Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

COVID-19: Masa operasi pengangkutan awam dihadkan.



Berkuat kuasa mulai esok 24/3/2020 pengangkutan awam dibenarkan beroperasi dari jam 6 ke 10 pagi dan dari 5 petang ke 10 malam.

Menteri Pertahanan, Ismail Sabri mengumumkan hasil mesyuarat beliau bersama Polis,ATM, Rela dan badan berkaitan lain.

Kawalan sosial yang meletakkan satu meter antara satu sama lain sangat sukar untuk dikuatkuasakan terhadap pengangkutan awam.

Bagaimanapun, perkhidmatan teksi dan e-hailing masih boleh meneruskan operasi seperti biasa dan pemandu diminta memakai topeng muka.

Stesen-stesen minyak perlu menyediakan kemudahan cecair pembasmi kuman (sanitiser) untuk kegunaan orang ramai.
Read More

MyCC siasat Grab


KUALA LUMPUR: Malaysia meningkatkan siasatan anti monopoli ke atas firma e-hailing berpangkalan di Singapura, Grab Holdings Inc, yang mengukuhkan lagi usaha kerajaan untuk mengukuhkan persaingan dalam ekonomi.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), Iskandar Ismail, berkata pengawal selia anti monopoli itu meningkatkan siasatannya ke atas syarikat pemula niaga berkenaan, yang mula diumumkan tahun lalu oleh Kementerian Pengangkutan.

Beliau enggan mengulas langkah spesifik yang diambil oleh suruhanjaya terbabit. Siasatan dibuat susulan pelbagai aduan bermula tahun lalu yang menuduh Grab mengamalkan monopoli selepas ia membeli operasi Uber Technologies Inc di Asia Tenggara.

Wakil Grab tidak memberikan maklum balas kepada e-mel yang dihantar bagi mendapatkan kenyataan.

Pesaing Grab, Gojek merancang untuk memasuki pasaran dengan motosikal, dengan pengurusan tertingginya bertemu Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur, bulan lalu.
Dr Mahathir berhasrat untuk menurunkan kos hidup rakyat Malaysia, janji utama yang membawanya kembali berkuasa tahun lalu.

Kerajaannya berusaha mendedahkan syarikat milik negara kepada persaingan dan memperkenalkan tender terbuka, antaranya dengan mengarahkan Telekom Malaysia Bhd (TM) berkongsi rangkaian kabel jalur lebar berkelajuan tinggi dengan pengendali lain.

Ia juga sedang menimbang untuk membenarkan pengguna memilih pembekal tenaga selain daripada syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Bhd (TNB). Persaingan lebih tinggi akan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai destinasi perniagaan.
“Ia menghantar isyarat kepada pelabur asing yang mahu memasuki Malaysia bahawa negara ini akan menjadi lapangan persaingan adil tanpa kelebihan tidak adil yang memihak kepada syarikat tertentu disebabkan hubungan politik atau sebab-sebab lain,” kata Ahli Ekonomi Asia di Capital Economics, Alex Holmes.

Sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk mengatasi ketirisan dalam perbelanjaan awam, Iskandar berkata MyCC meneliti beberapa syarikat yang membida kontrak kerajaan di atas kemungkinan mengamalkan penipuan bidaan.

Mac lalu, ia berkata lapan syarikat membentuk kartel untuk memanipulasi bidaan tender membabitkan perkhidmatan teknologi maklumat untuk institusi berkaitan kerajaan.
Ia kes penipuan bidaan pertama dalam pemerolehan kerajaan sejak penubuhan suruhanjaya itu pada 2011.
-Bloomberg
Read More

Pemandu teksi melakukan tunjuk perasaan di Kementerian Pengangkutan

bangkok teksi

BANGKOK - Wakil pemandu teksi melakukan tunjuk perasaan di Kementerian Pengangkutan pada hari Selasa (17 September), menuntut ganti rugi 8.5 bilion baht daripada kerajaan jika aplikasi GrabTaxi disahkan dan mengancam untuk menyaman perdana menteri dan menteri pengangkutan jika tuntutan mereka tidak diluluskan.

Mengetuai perhimpunan Persatuan Pemandu Teksi, Encik Worapol Kaemkhunthod berkata pemandu teksi menentang segala bentuk perkhidmatan aplikasi, termasuk GrabTaxi, kerana mereka mengambil kesempatan daripada pemandu teksi konvensional.

"Kos pemandu Grab adalah kira-kira 8,000 baht tetapi pemandu teksi lebih dari 25,000 baht setiap tahun. Selain itu, pemandu teksi perlu membayar 20,000 baht untuk aplikasi Teksi OK," kata Encik Worapol.

"Sekiranya syarat perkhidmatan aplikasi dilonggarkan, kami berhak mendapat pampasan dianggarkan 8.5 bilion baht," katanya, membentangkan angka kos aplikasi Teksi OK dan bilangan pemandu teksi.

Perkhidmatan pelabur yang diliberalisasikan akan menjadikan pemandu teksi tidak kompetitif dan jenayah akan meningkat, kata Worapol.

Jika GrabTaxi disahkan, beliau berkata, persatuannya akan memfailkan aduan dengan Mahkamah Pentadbiran terhadap perdana menteri, menteri pengangkutan dan pegawai pengangkutan yang berkenaan kerana melakukan kerosakan kepada pemandu teksi.

Persatuan juga membuat tuntutan lain di Kementerian Pengangkutan, termasuk melanjutan jangka hayat kenderaan teksi konvensional dari sembilan hingga 12 tahun, pampasan untuk aplikasi Teksi OK yang dikatakan tidak cekap dan kenaikan tambang teksi. BANGKOK POST
Read More

Pemandu e-hailing rugi ditipu.

grab

Seorang pemandu e-hailing mendakwa mengalami kerugian RM18,980 selepas tertarik dengan tawaran pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan dalam masa singkat yang diiklankan melalui aplikasi Whatsapp.

“Mangsa menghubungi nombor telefon yang tertera dan bercakap dengan seorang wanita sebelum memaklumkan dia berminat untuk membuat pelaburan sebanyak RM500.

“Bagaimanapun, mangsa diperdayakan untuk menambah wang pelaburan untuk mendapat hasil lebih lumayan hingga tidak sedar dia melakukan pemindahan wang sebanyak empat kali berjumlah RM18,980,”.

Satu lagi kes yang juga membabitkan pemandu e-hailing mendakwa mengalami kerugian RM3,600 selepas terpedaya dengan penumpangnya yang menawarkan pembelian telefon bimbit jenis iPhone 7 Plus dengan harga murah.

“Mangsa ketika itu dalam perjalanan menghantar suspek yang memperkenalkan diri sebagai pekerja sebuah syarikat telekomunikasi dari Kuala Lumpur dan mempromosikan telefon bimbit terbabit dengan harga yang sangat murah.

“Dia kemudian termakan tawaran itu dan membuat tempahan lapan unit telefon bimbit berkenaan dengan harga RM3,600,”.

Siasatan sedang dijalankan dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Sumber berita
Read More

Kenderaan pikap dan Van Thailand kebal undang-undang

pickup

ALOR SETAR: Kenderaan pikap dari Thailand dilihat secara terang-terangan gagal mematuhi spesifikasi kenderaan bermotor di negara ini tetapi bagaimana ia melepasi pintu masuk sempadan dengan mudah, menimbulkan tanda tanya.

Malah, tindakan pemandu kenderaan berkenaan yang sengaja melanggar peraturan lalu lintas ketika berada di jalan raya negara ini mencetus andaian kononnya mereka kebal daripada dikenakan tindakan pihak berkuasa.

Walaupun kemasukannya ke negara ini tertakluk kepada permit pengedaran antarabangsa (ICP) dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), sistem pelaksanaan dokumen berkenaan seolah-olah tidak mampu mengekang pelanggaran undang-undang oleh geng pikap.

Selain pikap, pengangkutan seperti van penumpang dari Thailand juga dilihat membawa masuk pelancong dari negara itu walaupun ia secara terang-terangan menyalahi ICP diberikan.

Berdasarkan maklumat, sebanyak 44,181 kenderaan pelbagai jenis dari Thailand memasuki Malaysia melalui dua pintu sempadan masing-masing di Bukit Kayu Hitam, di sini dan Kota Putra di Durian Burung, tahun lalu. Daripada jumlah itu, 8,464 kenderaan membabitkan pikap.

Berpandukan kepada ICP dikeluarkan JPJ Kedah, purata 120 kenderaan Thai termasuk 20 pikap memasuki negara ini dalam sehari, manakala jumlah yang masuk secara tidak sah, tidak diketahui.

Kebanyakan pikap berkenaan memasuki sempadan Malaysia-Thailand, untuk menghantar barangan khususnya dalam memenuhi permintaan restoran masakan Thai atau lebih dikenali sebagai kedai tomyam di negara ini, dengan operasinya bukan sahaja di sekitar Kedah atau Perlis, sebaliknya menjangkau ke Pulau Pinang, Perak dan sekitar ibu negara.

Hasil pemerhatian mendapati pikap terbabit dipasang ruang simpanan tambahan yang cukup besar dengan ketinggian mencecah dua meter dipercayai untuk memaksimumkan keupayaan muatan.

Apa yang mengejutkan, pikap itu dipandu laju ketika menyusuri lebuh raya dengan kelajuan dikesan ketika itu melebihi 120 kilometer sejam (km/j), sekali gus menyukarkan usaha menjejakinya. Beberapa kesalahan dapat dikesan pada pikap berkenaan, terutama pada badan kenderaan itu yang diubah suai secara melampau, selain tindakan pemandu membawa muatan berlebihan sehingga hampir melimpah.

Paling membimbangkan, keadaan pikap yang membawa muatan lebih dan dipandu melebihi had laju itu dikhuatiri boleh menyebabkan kemalangan. Seorang pengguna jalan raya berusia dalam lingkungan 40-an yang hanya mahu dikenali sebagai Kiew mengakui operasi geng pikap cukup licik apabila gerak-geri mereka langsung tidak menghormati undang-undang negara ini.

"Pikap yang masuk ini, ada yang guna surat (ICP), tetapi ada juga yang tak guna. Depa (mereka) ada `kaki' (pemberi maklumat). Kalau pihak berkuasa buat operasi di Bukit Kayu Hitam, depa (mereka) masuk ikut Perlis atau Durian Burung. Ada juga yang masuk ikut Pengkalan Hulu di Perak.

"Kalau dah masuk, mereka boleh guna banyak laluan untuk ke lokasi yang nak dituju sehingga ke Perak dan Pulau Pinang. Ada juga yang berani sampai ke Kuala Lumpur untuk hantar barang, terutama ke kedai tomyam," katanya yang turut menyertai BH memantau geng pikap.

Kiew mengakui curiga dengan operasi geng pikap dari negara jiran itu yang berkemungkinan besar bukan sekadar membawa barangan keperluan kedai tomyam, sebaliknya ada kemungkinan menyeludup barangan berbahaya lain.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Isma Suhaimi Shariff, berkata istilah 'kebal' tidak wujud kerana semua kenderaan sama ada milik rakyat tempatan atau warga asing yang berada di jalan raya negara ini tertakluk kepada undang-undang ditetapkan.

"Kita tak boleh halang mereka nak ubah suai (pikap) sebab ia dibenarkan di negara asal mereka. Bagaimanapun, untuk berada di jalan atau lebuh raya kita, mereka perlu patuhi undang-undang yang kita tetapkan," katanya ketika diminta mengulas isu pikap Siam yang didakwa bebas melanggar undang-undang negara secara terbuka di jalanan.

Beliau bagaimanapun mengakui geng pikap itu cukup licik termasuk sering mengubah laluan sehingga menyukarkan tugas penguatkuasaan, sekali gus menimbulkan andaian kononnya pihaknya tidak bertindak. "Di Kedah, mereka ada kelebihan, terutama dengan jaringan laluan kampung yang cukup banyak. Mereka boleh bergerak ikut suka bagi mengelak bertembung penguat kuasa, sebelum terus ke destinasi. Pendek kata, kalau kita adakan operasi di Bukit Kayu Hitam, mereka masuk ikut Kota Putra, begitu juga sebaliknya.

"JPJ sendiri mempunyai kekangan dari segi keanggotaan menyebabkan sukar untuk kita pantau semua lokasi serentak, namun kita sering jalankan operasi untuk memantau kenderaan termasuk dari negara jiran khususnya pikap.

"Kita tak boleh guna kaedah sekatan jalan raya sahaja, sebab ia selalunya gagal berikutan geng pikap ini ada pemberi maklumat tersendiri. Jadi, kita guna kaedah ronda dan tahan. Jika terserempak, kita akan tahan dan periksa, seterusnya ambil tindakan jika ada kesalahan dikesan," katanya.

Isma berkata, antara Januari hingga Disember tahun lalu, rekod JPJ mengesahkan sejumlah 3,184 kenderaan Thai dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan, dengan 212 daripadanya membabitkan pikap.

"Untuk tempoh antara Januari hingga Jun tahun ini pula, kita ambil tindakan ke atas 706 kenderaan Thailand termasuk 56 pikap yang mana semuanya membabitkan 1,574 kes pelbagai kesalahan.

"Biasanya setiap pikap yang ditahan melakukan sekurang-kurangnya tiga kesalahan iaitu membawa muatan secara bahaya, selain pengubahsuaian kenderaan seperti menambah pagar yang mana-mana setiap satunya boleh didenda RM300.

"Selain itu ia juga melanggar syarat ICP mengikut Seksyen 66H Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau enam bulan penjara. Itu tidak termasuk kes lain seperti tiada perlindungan insurans dan penggunaan cermin gelap yang turut dikesan pihaknya melalui penguatkuasaan dilakukan," katanya.

Berhubung ICP yang didakwa kurang berkesan dalam mengekang operasi kenderaan Thailand khususnya pikap, beliau mengakui hakikat itu, namun percaya penguatkuasaan permit kemasukan kenderaan (VEP) untuk semua kenderaan asing di pintu sempadan Malaysia-Thailand mampu menyelesaikan masalah itu.

"ICP ini tempoh laku tiga bulan. Ketika memohon ICP, mereka biasanya ikut undang-undang dan selepas itu, mereka buat ikut suka. Kadang-kadang mereka tak datang pun ke JPJ untuk memohon, cuma 'runner' yang buat semua kerja. Jadi, tugas JPJ nak pantau sedikit rumit. "Dengan pengenalan VEP, peranan JPJ di pintu masuk negara termasuk di sempadan Malaysia-Thailand lebih utama apabila setiap kenderaan keluar masuk direkod dalam sistem khusus yang diwujudkan.

"Bukan sahaja pematuhan spesifikasi ketika keluar masuk dapat dikawal, malah saman tertunggak kenderaan asing juga dapat dikesan melalui sistem sejurus ia melalui pintu masuk," katanya.
Berita Harian
Read More

Gojek Thailand di saman RM300

gojek
teksi motosikal

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah tidak teragak-agak mengenakan saman terhadap mana-mana teksi motosikal Thailand jika didapati beroperasi lebih dua kilometer dari sempadan negara.

Pengarahnya, Ismasuhaimi Shariff, berkata bayaran saman RM300 perlu dilunaskan segera dan pesalah tidak akan dilepaskan, selagi belum menyelesaikannya.

“Sebenarnya, memang ada undang-undang antarabangsa membenarkan warga Thailand membawa kenderaan persendirian masuk dalam lingkungan dua kilometer di sempadan Malaysia yang kita panggil kawasan rayauan. Dalam lingkungan ini, tiada penguatkuasaan, sama ada untuk cukai jalan atau insurans dikenakan terhadap mereka.

“Bagaimanapun, selepas dua kilometer, JPJ akan kuatkuasakan undang-undang Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP) dan jika ada teksi motosikal ini melepasi kawasan dua kilometer serta membawa penumpang, mereka akan disaman dan perlu dibayar segera,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas lanjut, Ismasuhaimi berkata, setakat ini pihaknya sudah mengesan beberapa teksi motosikal yang beroperasi melepasi sempadan sehingga ke pekan Changlun dan ada antaranya tidak memohon ICP.

Katanya, rondaan dilakukan setiap hari di sepanjang jalan Persekutuan dan Lebuhraya Utara Selatan arah Thailand serta Jitra bagi memastikan teksi terbabit tidak bermaharajalela.

Sementara itu, Pengarah Imigresen Kedah, Zuhair Jamaludin berkata, semua motosikal dan kenderaan penambang dari negara jiran diwajib mendapatkan cop jabatan itu setiap kali keluar masuk di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) bermula 19 Februari lalu.

Katanya, sejak kekecohan berlaku sehingga memaksa pagar sempadan ditutup selama 15 minit pada 17 Februari lalu, pihaknya mengambil tindakan tegas bagi memastikan perkara sama tidak berulang.

“Sebelum ini motosikal teksi ini hanya perlu dapatkan cop Imigresen ketika masuk, contohnya pada waktu pagi dan ketika pulang sebelah petang, tetapi susulan kekecohan tempoh hari, kedua-dua pihak berkuasa bersetuju mengenakan tindakan demikian. “Semua motosikal, kereta dan van penambang perlu cop pas sempadan atau pasport mereka setiap kali keluar masuk ICQS,” katanya ketika dihubungi BH.

Zuhair berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi mewujudkan situasi menang-menang antara pihak berkuasa dua negara, sekali gus dapat mengekang aktiviti penyeludupan dan jenayah berkaitan.

Beliau tidak menafikan kelonggaran syarat imigresen sebelum ini sedikit sebanyak menyebabkan motosikal dan kenderaan penambang mengambil kesempatan membawa masuk individu tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

“Jangan fikir kita berlembut dengan mereka, sekarang mereka tidak boleh sewenang-wenangnya keluar masuk ke Malaysia, walaupun mereka tak suka, tetapi undang-undang kita perlu dipatuhi,” katanya.

Berita Harian
Read More

Perkhidmatan bas mini akan munculan semula

bas mini
Bas mini

Selepas hampir 21 tahun dihentikan, perkhidmatan bas mini akan membuat kemunculan semula di ibu negara mulai bulan depan.

Rapid KL akan mengadakan perkhidmatan bas mini percubaan dari hab Bukit Indah ke Ampang Point, menerusi Jalan Rasmi dari 1 Sept hingga 29 Nov.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Sdn Bhd Muhammad Yazurin Sallij berkata bas mini itu, yang boleh membawa 31 penumpang di dalam setiap bas, akan beroperasi dengan kekerapan 15 minit (waktu puncak) dan 25 minit (luar waktu puncak) dari 5:30 pagi hingga 11:40 malam.

“Ini adalah sebahagian daripada inisiatif Rapid Bus untuk memberi perkhidmatan lebih baik dan kerap kepada penumpang kami,” katanya dalam kenyataan hari ini. Perkhidmatan percubaan itu akan membolehkan Rapid Bus menguji kesesuaian penggunaan bas mini di kawasan kejiranan dengan jalan yang sempit selain mendapatkan gambaran sebenar pengalaman perjalanan penumpang menerusi maklum balas yang diterima.

Bas mini merupakan pemandangan biasa di ibu negara dari 1970-an hingga 1990-an dan bas yang sentiasa sesak dengan penumpang itu dianggap sebagai pengangkutan awam paling murah pada masa itu.

Diperkenalkan pada 1975, perkhidmatan itu ditamatkan pada 1998 selepas pihak berkuasa menggabungkan perkhidmatan pengangkutan awam di ibu negara. “Jika ada permintaan yang menggalakkan semasa perkhidmatan percubaan ini, kami akan menimbangkan untuk mengekalkan perkhidmatan bagi laluan ini dan berkemungkinan memperluaskannya ke laluan lain pula,” kata Muhammad Yazurin.

Para penumpang dialu-alukan untuk memberi maklum balas semasa perkhidmatan percubaan itu dengan menghubungi Rapid KL Helpline di talian 03-7885 2585 atau menghantar e-mel kepada suggest@rapidkl.com.my.
Read More

Di tangkap kerana mencuri 40kg pasir

Curi pasir

Jika di pantai-pantai malaysia,kita boleh ambil pasir,tapi di Sardinia, sebuah pulau yang terkenal dengan pantai yang indah,jangan cuba-cuba nak curi pasir.

Pasangan Perancis berdepan enam tahun penjara kerana mencuri hampir 40 kilogram pasir dari pantai Itali, lapor media tempatan.

Polis menjumpai 14 botol plastik berisi pasir putih di dalam kenderaan mereka ketika menaiki feri menuju ke Toulon, Perancis lapor akhbar Itali, Corriere della Sera.

Cable News Network (CNN) mengesahkan, perbuatan mencuri pasir, batu kerikil dan cengkerang dari pantai Sardinia adalah kejadian biasa berlaku. Menurut laporan itu, terdapat pasaran gelap khas diwujudkan untuk menjual semua barang itu dalam talian.
Read More

Penguasaan DAP antara perlu diperhatikan

Gambar sinar harian


KUALA NERUS - Selain situasi semasa politik, kerajaan Terengganu menyifatkan penguasaan DAP antara perlu diperhatikan sebagai ancaman dan cabaran semasa yang memerlukan pendekatan lebih baik.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), didapati kebanyakan kerajaan negeri didominasi DAP, walaupun diketuai parti lain.

"Perak, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, ketua dan Menteri Besar dari parti lain, namun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang paling mendominasi dalam kerajaan termasuklah di Pulau Pinang," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Perpaduan Ummah Pantai Timur (Himpun) melibatkan tiga menteri besar di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri, di sini malam tadi.

Ahmad Samsuri menyampaikan ucapan di hadapan ribuan hadirin yang memenuhi stadium diikuti Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.

Dalam masa sama, Naib Presiden Pas itu juga kesal dengan sikap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dilihat sengaja menimbulkan isu-isu sensitif dengan menyentuh sentimen kaum dan agama.

Katanya, setiap hari rakyat dihadapkan dengan pelbagai berita tidak pernah terfikir akan berlaku di Malaysia. Bahkan ada isu-isu sengaja menyentuh sentimen kaum, agama dan juga mencabar kewibawaan rakyat.

"PH mahu meratifikasikan ICERD, laungan hidup LGBT di Dataran Merdeka. Isu kematian saudara Adib dan rusuhan di kawasan kuil Mariaman.

"Kenyataan Menteri dan Timbalan Menteri yang tidak menggunakan bahasa Kebangsaan. Perebutan kuasa tiada henti. Politik fitnah dan lucah menjadi wirid dan zikir.

"Pertikaian terhadap tulisan jawi, pengusiran Dr Zakir Naik dan sebagainya. Ini antara isu-isu yang menyebabkan rakyat semakin 'fed-up' dengan kerajaan yang ada pada hari ini," katanya.

Katanya, ini tidak termasuk kekecewaan rakyat apabila janji manifesto yang ditawarkan sebelum PRU14 tidak ditunaikan hingga menyebabkan rakyat berasa tertipu.

"Rakyat semakin marah, terutamanya anak muda yang mengundi dalam PRU14 yang lepas kerana mahukan tol dihapuskan, minyak diturunkan, kos sara hidup diturunkan dan PTPTN ditangguhkan hingga gaji RM4,000.

"Akhirnya semua itu hanya tinggal keinginan sahaja. Mood rakyat pada kali ini mahu menukar kembali kerajaan PH dalam PRU15," katanya.
Read More

Gojek tak sesuai di KL

Gojek

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Keputusan jemaah menteri memberi kebenaran berhubung cadangan pelaksanaan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai gojek di negara ini telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Tidak ketinggalan, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk A. Kadir Jasin yang mempersoalkan kewajaran perkhidmatan tersebut dan beliau turut membandingkan pelaksanaannya dengan negara jiran, Indonesia.

“Ojek adalah pengangkutan awam tidak formal menggunakan motosikal di Indonesia, tujuannya mengatasi kesesakan lalu lintas dan kekurangan pengangkutan awam. Dikomersialkan dengan jenama Gojek menggunakan aplikasi Internet.

“Soalannya ialah adakah Kuala Lumpur sesak dan kurang pengangkutan awam seperti Jakarta? Apakah ini pengakuan bahawa berpuluh bilion ringgit yang dibelanjakan membina Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan Rapid KL serta memperluaskan sistem jalan raya gagal mencapai matlamat?,” katanya menerusi akaun Facebook miliknya hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, untuk pelaksanaan perkhidmatan itu, jemaah menteri telah memutuskan agar kajian undang-undang perlu dibuat terlebih dahulu.

Jelasnya, Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Belia dan Sukan telah diberikan tanggungjawab untuk mewujudkan ruang dan undang-undang bagi membenarkan perkhidmatan itu dilaksanakan.

Dalam pada itu, A. Kadir turut mempersoalkan sama ada perkhidmatan gojek tersebut merupakan pekerjaan berkemahiran tinggi dan berpendapatan tinggi yang menjadi dasar kerajaan hari ini.

“Adakah ia akan menjadi satu lagi kegiatan ekonomi yang akan meletakkan bumiputera di tangga terendah dalam hierarki pendapatan?” soalnya lagi.

Beliau dalam pada itu turut membangkitkan isu keselamatan ketika penunggang dan pembonceng motosikal merupakan golongan tertinggi terlibat dalam kemalangan jalan raya di negara ini.

“Apakah jaminan keselamatan memandangkan kadar kemalangan jalan raya dan nisbah kematian yang tinggi khususnya dalam kalangan penunggang dan pembonceng motosikal?,” katanya lagi.-UTUSAN ONLINE
Read More

Gojek tak Islamik

Gojek

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal atau lebih dikenali sebagai Gojek disifatkan sebagai tidak Islamik dan tidak sopan.

Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid berkata, secara terus terang apabila lelaki dan perempuan yang bukan muhrim membonceng motosikal boleh mengundang kepada fitnah. Menurutnya, bagi mengelakkan tuduhan fitnah berkenaan, adalah lebih elok ditiadakan perkhidmatan Gojek itu.

Tak sesuai, lelaki dan perempuan bukan muhrim membonceng motosikal yang sama. Mungkin penunggangnya lelaki dan pemboncengnya perempuan atau sebaliknya. Apa ke halnya kena ada situasi begitu?

"Keadaan itu jelas tidak Islamik dan tak sopan. Naik motosikal berdua bukan muhrim, tak diharuskan," katanya kepada Sinar Harian hari ini. Mohd Tamyes berkata, mungkin kerajaan boleh memikirkan langkah lain yang lebih baik bagi mengelakkan masalah ini.

Bagaimanapun,Mufti Pulau Pinang,Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk memutuskan pelaksanaan Gojek ini. "Terpulang kepada pihak berkuasa, saya tidak ada fatwa tentang perkara ini," katanya ringkas. Semalam, Kabinet pada asasnya bersetuju untuk melaksanakan perkhidmatan Gojek.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Yusof berkata, Kabinet dalam mesyuarat mingguannya pada Rabu membincangkan perkara itu secara terperinci dan memberi lampu hijau untuk melaksanakan perkhidmatan tersebut
Read More

Mayat pemandu Grab ditemukan



BENTONG - Mayat seorang pemandu e-hailing yang dikhuatiri lemas selepas mandi di Air Terjun Chamang malam tadi ditemukan hari ini.

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 2, Penguasa Bomba, Rosdi Mustafa berkata, mayat mangsa, Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, ditemukan Pasukan Menyelamat Di Air (PPDA) kira-kira jam 9.34 pagi.

"Mayat mangsa ditemukan di celah air terjun oleh pasukan penyelamat yang melakukan pencarian hari ini kira-kira 15 meter dari kawasan dilaporkan hilang.

"Mayat mangsa tersangkut pada batu sedalam satu meter di kawasan yang mempunyai kedalaman kira-kira dua meter itu," katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.15 malam tadi, mangsa dilaporkan hilang dibawa arus ketika mandi di pusat rekreasi bersama tiga rakannya dan gagal diselamatkan.

sumber:sinarharian.com.my
Read More

Pemandu grab dikhuatiri lemas


BENTONG 7 Ogos - Seorang pemandu grab dikhuatiri lemas selepas hilang dibawa arus ketika mandi di Air Terjun Chamang di sini semalam.

Wan Khairul Amirin Rojiham, 25, bersama tiga lagi rakannya yang berasal dari Selangor tiba di kawasan air terjun berkenaan untuk mandi pada pukul 5 petang.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah, Zainal Abidin Nong Chik berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 7.15 malam itu mangsa yang sedang mandi hilang selepas dibawa arus deras.

"Kawan-kawan mangsa cuba menyelamatkannya tetapi gagal. Mangsa hilang daripada penglihatan.

"Pasukan bomba yang membuat pencarian permukaan di lokasi kejadian pada malam semalam tidak menemukan mangsa," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, operasi pencarian yang disertai pelbagai pihak akan disambung semula pada pukul 8 pagi ini. - UTUSAN 
Read More

Perkeso lancar Ops Patuh buru pemandu teksi dan e-hailing


Semua pemandu teksi dan e-hailing negeri ini diminta mendaftar dan mencarum Skim Pekerjaan Sendiri 2017 dengan segera bagi mengelak dikenakan kompaun selepas tempoh pemutihan tamat pada bulan lalu.

Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu, Farihah Che Husin berkata, agensi itu melancarkan Ops Patuh SPS selama sebulan bermula 1 hingga 31 Ogos nanti dengan menyasarkan para pemandu perkhidmatan teksi dan e-hailing.

Setakat ini menurutnya, Perkeso Terengganu telah mengeluarkan empat notis amaran terhadap pemandu Grab selepas dikesan gagal mendaftar dan mencarum SPS dalam operasi dijalankan sekitar Kuala Terengganu dan Kuala Nerus.

“Kami telah menjalankan operasi pertama semalam melibatkan 10 pegawai dan mengesan 15 pemandu Grab. Sepanjang operasi ini berlangsung, pemandu yang belum daftar akan diberi notis supaya segera mendaftar SPS dalam tempoh tujuh hari.

“Jika ingar, mereka akan dikompaun sehingga RM1,000 dan tindakan undang-undang yang membawa hukuman denda RM10,000 atau penjara dua tahun turut dikenakan sekiranya masih gagal mematuhi undang-undang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir ke Program Bersama Pemimpin Masyarakat, Pemimpin Kesihatan Rakyat 2019 di Kuala Terengganu Specialist Hospital (KTS) di sini.

Hadir sama Pengurus Besar KTS, Abel Ahing dan Pengarah Kesihatan KTS, Dr Mohamad Yusof Kassim.

Pada majlis itu, Perkeso Terengganu turut menyampaikan faedah Perkeso kepada lima penerima faedah di bawah skim Perkeso dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM29,000.

Mengulas lanjut Farihah berkata, terdapat kira-kira 1,000 pemandu teksi, e-hailing dan Grab dilaporkan beroperasi di Terengganu dan daripada jumlah itu pihaknya hanya menerima 221 pendaftaran SPS atau sekitar 20 peratus.

Angka itu katanya agak rendah dan beliau berharap pemandu perkhidmatan tersebut dapat mendaftar kerana dengan hanya caruman serendah RM157 setahun, banyak manfaat bakal diperoleh mereka sekiranya ditimpa kemalangan.

“Kesedaran kita sudah beri, tinggal dari segi mahu atau tidak (mencarum) sahaja dan kita harap dengan Ops Patuh ini jumlah yang mendaftar seterusnya mencarum akan meningkat,” katanya.
Read More

Bawa grab merugikan.


BAWAK GRAB MERUGIKAN?

Setelah 4 bulan memandu Grab saya dapati sebenarnya kerjaya ini ialah satu "scam" atau tipu helah yang merugikan SEMUA yang tak pandai mengira, lebih2 lagi yang tak berpandangan jauh.

Saya berdasarkan perhatian saya pada pendapatan $200.00 sehari yang juga memerlukan masa sebanyak 12 ke 15 jam.

Memang kekadang kita boleh mendapat 200 dlm 10 jam tapi itu tidak tetap (constant).

Saya pakai Perodua Axia, manual Transmisson, kereta yang paling jimat minyak.

Sales            $200.00
Grab 25% - $ 50.00
Fuel            -$ 45.00
Provision  - $ 50.00
Installmnt - $ 14.00
Maintnce.  - $ 20.00
Misc.           - $ 15.00
                   ---------------
                      $ 6.00
                  --------------


Dari pengiraan pendapatan dan perbelanjaan diatas jelas menunjukkan kerjaya ni bukan saja merugikan malah ianya adalah kerjaya yang bodoh....jangan kira INSENTIF dari Grab dalam hal begitu.

Sekiranya kau cuma dapat baki $6.00 sehari daripada pendapatan $200.00 SETELAH 14 ke 16 jam memandu lebih baik kerja kontrak macam budak filipin, setidaknya mereka kerja 8 jam dan bawa balik $80.00

DAN YANG LEBIH PENTING yang ramai tidak perasaan ialah apabila hujung tahun dimana cukai jalan atau roadtax dan insuran perlu diperbaharui, jelas baki $6.00 diatas pun tak cukup, belum kira tukar tayar, absorber, brake dan lain2.

DAN AKHIR SEKALI, untuk mendapat $200.00 memerlukan 300 kilometer pemanduan TIAP2 HARI!!!!!

Kereta yang berjalan 300 kilometer sehari SELEPAS 2 TAHUN bukan sahaja banyak masaalah enjin, suspension dan lain2, malah, susut nilai harga pasaran pun teruk...lagipun kereta yang berjalan 300 kilometer sehari selepas 2 tahun tidak berapa sesuai untuk buat Grab walaupun Grab masih terima.

Ini belum kira kos emotional dan fizikal atau kesihatan pemandu2.

Sumber: joseph wong
Read More

Penumpang untung Pemandu rugi.


KADAR TAMBANG - AKHIRNYA PEMANDU KERETA SAPU E-HAILING BERSUARA.

Bila saya baca keratan akbar ini, nak ketawa pun ada, simpati pun ada.

Bila kami berjuang menuntut hak kesamarataan yang benar-benar adil, ramai pemandu-pemandu kereta sapu e-hailing mentertawakan kami dan mencaci kami, tetapi dalam sedar tidak sedar mereka sebenarnya sedang diLembukan oleh syarikat-syarikat e-hailing kereta sapu.

Sebenarnya kami (warga teksi) tidak pernah mempunyai sifat iri hati terhadap mana-mana individu yang berstatuskan rakyat Malaysia untuk mencari rezeki di dalam industri kami.

Tetapi kami hanya menuntut Kerajaan khususnya Kementerian Pengangkutan mewujudkan padang persaingan yang benar-benar adil, dan bukannya seperti yang dilakukan oleh YB Anthony Loke ketika ini.

Sekalipun pada 11 Julai 2018 yang lalu beliau berjanji akan mewujudkan #LevelPlayingField, namun hakikatnya beliau sedang memanipulasikan keadaan dan menjadikan pemandu-pemandu kereta sapu e-hailing yang majoritynya melayu sebagai mangsa kepada syarikat-syarikat e-hailing khususnya syarikat kroni beliau ( #Grab).

Lihat apa yang sedang belaku ketika ini, adakah Anthony Loke ada ambil kisah dengan bebanan-benanan dan kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pemandu-pemandu kereta sapu e-hailing apabila Grab buang harga?

Maka itu sehingga ke hari ini kami akan terus berjuang dan terus berjuang menuntut MOT mewujudkan kesamarataan yang benar-benar adil, ia bukan hanya adil kepada warga teksi kami, sebaliknya ia akan memberi mafaat kepada seluruh pemandu-pemandu kereta sapu e-hailing.

Kita akan bersaing diatas padang yang sama rata, dimana Kerajaan perlu memikul tanggungjawab menyelaraskan kadar tambang dan komisyen.

Realiti : H/Fon, pemandu punya. Enternit, pemandu punya. Kereta, pemandu punya. Minyak, pemandu. Tol, pemandu. Penyelenggaran kenderaan, pemandu. Insuran, pemandu. Risiko, tanggungjawab pemandu. Kederat, pemandu.

Buang harga gila-gila, syarikat. Untung atas angin 20%, syarikat. Pemandu? Jadi Lembu... Lepas tu jerit Merdeka.😇

#KAMALGTSM #GTSMTEKSI
Read More

Asal usul Grab



Saya sebenarnya sudah malas nak ulas isu teksi dan grab ini. Namun bagi menjelaskan asal usul Grab saya setuju untuk buat satu ulasan.

Asal usul Grab.

Aplikasi Grab sebelum ini dikenali sebagai MyTeksi. lanya dikhususkan untuk pelanggan membuat tempahan atas talian tanpa perlu menelefon operator teksi seiring dengan teknologi.

MyTeksi yang diasaskan oleh cucu kepada pemilik Tan Chong (Nissan) mula bertapak di negara ini melalui kerjasama dengan syarikat Teksi Comfort yang dimiliki oleh Datuk Aslah.

Comfort teksi merupakan syarikat yang mendominasi pasaran di kawasan Subang Jaya.

Ketika mula diperkenalkan aplikasi MyTeksi, pemandu teksi berpusu-pusu merebut peluang. Keutamaan diberikan kepada pemandu Comfort terlebih dahulu. Ye lah, teknologi canggih kut.

Setiap pemandu teksi yang berdaftar dibekalkan dengan kod tersendiri.

Tugas mereka adalah memastikan setiap penumpang yang naik teksi sama ada dari tepi jalan atau tempahan ndividu akan memuat turun aplikasi MyTeksi pada telefon bimbit mereka.

Setiap satu muat turun di telefon bimbit penumpang dengan menggunakan kod yang diberi, melayakkan pemandu teksi mendapat bonus.

Dalam erti kata lain, komisen introducer Hari demi hari semakin rancak aplikasi MyTeksi. Semakin ramai pelanggan yang guna dan apabila mengetahui pemandu teksi mendapat pendapatan yang lumayan, pemandu yang tidak celik IT juga mula turut belajar menggunakannya.

Berjuta data penumpang dikutip oleh pihak MyTeksi. Setelah mereka yakin dengan data yang ada, syarikat Comfort teksi dipinggirkan. Pemandu masih setia pada MyTeksi.

Bayangkan, dalam seminggu, pemandu boleh dapat bonus yang besar dengan hanya melengkapkan jumlah trip tertentu.

Malapetaka besar menunggu pemandu teksi bila Uber masuk ke negara ini. Kerajaan melalui salah satu anak syarikat pelaburan negara membuat pelaburan di dalam Uber Ketika ini, MyTeksi mula agak goyah.

MyTeksi bergantung hanya kepada teksi tetapi sedangkan Uber menggunakan kereta orang awam yang tidak mempunyai permit perdagangan.

Operasi Uber langsung tidak diganggu. Mungkin kerana Kerajaan ada saham didalamnya.

Melihat pada operasi Uber yang tidak diganggu dan jumlah komisen yang tinggi diambil dari pemandu Uber, MyTeksi dalam diam mula merekrut kenderaan persendirian.

Bagi mereka ini adalah peluang untuk membuat duit. Dengan pemandu teksi mereka hanya ambil komisen bermula dari 50sen sehingga maksima RM4 bagi setiap trip Lain pula ceritanya bila mereka rekrut kenderaan persendirian .

Mereka caj pemandu komisen pada kadar 20 % dari tambang penumpang .

Hah Tepuk . More money coming. Jika anda tauke syarikat sudah pasti anda akan beri lebih tugasan kepada kereta persendirian dari teksi.

Betul tak?

Sebab apa?

Lebih pendapatan.

Hari demi hari, tugasan untuk pemandu teksi yang menggunakan aplikasi MyTeksi semakin berkurangan.

Kerana apa?

Kerana dalam aplikasi ditunjukkan kepada pelanggan perbandingan harga. Gilalah, kalau pelanggan ambil yang mahal.

Betul tak?

Jika dahulu dalam satu minit, akan ada 10 tugasan yang muncul di aplikasi pemandu teksi, namun kini 10 minit hanya 1 tugasan.

Lama - kelamaan ramai pemandu teksi yang menarik diri dari aplikasi ini kerana ianya sudah tidak membantu .

Dari 90 % kini hanya tinggal 14 % sepertimana kata nenek Nancy Syukri.

Sudah cukup dengan pemandu persendirian, MyTeksi dijenamakan semula dengan nama Grab.

Disini tidak timbul isu pemandu teksi menolak teknologi. Mereka terlebih dahulu menggunakan aplikasi ini didalam negara.(yang pertama app taxi mongger pada tahun 2011).

Bilamana Kerajaan meluluskan akta e-hailing, ia sepatutnya telah berkuatkuasa serta merta.

Seharusnya Kerajaan bertindak tanpa perlu memberi tempoh yang panjang kepada syarikat e-hailing yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan ini untuk mendaftarkan kenderaan mereka kepada pihak berkuasa.

Tempoh satu tahun yang diberi adalah sekadar wayang yang akan diulang tayang dari masa ke semasa.

Kenapa perlu satu tahun sedangkan operasi syarikat e-hailing ini telah berada dalam pasaran selama 5 tahun.

Data pemandu pada mereka sudah cukup untuk terus mengarahkan segala yang ada dalam akta dipatuhi. Dan saya tidak peduli pun pada apa yang bakal datang di masa mendatang kerana saya yakin, bila kita beri servis terbaik, kita akan sentiasa dicari.

Rezeki Allah itu cukup luas. Insya-allah dengan doa dari emak, anak isteri, keluarga serta kawan-kawan, Allah akan mudahkan rezeki saya. Doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.

Abang Teksi
Brown Eyes Brown Cab
Shah Alam
Read More

London tamatkan lesen uber kerana masalah keselamatan


ISU keselamatan awam dan ancaman menjadi sebab pihak berkuasa pengangkutan London untuk tidak membenarkan Uber terus beroperasi di bandar raya itu selepas lesen syarikat berkenaan tamat pada 30 September ini.

Transport for London (TfL) hari ini, mengeluarkan kenyataan ia tidak menyambung lesen operasi syarikat berkenaan namun Uber mempunyai masa 21 hari untuk mengemukakan rayuan.

Menurut TfL, cara Uber beroperasi menimbulkan kebimbangan dan memutuskan Uber London Limited tidak layak dan tidak sesuai diberi lesen perniagaan sewa persendirian.

Menurut kenyataan TfL, pendekatan dan cara operasi Uber menunjukkan kurang tanggungjawab korporat berikutan sejumlah isu yang berpotensi menjejaskan keselamatan awam dan masalah keselamatan lain.

Antaranya, menurut TfL, cara Uber melaporkan jenayah serius dan keperluan memeriksa rekod jenayah pemandunya.

London mengikuti bandar raya lain, termasuk New Delhi, Mumbai dan Cape Town tidak memberi lesen kepada Uber.

Uber dalam kenyataan balasnya berkata, keputusan itu menunjukkan London yang sepatutnya matang dan terbuka, sebenarnya ‘tertutup’ untuk syarikat yang mempunyai inovasi serta menyekat pilihan pelanggan.

Pelbagai isu menjejaskan imej Uber di London, termasuk ramai pemandunya melakukan jenayah rogol serta serangan seksual dan seorang pemandunya menggunakan kenderaan berdaftar dengan Uber dalam serangan terhadap Istana Buckingham.

P/s Pemandu teksi dimalaysia terpaksa berperang dengan uber dan grabcar.


Kalau kata bawa uber dan grab boleh dapat pendapatan 7-8k sebulan,dah lama aku sendiri yang bawa.
Ramai kawan2 jp yang beralih arah terpaksa buat U turn semula setelah mendapati indah khabar dari rupa.

Di Malaysia mungkin disebabkan ini( doj-siasat-kemungkinan-rasuah-dalam-urusan-uber-dengan-putrajaya/) maka ia dibenarkan beroperasi.


Sumber berita

http://standertonadvertiser.co.za/
Read More

Pencerahan tentang saman tertunggak

PENCERAHAN KEPADA SEMUA YANG SELAMA INI DISEMBUNYIKAN OLEH JPJ & POLIS

Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar ganti rugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan.
Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman.

Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah.
Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, adakah seseorang itu benar-benar melakukan kesalahan yang didakwa sehingga mereka wajib membayar denda?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak.

Jika ada yang tertunggak maka ia bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke mahkamah untuk menjawab saman itu.

Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap supaya OKS hadir mahkamah.

Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mengakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan.

Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesailah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga saman itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak?
Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke mahkamah.
Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi had laju.

Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenali dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran.

Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke mahkamah bagi menjawab tuduhan memandu melebihi had laju.

*ZULHAZMI SHARIFF* Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)
Read More

Dubai Negara Pertama Guna Teksi Drone


Dubai akan menjadi negara pertama menggunakan Drone sebagai teksi udara bermula musim panas ini.

Teksi udara Ehang 184, Drone berkuasa elektrik dan boleh melakukan perjalanan selama kira-kira 31 batu atau 23 minit dengan seorang penumpang dan beg yang berat sehingga 100kg. Ia boleh pergi pada kelajuan sehingga 63 batu sejam dan mengambil masa dua jam untuk mengecas penuh.

Mengunakan aplikasi untuk menempah teksi ini sebagaimana e-hiling, penumpang boleh memasukkan destinasi mereka dan kemudiannya peta dan drone berkenaan akan menuju ke lokasi mereka.

Drone Ehang 184 ini memerlukan ruang lapang untuk mendarat ,bagi tujuan keselamatan kerana tekanan angin yang dihasilkan agak kuat.

Sumber berita
Read More