan kereta anda. Pada masa ini anda akan dapat melihat kesan serta merta larutan itu terhadap air yang melekat pada body kereta. Air yang melekat akan serta-merta menjadi bintik-bintik dan akhirnya mengalir turun. .
6. Jangan tunggu kering baru lap... .tetapi lap dengan kain lembab dengan larutan tadi sehingga kering. .
Dengan cara ini... anda seolah olah telah mempolish kereta anda. Anda boleh ulang berkali-kali proses (4)~(6) pada bila-bila masa (kalau kereta tak kotor sangat). .
Larutan itu juga anda boleh masukkan ke dalam tangki pengelap cermin supaya cermin anda seperti mencurah air di daun keladi. Kebaikan guna larutan ini ialah ia tidak mengaratkan logam (baik untuk body kereta dan pemancut cecair cermin) malah menghalang pengaratan kerana benda ini selamat pada mesen basuh anda. .
Semua PELEMBUT PAKAIAN adalah sesuai..tak kiralah apa brand pun.
9 TIPS KEPADA ISTERI MENJAGA RUMAHTANGGA
Lama tak update
9 TIPS KEPADA ISTERI AGAR RUMAHTANGGA ANDA BOLEH TERUS BAHAGIA MELALUI "AIR TANGAN" ANDA!
Di zaman ini kebanyakkan isteri mempunyai kerjaya yang memaksa mereka untuk memikul tanggungjawan dan tugasan di pejabat lebih berat. Akan tetapi anda harus ingat, jangan sampai anda abaikan 100% aspek memasak untuk suami anda ini. Kelak buruk padahnya.
9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda.
1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan.
2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)