Memaparkan catatan dengan label aplikasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aplikasi. Papar semua catatan

Teksi motosikal banyak mudarat tidak patuh syariah

gojek
teksi motosikal
Cadangan kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini mengundang rasa kurang senang orang awam yang bimbang sekiranya tidak mematuhi syariah.
Orang awam menyuarakan kebimbangan sama dan menggesa kerajaan untuk membuat kajian mendalam sebelum ia dilaksanakan.

Kerajaan perlu membuat kajian berkaitan keselamatan dan meneliti hukum agama. Jika nak buat ikutlah undang-undang Islam iaitu penunggang lelaki hanya boleh mengambi pelanggan lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Nur Arifin setiap hari menggunakan laluan motor bagi menjalankan tugas turut menyuarakan keadaan laluan motosikal yang kurang selamat digunakan,akibat perkara itu dia terpaksa melencong jalan utama, kerana bimbang menggunakan laluan motosikal.
“Laluan motosikal ada lubang, saya risau bila air naik sehingga saya terpaksa ikut jalan besar walaupun berisiko tinggi. “Saya lebih sanggup kena saman dari berlaku kemalangan, terpaksalah, ikut situasi,” katanya.

Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid menyifatkan perkhidmatan teksi motor yang diluluskan kabinet sebagai tidak Islamik.Menurutnya, adalah lebih elok ditiadakan perkhidmatan tersebut bagi mengelakkan fitnah.

Untuk rekod, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan pengguna motosikal amat tinggi lebih-lebih lagi golongan itu penyumbang terbesar dalam statistik kematian, purata kematian kemalangan motosikal seramai 18 orang setiap hari sepanjang 2018 berbanding 19 tahun 2017.

Statistik PDRM,pada 2018 merekodkan 550,000 kemalangan dan 6,824 kes melibatkan kematian.Dari angka itu, 65% kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, cadangannya untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal mendapat lampu hijau daripada kabinet. Perkhidmatan itu bukan sahaja mengelakkan golongan muda terdedah kepada aktiviti lumba haram tetapi secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan terbabit.

Cadangan itu mendapat banyak kritikan namun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa mana-mana pihak tidak menggunakan perkhidmatan itu jika rasa tidak selamat.

Sementara itu, bagi seorang lagi responden, Mohd Fauzi Abdul Latif, perkhidmatan teksi motosikal banyak mendatangkan bahaya berbanding kebaikan kerana melibatkan soal keselamatan.Keadaan laluan motosikal tidak dijaga dengan baik dibimbangi akan menambah jumlah statistik kematian melibatkan penunggang motosikal. “Masih banyak kawasan tak berapa selamat seperti jalan berlubang dan di kawasan terowong agak gelap kerana lampu kurang, ia mengundang bahaya. “Saya tak nampak lagi kebaikan teksi motosikal, banyak bahaya dari kebaikan. Faham-faham lah, yang bawa lelaki, belakang perempuan, dari sudut Islam memang gagal,” katanya.Kaum wanita tidak sesuai sebagai penunggang teksi motosikal.“Kalau saya sebagai pelanggan, saya mahu penunggang itu lelaki, baru saya naik. Saya cadang tak payah buat,” katanya.

Bagi Farhan Che Hassan,dari Port Dickson berpendapat,perkhidmatan itu sesuai dibuat di kawasan bandar yang sibuk.Baginya, walaupun dia tinggal dipusat tumpuan pelancong namun golongan itu lebih memerlukan perkhidmatan yang lebih selesa seperti bas dan teksi."Di Malaysia motosikal bukan pengangkutan utama,seperti Vietnam dan Indonesia.Orang masih memilih keselesaan berbanding motosikal.

“Kerajaan perlu tambah bas demi keselamatan dan keselesaan. Jika dilaksanaan perkhidmatan itu, kerajaan perlu mengumpul maklumat lengkap penunggang motosikal bagi mengelakkan berlakunya jenayah dan tak sesuai untuk orang Islam".

Bagi Md Nabil Husain, aplikasi perkhidmatan teksi motosikal perlu lengkap dengan data penunggang agar pelanggan boleh memilih perkhidmatan mereka,perkhidmatan itu perlu sesuai kepada pelanggan beragama Islam.

“Kalau tanya saya, dari sudut teksi motosikal, saya sebagai orang Islam, kita perlu tahu kaedah yang nak digunakan, agak susah nak tahu siapa yang datang (ambil pelanggan).
“Contoh saya pesan, yang datang tu perempuan, macam mana? Saya nampak banyak mudarat dari segi kita orang Islam, susah nak kawal dan laksana.Budaya orang Islam mana boleh naik lelaki perempuan.Perhalusi penggunaan aplikasi, penumpang kena tahu siapa bawa kita. Boleh juga jadi isu ambil kesempatan terhadap perempuan,” katanya yang ditemui di Lebuhraya Persekutuan.
Read More

Dego Ride akan muncul kembali

Dego Ride
Dego Ride
Perkhidmatan teksi motosikal, Dego Ride menyifatkan kelebihan yang dimiliki sebagai syarikat tempatan merupakan bonus dalam usaha membantu warga tempatan untuk menjana pendapatan harian mereka.

Pengasas bersama Dego Ride, Afzan Lutfi berkata, sebagai syarikat tempatan, Dego Ride lebih memahami kehendak dan keperluan pelanggan di Malaysia.

“Saya melihat Dego Ride sebagai juara tempatan. Kami merupakan produk Malaysia dan kami bangga dengan itu.

“Kami memiliki kelebihan untuk lebih memahami pasaran tempatan dan juga keperluan pelanggan,”

Dalam pada itu, mengulas tentang kemunculan semula Dego Ride di pasaran, Afzan memberitahu, terdapat beberapa jalan untuk boleh diusahakan sama ada beroperasi secara sendiri atau menerusi jalinan kerjasama .

“Bagi Dego Ride, pelanggan kami boleh melanggan perkhidmatan yang disediakan dengan pantas dan pada masa sama boleh meningkatkan taraf hidup mereka yang ingin menjana pendapatan,” katanya.
Read More

Senarai E-Hailing yang beroperasi.



Berikut Merupakan Senarai 31 Pengendali E-Hailing yang diluluskan BEROPERASI oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) setakat 25 Julai 2019
Read More

Asal usul Grab



Saya sebenarnya sudah malas nak ulas isu teksi dan grab ini. Namun bagi menjelaskan asal usul Grab saya setuju untuk buat satu ulasan.

Asal usul Grab.

Aplikasi Grab sebelum ini dikenali sebagai MyTeksi. lanya dikhususkan untuk pelanggan membuat tempahan atas talian tanpa perlu menelefon operator teksi seiring dengan teknologi.

MyTeksi yang diasaskan oleh cucu kepada pemilik Tan Chong (Nissan) mula bertapak di negara ini melalui kerjasama dengan syarikat Teksi Comfort yang dimiliki oleh Datuk Aslah.

Comfort teksi merupakan syarikat yang mendominasi pasaran di kawasan Subang Jaya.

Ketika mula diperkenalkan aplikasi MyTeksi, pemandu teksi berpusu-pusu merebut peluang. Keutamaan diberikan kepada pemandu Comfort terlebih dahulu. Ye lah, teknologi canggih kut.

Setiap pemandu teksi yang berdaftar dibekalkan dengan kod tersendiri.

Tugas mereka adalah memastikan setiap penumpang yang naik teksi sama ada dari tepi jalan atau tempahan ndividu akan memuat turun aplikasi MyTeksi pada telefon bimbit mereka.

Setiap satu muat turun di telefon bimbit penumpang dengan menggunakan kod yang diberi, melayakkan pemandu teksi mendapat bonus.

Dalam erti kata lain, komisen introducer Hari demi hari semakin rancak aplikasi MyTeksi. Semakin ramai pelanggan yang guna dan apabila mengetahui pemandu teksi mendapat pendapatan yang lumayan, pemandu yang tidak celik IT juga mula turut belajar menggunakannya.

Berjuta data penumpang dikutip oleh pihak MyTeksi. Setelah mereka yakin dengan data yang ada, syarikat Comfort teksi dipinggirkan. Pemandu masih setia pada MyTeksi.

Bayangkan, dalam seminggu, pemandu boleh dapat bonus yang besar dengan hanya melengkapkan jumlah trip tertentu.

Malapetaka besar menunggu pemandu teksi bila Uber masuk ke negara ini. Kerajaan melalui salah satu anak syarikat pelaburan negara membuat pelaburan di dalam Uber Ketika ini, MyTeksi mula agak goyah.

MyTeksi bergantung hanya kepada teksi tetapi sedangkan Uber menggunakan kereta orang awam yang tidak mempunyai permit perdagangan.

Operasi Uber langsung tidak diganggu. Mungkin kerana Kerajaan ada saham didalamnya.

Melihat pada operasi Uber yang tidak diganggu dan jumlah komisen yang tinggi diambil dari pemandu Uber, MyTeksi dalam diam mula merekrut kenderaan persendirian.

Bagi mereka ini adalah peluang untuk membuat duit. Dengan pemandu teksi mereka hanya ambil komisen bermula dari 50sen sehingga maksima RM4 bagi setiap trip Lain pula ceritanya bila mereka rekrut kenderaan persendirian .

Mereka caj pemandu komisen pada kadar 20 % dari tambang penumpang .

Hah Tepuk . More money coming. Jika anda tauke syarikat sudah pasti anda akan beri lebih tugasan kepada kereta persendirian dari teksi.

Betul tak?

Sebab apa?

Lebih pendapatan.

Hari demi hari, tugasan untuk pemandu teksi yang menggunakan aplikasi MyTeksi semakin berkurangan.

Kerana apa?

Kerana dalam aplikasi ditunjukkan kepada pelanggan perbandingan harga. Gilalah, kalau pelanggan ambil yang mahal.

Betul tak?

Jika dahulu dalam satu minit, akan ada 10 tugasan yang muncul di aplikasi pemandu teksi, namun kini 10 minit hanya 1 tugasan.

Lama - kelamaan ramai pemandu teksi yang menarik diri dari aplikasi ini kerana ianya sudah tidak membantu .

Dari 90 % kini hanya tinggal 14 % sepertimana kata nenek Nancy Syukri.

Sudah cukup dengan pemandu persendirian, MyTeksi dijenamakan semula dengan nama Grab.

Disini tidak timbul isu pemandu teksi menolak teknologi. Mereka terlebih dahulu menggunakan aplikasi ini didalam negara.(yang pertama app taxi mongger pada tahun 2011).

Bilamana Kerajaan meluluskan akta e-hailing, ia sepatutnya telah berkuatkuasa serta merta.

Seharusnya Kerajaan bertindak tanpa perlu memberi tempoh yang panjang kepada syarikat e-hailing yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini untuk mendaftarkan kenderaan mereka kepada pihak berkuasa.

Tempoh satu tahun yang diberi adalah sekadar wayang yang akan diulang tayang dari masa ke semasa.

Kenapa perlu satu tahun sedangkan operasi syarikat e-hailing ini telah berada dalam pasaran selama 5 tahun.

Data pemandu pada mereka sudah cukup untuk terus mengarahkan segala yang ada dalam akta dipatuhi. Dan saya tidak peduli pun pada apa yang bakal datang di masa mendatang kerana saya yakin, bila kita beri servis terbaik, kita akan sentiasa dicari.

Rezeki Allah itu cukup luas. Insya-allah dengan doa dari emak, anak isteri, keluarga serta kawan-kawan, Allah akan mudahkan rezeki saya. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.

Abang Teksi
Brown Eyes Brown Cab
Shah Alam
Read More

Teksi Motosikal diharamkan beroperasi






Kementerian Pengangkutan tidak pernah mengeluarkan permit dan lesen untuk perkhidmatan “teksi motosikal” bagi pengambilan penumpang menggunakan motosikal.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, perkhidmatan teksi moto dikenali sebagai Dego Ride menyalahi Akta Pengangkutan Jalan 1987. “Tiada lesen dikeluarkan untuk teksi motosikal, kalau mereka membuat perniagaan, ia adalah sesuatu yang salah.

“Kita boleh dakwa mereka di bawah Lesen Kenderaan Moto (LKM) untuk kegunaan peribadi dan bukan perniagaan,”

Dego Ride beroperasi menggunakan aplikasi maya sejak November lalu semakin popular dalam kalangan warga kota sebagai alternatif murah serta pantas untuk mengatasi masalah kesesakan di ibu negara. Perkhidmatan yang menyamai “ojek” di Indonesia dan “motorsai rap chang” di Thailand itu menawarkan tambang murah untuk warga kota.

Aziz berkata, "kerajaan hanya membenarkan perkhidmatan Uber serta Grab yang beroperasi menggunakan aplikasi maya".

p/s Uber dan Grab pun belum diluluskan,kenapa dibenarkan? Nampak sangat,kalau tak "masyukkk" pasti dikambing hitamkan. Sama juga easy taxi dahulu bila dikambing hitamkan.
Read More

Teksi pengangkutan awam yang sah

TEKSI ADALAH PENGANGKUTAN AWAM CUKUP SIFAT YG DIPERAKUI DISELURUH DUNIA :

Perkhidmatan Teksi adalah perkhidmatan 24jam pintu ke pintu yang diterimapakai diseluruh Dunia.

Teksi diperakui sebagai Kereta Pengangkutan Awam yang selamat berdasarkan :
1. Mempunyai Identiti Khas yang dikenal diseluruh Dunia.
2. Memaparkan tiga penjuru Nombor Pendaftaran didalam Kenderaan.
3. Memaparkan Identiti Pemandu.
4. Pemandu menjalani Pemeriksaan Doktor tiap2 Tahun.
5. Kenderaan menjalani Pemeriksaan Puspakom tiap2 Tahun.
6. Penumpang dilindungi Insuran.

Teksi boleh diambil dengan pelbagai cara.
1. Lambai semasa dia bergerak.
2. Ambil dihentian.
3. Tempah menggunakan Radio Operator.
4. Tempah menggunakan Sistem Internet.
5. Berlangganan.
6.Aplkasi tempahan online

Bayaran menggunakan Kad Kredit juga diterima, oleh setengah teksi yang memberi perkhidmatan kad kredit.

Selain dari itu,Lambakan Permit Teksi sudah melebihi keperluan,Dimana sebelum kewujudan Kereta Sapu pun, Pemandu2 dah tak cukup makan.

Kelemahan dibidang Pengangkutan Awam Darat Negara berpunca dari sistem PENGURUS TADBIR yang tidak menjalankan tugas sebagaimana seharusnya.

1. MEMBELA :
Dimana Mereka kena tahu berkaitan Pendapat purata Pemandu berpatutan dengan corak kerja dan resiko yang perlu ditanggung seseorang Pemandu.
Misalnya : Sesebuah Teksi boleh memperolehi hasil bersih diantara Rm.3.000.00 hingga Rm.5.000.00 sebulan berdasarkan kerja 8jam hingga 15jam sehari.

2. MELINDUNGI :
Memastikan tiada Pencerobohan seperti :
A. Perkhidmatan Kereta sapu.
B. Penyalahgunaan Lesen Bas/Van Pesiaran. C. Ulat Lapangan Terbang.. Ulat Terminal Bas..Ulat Hotel.. Ulat Restoran Asing.. Ulat Kampus.. dll.

3. MENDIDIK :
Dimana Mereka perlu mendedahkan Peraturan2 dengan menganjurkan Kursus dan Seminar yang dilakukan oleh Mereka sendiri dan bukan dengan melantik mana2 Syarikat Swasta buat duit.

4. MENGUATKUASAKAN UNDANG-UNDANG MENGIKUT UNDANG-UNDANG DASAR MEREKA YANG SAH :
Segera bertindak sekiranya berlaku pencabulan Undang-undang tanpa kompromi.. Tiada istilah BOLEH RUNDING dengan Penceroboh.

Sekiranya Suruhanjaya yang mengurus tadbir berfungsi dengan sempurna.. Maka permasaalahan Pengangkutan Awam Darat Teksi dapat diminimumkan.

Cuba bandingkan diantara kesempurnaan Teksi dengan Keretasapu.
Dimana..corak perkhidmatan Keretasapu terhad kepada :
A. Tempahan melalui Internet sahaja.
B. Pengguna dan Penguatkuasa sulit untuk mengenal pasti kenderaan oleh kerana kenderaan yang digunakan sama dengan kenderaan persendirian.
C. Tiada jaminan bahwa perkhidmatan Mereka akan sentiasa tiada masalah.

Jadi.... Tiada keperluan untuk Kerajaan.. Kementerian Pengangkutan dan SPAD untuk membenarkan dan melesenkan Keretasapu di Negara ini.

Percayalah.. Membenar dan melesenkan Keretasapu akan menambahkan masalah baru.

Banyak Negara di Dunia telah mengharamkan perkhidmatan yang begini oleh kerana kajian Mereka mendapati Perkhidmatan Keretasapu tidak sesuai diperkenalkan dan menceroboh Sistem Perundangan Pengangkutan Awam yang lebih sempurna.

Saya amat tertarik dengan Satu petikan dari Tansri Pengerusi SPAD yaitu MUHASABAH DIRI.

Edit dari sumber
Read More

Penyerahan memorandum terhadap penyedia aplikasi my teksi berjalan lancar.

Gambar-gambar penyerahan memorandum terhadap penyedia aplkasi grapcar berjalan lancar.







Read More

Penyampaian Memorendum kepada syarikat aplkasi mts

Isu berkaitan perkhidmatan teksi di Malaysia semakin panas.
Beberapa siri bantahan dengan menghantar memorandum telah dilakukan termasuk kepada pihak SPRM dan Perlimen sudah dilakukan, namun masih tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari kerajaan.

Kali ini Persatuan Pemandu Teksi Subang Jaya akan menyampaikan memorandum kepada syarikat aplkasi MTS (my teksi) pada 29 june 2015 jam 11 pagi.

Bantahan dibuat berikutan pengunaan kereta persendirian membawa penumpang dengan aplkasi grapcar.

P/s:
Bagi aku hanya seperti mencurah air di daun keladi.
pihak SPAD dan kerajaan tetap berdiam diri tampa mahu mengambil apa2 tindakan.

Walau bagaimanapun, perjuangan harus diteruskan. 
Read More

Mengapa banyak negara mengharamkan app Uber.


Selamat tahun baru 2015 buat semua.
kita baru sahaja melangkah ketahun baru, tetapi kemelut pemandu teksi masih berterusan disebabkan pihak spad masih berlengah legah dengan tuntutan pemandu teksi untuk mengharamkan uber.



Perjuangan persatuan persatuan teksi di kl mendesak pihak kerajaan untuk mengharamkan uber sama dengan pemandu pemandu teksi di kota London. Mereka juga berjuang mendesak pihak keraajan untuk mengharamkan uber.
Demo membantah uber di London

Demo membantah uber di German

uber-app-banned-in-germany-giving-fresh-hope-to-angry-british-cabbies

Banyak negara membantah uber kerana beroperasi tampa mengikut piawaian perkhidmatan teksi.

Read More

Aplikasi Teksi Uber dan Yahudi

Sejak kebelakangan ini, industri teksi negara di hangatkan dengan kehadiran aplkasi UBER.Iay menjadi bualan para pemandu teksi yang rata rata tidak menyenangi kehadirannya.
Kenapa???


SIAPA PEMILIK UBER ?
SYARIKAT INI DITERAJUI OLEH MR TRAVIS KALANICK, Beliau adalah bangsa Yahudi dan berpankalan di San Francisco, Umum mengetahui syarikat beliau melalui pegangan sahamnya dan pelabur pelaburnya yang terdiri dari LOWERCASE PTE LTD, BENCHMARK PTE LTD OF LONDON, GOLDMAN SACHS, MENLO, FIRST ROUND LTD DAN GOOGLE VENTURES adalah pemegang saham terbesar.


Syarikat syarikat ini juga adalah yang banyak memberi sumbangan dana kepada " ISRAEL'S FUND FOR UNITY" yang sejak dahulu cuba menghancurkan dan merampas Tanah anak-anak Palestine.

Kekejaman yang yahudi serta zionis lakukan telah menghancurkan seribu harapan anak anak Palestine untuk hidup aman damai. Doktrin perniagaan mereka adalah wang, konspirasi, jajah ekonomi dan kuasa.

 Sejak akhir akhir ini syarikat UBER telah memperluaskan kegiatan ekonominya dengan menggunakan platform propaganda bagi yang termurah demi kejayaan masa hadapan.

Itulah yang sering kita lihat dalam setiap agenda perniagaan mereka dan setelah itu apabila mereka menguasai majority pasaran perniagaan memonopolinya maka syarikat ini akan mengubah strategi kepada kuasa dalam sesebuah Negara dan seterusnya mereka mengikat dengan jajahan ekonomi. ini dinamakan "JAJAHAN EKONOMI KAPITALIS".

Kini mereka sudah beroperasi di Malaysia melalui syarikat UBER MALAYSIA. Syarikat yahudi ini menggunakan platform kegunaan harian masyarakat dan yang paling mudah untuk mereka resapinya adalah melalui perkhidmatan awam, Yang jelas sekarang mereka memberikan begitu banyak promosi dan diskaun dan setiap pelanggan mereka dikehendaki mendaftar menggunakan aplikasi perniagaannya. Maka disini bermulalah agenda mereka secara perlahan dan pelanggan pelanggan yang berdaftar dengannya akan dikirimkan emel yang berbentuk propaganda yahudi.

Kini syarikatnya melalui system perniagaan terancang telah mula meresapi rakyat tempatan dengan diskaun perkhidmatan yang begitu murah dan menggunakan kereta kereta mewah untuk meraih sokongan pengguna.

Apa yang kita musykilkan bagaimana kerajaan melalui kementerian pelancongan yang diketuai oleh menterinya iaitu "Dato Sri Nazri Aziz" yang telah meluluskan  lesen travel and tour syarikat ini. Tampa menyelidiki  lebih awal profil syarikat berkenaan.

 Sekarang UBER MALAYSIA cuba menjahanamkan industry teksi tempatan dengan perniagaan ala runcit dari pintu kepintu melalui system aplikasi dalam talian sebagai tempahan.

Akhirnya pengusaha dan pemandu teksi tempatan akan lemah dan bermulalah jajahan ekonomi mereka. Apalagi nanti setelah Malaysia menandatangani "PERJANJIAN PERDAGANGAN BEBAS DUNIA"(TPPAa), waktu itu kerajaan langsung tak dapat menghalang sebarang bentuk kaedah perniaagaan UBER yang boleh menjatuhkan indutri pengangkutan awam(teksi).



So..mulai sekarang kita bangkitkan "GERAKAN BOIKOT DAN PECAHKAN PERNIAAGAAN MEREKA" kerana setiap sokongan anda kepada UBER bererti anda menyokong pembunuhan SATU NYAWA RAKYAT PALESTIN".Pilihan di tangan anda sebagai penguna pengangkutan AWAM.

sumber edit

Wasalam:joyiman
Read More

Jana pendapatan untuk Pemandu Teksi

As' salam kepada sahabat blogger dan Selamat  tahun baru 2014 juga  diucapkan.

Sekarang ini kebanyakan pemandu teksi menggunakan aplkasi teksi untuk menerima tempahan pengguna teksi. Smartphones yang digunakan memerlukan akses Internet, ini menjadikan pemandu teksi pengguna Internet tegar dari berbagai syarikat telco.

Tahun 2014 ini adalah tahun mencabar bagi setiap pemandu teksi yang memperolehi  pendapatan sederhana. Jika ada peluang hebat untuk membantu menambahkan pendapatan sampingan pasti kita pemandu teksi akan gembira.

Pengguna handphone apakah modal yang harus kita bayar ?

1) Panggilan
2) SMS
3) Internet

Kesemua perkara di atas akan dilakukan oleh kita, tidak kiralah untuk aktiviti komersial ataupun kebajikan. Apa yang penting kita perlu megeluarkan wang untuk membayarnya.

Aku ingin berkongsi pengalaman aku sepanjang mengunakan Tune Talk ToneExcel untuk akses Internet kerana menggunakan aplikasi teksi.



Mengunakan Tune Talk ToneExcel kita akan diberikan:

1) Perlindungan Insuran Kemalangan secara PERCUMA sebanyak RM 100,000.
2) Corporate Rate sehingga 30% penginapan di Tune Hotel.
3) Menjana pendapatan berpencen dan boleh diwarisi kepada anak dan isteri.
4) Bonus tajaan bulanan.
5) Komisen RM 20 setiap tajaan.
6) dan banyak lagi  jika kita mendaftar  sebagai pengguna.Keterangan lanjut klik disini


Jika kita ingin menjadi seorang pengguna yang bijak, jadikan setiap nilai wang yang dikeluarkan memberi implikasi yang baik kepada ekonomi kita. Barulah dinamakan JIMAT dan DAPAT.


Menjadi pengguna Toneexcel kita akan  mendapat point setiap apa yang kita belanja  setiap bulan. Dari point ini kita boleh menuntut tiket penerbangan Air Asia atau boleh membuat pilihan lain, memilih smart phone terkini dengan syarat dan terma yang telah ditentukan.


Kita boleh  mengekalkan nombor lama atau bertukar  kepada nombor baru. Tiada masalah untuk dilakukan walau dari mana syarikat telko yang kita langgan sekarang. Mudah untuk melakukan topup kerana kita boleh lakukan di mana sahaja seluruh Malaysia seperti mana yang kita lakukan sekarang.

Read More

Aplikasi MyTeksi semakin berkembang



Penggunaan aplikasi tempahan teksi, MyTeksi di negara ini semakin berkembang dengan kira-kira 1,000 teksi yang menggunakan perkhidmatan itu.

Ketua Produk Serantau GrabTaxi, Aaron Gill berkata, aplikasi ini membantu lebih banyak pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan dengan pantas dan kadar yang sepatutnya mengikut meter.

"Teknologi di negara ini berkembang seiring dengan peningkatan telefon pintar, justeru aplikasi ini banyak membantu pelanggan untuk mendapatkan teksi dengan kadar segera. "Ia membolehkan penumpang mendapatkan teksi yang berada paling dekat dengan mereka dengan mudah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Aplikasi MyTeksi turut dilengkapi dengan sistem penentu kedudukan global (GPS) itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

Jelasnya lagi, kira-kira 10,000 teksi telah menggunakan aplikasi ini di seluruh Asia Tenggara. "MyTeksi beroperasi di Malaysia seperti di Seremban, Putrajaya dan Johor Bharu.

"Sementara itu, kita juga mempunyai operasi di Bangkok dan Manila serta akan ke Singapura juga," katanya. Aaron menambah, di Bangkok, Singapura dan Manila, MyTeksi dikenali sebagai GrabTaxi.

Baca lagi: aplikasi di sini untuk lebih mengetahui.

Read More

Aplikasi Unicablink untuk pengguna teksi.



Unicablink aplikasi menempah teksi dari syarikat Sunlight ini kelihatan ringkas dan mudah.

 Info dari mereka juga amat ringkas:

Welcome to Unicablink Online Taxi Booking System.
Travel Made Easy! We aim to make travel easy for our customer.

 With Unicablink Online Taxi booking System, arranging a taxi in advance to pick you up will be just as easy as few click away.

Kepada penguna teksi, kini berbagai-bagai aplikasi untuk menempah teksi boleh di gunakan.

Wasalam: joyiman
Read More

Aplikasi GPS Navigation untuk pemandu teksi

Kini ramai pemandu teksi mengunakan smartphone yang boleh memuatkan berbagai bagai aplikasi untuk kegunaan seharian ketika membawa teksi.
GPS Navigation adalah contoh yang perlu dimiliki oleh pemandu teksi.
Berbagai -bagai gps navigation yang boleh dimuat naikan kedalam smartphone masing-masing, ada yang berbayar dan percuma.Tidak semua gps navigation yang berada di gogle play Store sesuai dengan negara kita.
Disini saya berkongsi sedikit info gps navigation percuma yang sesuai digunakan di malaysia.

MapFactor:GPS Navigation boleh dimuat naik dari gogle play secara percuma dan senang digunakan.


Sygic:GPS Navigation & Maps juga boleh di dapatkaan secara percuma dan pengaturannya boleh digunakan dalam bahasa Malaysia.



Wase aplikasi sosial yang banyak digunakan oleh pemandu teksi.Dengan wase kita bukan sahaja boleh mengunakan gps malah lebih dari itu, kita boleh berhubung sesama ahli atau grop.


Wasalam:joyiman
Read More

Aplikasi Ezcab untuk penguna teksi

Ez cab Malaysia aplikasi untuk pengguna teksi.



Kini pemain baru aplkasi teksi telah berada di gogle play yang akan memberi saingan kepada syarikat aplikasi teksi yang sedia ada.

Mengenai EzCab:

EzCab adalah aplikasi teksi-tempahan percuma untuk pengguna telefon pintar yang membolehkan anda untuk menempah teksi di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Dengan hanya beberapa klik, anda boleh menjimatkan masa memanggil hotline teksi dan membuat perjalanan anda  lebih selamat, lebih mudah.

Teksi bajet kami kini berkhidmat kepada anda di Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Kami akan meluaskan perkhidmatan di bandar-bandar utama yang lain bagi convenience.

Ez Cab Sdn Bhd telah bekerjasama dengan pelbagai Syarikat Teksi untuk menyediakan pengangkutan awam yang boleh dipercayai dengan Public Cab Sdn Bhd sebagai Rakan kongsi pertama kami. Dengan lebih 1000 teksi kami  beroperasi setiap hari.

Keselamatan dan privasi pelanggan kami adalah keutamaan kami!

Itulah info dari Ezcab dan untuk mengunakanya anda harus mendaftar terlebih dahulu seperti aplikasi-aplikasi teksi yang lain.


Selamat mencuba kepada pengguna-pengguna teksi semua. Wasalam:joyiman
Read More

Kekurangan dan kelebihan root smartphone android

Sekarang ini ramai pemandu teksi telah mula memakai smartphone disebabkan banyak syarikat mengunakan aplikasi tempahan teksi pada waktu ini.Kita juga sering mendengar perkataan root..apa tu root?

Disini kita berkongsi sedikit info mengenai Root.
kelebihan dan kekurangan root.

Pengertian Root.
Secara ringkasnya root adalah satu proses
untuk memberikan pengguna smartphone
Mengakses penuh sistem
di dalam smartphone kita..
kebanyakan sistem di dalam
smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.

Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?
Pengeluar mengunci sistem tersebut
adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan.
Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap
memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut.
Ini boleh menjadikan smartphone tersebut
tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti sekiranya
pengguna membuat root kepada smartphone tersebut
satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah
waranti smartphone tersebut akan hilang.
Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan
kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.
Serangan virus.

2.adalah dikhabarkan sekiranya
pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem
ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus.
Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan
kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang
kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.

Kelebihan Root
1. Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju
ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna
sebaik smartphone tersebut selesai proses root.
Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.

2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone
untuk mengurangkan internal memory
dan meminimakan penggunaan RAM
Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan
terkandung di dalam smartphone kita
seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya.
Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh
dan ada diantaranya akan beroperasi secara background.
Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat.
Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory
dan meminimakan penggunaan RAM.
Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.

3. Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root
seperti Titanium backup.
Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem
dan aplikasi di dalam smartphone.
Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti,
maka pengguna boleh restore semula sistem
dan aplikasi yang telah di buat back up.

4. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain.
Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM
selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar.
Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.

Sumber di edit dari:http://hacker69.mywapblog.com/

Lagi aplikasi yang boleh digunakan sesudah root
Berikut adalah beberapa contoh aplikasi yang memerlukan akses root yang paling banyak diinstall:

App2Card dan Link2SD:
Dengan aplikasi ini memungkinkan pengguna untuk memindahkan semua aplikasi ke SD Card
Dapat menginstall custom ROM:
Apa itu custom ROM? Custom ROM adalah sistem operasi Android kustom (alternatif) atau bukan buatan vendor pengeluar hp. Custom ROM dikembangkan oleh komunitas penggemar sistem operasi Android.
Catatan:
Dengan melakukan root bukan bererti kita dapat terus melakukan installCustom ROM, namun kebanyakan handphone Android memerlukan akses root bila ingin diinstall custom ROM.

Overclock processor:
Dengan melakukan overclock, processor dapat memaksa processor berkerja lebih cepat dari kecepatan biasa yang secara keseluruhan dapat meningkatkan pemprossesan. Namun demikian, overclock dapat memperpendek usia processor, membuat bateri lebih cepat habis ,hp cepat panas dan juga ada kemungkinan menyebabkan sistem menjadi tidak stabil.

Dapat Uninstall Aplikasi asal:
Dengan melakukan root, kita dapat melakukan uninstall aplikasi-aplikasi asal yang tidak berguna dan hanya memenuhi memori hp. Namun, jika Anda berniat melakukan hal ini, sebaiknya berhati-hati, kerana jika salah uninstall dapat menyebabkan handphone menjadi tidak sempurna. Sebaiknya jangan dilakukan bila tidak terlalu diperlukan.

Wasalam:joyiman
Read More

Aplikasi SPAD untuk penguna teksi



Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memperkenalkan aplikasi mySPAD iaitu perkhidmatan bergerak yang membolehkan orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam seperti bas, teksi, rel dan terminal.

Pengerusi SPAD, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, aplikasi ini dibangunkan bersama Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu), Jabatan Perdana Menteri di bawah inisiatif myGov bertujuan memberikan perkhidmatan mendapatkan maklumat berkaitan pengangkutan awam dengan mudah, tepat dan di mana jua.

"Aplikasi ini disediakan dalam versi Android dan boleh dimuat turun dari 'Google Play Store' dilihat mampu dimanfaatkan oleh pengguna perkhidmatan awam dan juga pelancong asing bagi membantu mereka mendapatkan maklumat pengangkutan awam dengan mudah.

"Perkhidmatan yang disediakan dalam aplikasi ini termasuklah bagi pengesahan status pemandu teksi, senarai syarikat teksi, semakan bas sekolah yang berdaftar, jadual perjalanan bas, jadual tambang dan perjalanan rel serta maklum balas kepada SPAD," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Kempen Pengguna Mengenai Penggunaan Meter Teksi anjuran SPAD dan Persatuan Pelancongan BBKLCC di Jalan Bukit Bintang di sini hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal dan Pengerusi Persatuan Pelancongan BBKLCC, Joyce Yap.

Tambah Syed Hamid, aplikasi mySPAD ini juga merupakan satu inisiatif bagi memberikan keselesaan kepada orang ramai terutamanya pelancong bagi menggunakan perkhidmatan awam di negara ini.

"Ini sebagai langkah bagi menjamin keselamatan penumpang serta memudahkan mereka membuat aduan kepada sekali gus dapat diambil tindakan segera oleh SPAD.

"Malah diharapkan aplikasi ini dapat melancarkan pergerakan serta memudahkan urusan pelancong asing ke negara ini ketika negara bakal menganjurkan Tahun Melawat Malaysia 2014," .
Read More

Aplikasi easytaxi untuk menempah teksi




Salam
Kini esay taxi aplkasi baru telah berada didalam pasaran untuk menempah teksi mengunakan smartphone.
Misi easytaxi ada dipaparkan didalam face book mereka



Mission:
Easytaxi is the easiest way to book a taxi from the comfort of your home or office. We do this by having the biggest network of drivers using the EasyTaxi service, to ensure that anywhere you are - there is a taxi nearby! That is how easy it is!

Call us to register as a certified easy taxi driver or have any questions at 03-26144161 or visit us at www.easytaxi.com 
Facebook:
facebook.com/myeasytaxi
Contact Details
Email:
mycontact@easytaxi.com
Phone:
03-2614 4161
Website:
http://www.easytaxi.com
Short Description:
Your taxi one click away. Easytaxi allows you to book and track your taxi in real time on your iPhone and Android device. Available in Kuala Lumpur and 10 countries. It is the best taxi booking app in the world!

Akan datang pemain baru aplkasi teksi akan berada dalam pasaran "Ezcab" yang sekarang ini sedang didalam percubaan.

salam.
Read More

TaxiMonger aplikasi untuk menempah teksi




TaxiMonger mengendalikan tempahan teksi secara online. Antara ciri-ciri menarik perkhidmatan yang ditawarkan oleh TaxiMonger ini ialah para pengguna yang menggunakan perkhidmatan teksi dapat memberikan komen atau pandangan kepada pemandu-pemandu teksi (berpandukan nombor pendaftaran kereta) yang memberikan perkhidmatan teksi pada mereka melalui aplikasi ini.

TaxiMonger juga akan mengintegrasi ciri-ciri dan fungsi aplikasi telefon pintar SecQ.me dengannya. SecQ.me, sebuah syarikat bersekutu TaxiMonger, menawarkan aplikasi telefon pintar unik yang boleh didapati melalui platform Android dan iOS yang telah dipatenkan di Malaysia dan seluruh dunia.

Apabila disepadukan, pelanggan teksi yang menempah teksi dengan aplikasi TaxiMonger akan mempunyai pengawal peribadi maya memantau mereka sebaik sahaja mereka melangkah ke dalam teksi. SecQ.me juga boleh digunakan oleh pemandu teksi untuk melindungi diri mereka daripada jenayah.

TaxiMonger dijangka akan dikembangkan ke bandar-bandar utama yang lain di Malaysia. Dengan aplikasi ini, pengguna boleh menempah teksi tanpa perlu menghubungi talian hotline/pusat panggilan teksi.




Yang ingin mengunakan aplikasi ini boleh dapatkan di sini  play.google. taximonger


Read More