Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita. Papar semua catatan

FAKTA JALUR GEMILANG

bendera
Jalur gemilang

FAKTA JALUR GEMILANG

WARNA KUNING ANAK BULAN & BINTANG melambangkan warna Diraja Duli Yang Maha Mulia Agong

BINTANG PECAH 14 menunjukkan perpaduan 13 negeri & 1 wilayah persekutuan

BULAN & BINTANG melambangkan Agama Islam sebagai agama persekutuan negara 

WARNA BIRU TUA menunjukkan perpaduan rakyat berbilang kaum dalam negara

WARNA PUTIH menunjukkan kesucian & Keluhuran

WARNA MERAH menunjukkan keberanian
Read More

FIRMA Jepun melakukan ujian kereta terbang


FIRMA Jepun, NEC Corp melakukan ujian kereta terbang di Tokyo di negara matahari terbit itu, pada minggu ini

Peranti itu pada awalnya merupakan dron besar yang dikuasakan oleh sebiji bateri, dilengkapi empat kipas, sudah cukup untuk membawa penumpang.

Dalam ujian penerbangan itu, kereta terbang sekitar tiga meter dari atas tanah selama seminit, sebelum ia ke tanah semula.

Bagi memastikan ujian berjalan lancar, ia dilakukan di dalam kandang yang besar, dan tali di ikat pada kereta tersebut

NEC tidak mempunyai rancangan untuk pengeluaran besar-besaran buat masa ini.

Menurut pengasas bersama Cartivator, Tomohiro Fukuzawa, rakan projek itu akan memulakan pengeluaran secara besar -besaran pada 2026.

p/s:
Jepun yg maju pon belum berani keluarkan kereta terbang,Malaysia masih lagi ketingalan teknologi,tiba2 nk keluarkan kereta terbang,buat lawak betul menteri menteri Malaysia sekarang ni.
Read More

Musang king



Trivia:

D197 - DurianDurio Zibethinus Linn.

Didaftarkan sebagai Raja Kunyit. Juga dikenali dengan nama Musang King atau Mousang King.

Tarikh Daftar: 9.12.93

Pendaftar: Wee Chong Beng Asal: Tanah Merah, Kelantan .

Sejarah Raja Kunyit ditemui oleh orang Melayu di Pulau Raya, Tanah Merah.

Encik Chong Beng,yang daftarkan baka tersebut,adalah orang pertama yang mengambil baka dari Pulau Raya dan menanam di Gua Musang.Pokok asal telah mati dan pokok kedua masih ada di Gua Musang.

Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan bintang dan garisan pangsa sangat jelas pada kulit bawah buahnya.


Isi durian ini lebih tebal, berwarna kuning pekat seakan serbuk kunyit, ditambah rasa lemak yang sedikit pahit dan bijinya pula kecil sahaja berbanding durian yang lain,durinya pula bersegi, pangkal tangkainya tidak berduri.
Read More

DAWN RAID

DAWN RAID: Filem mengenai bagaimana kerajaan Malaysia
dibawah pimpinan Tun Mahathir yang baru sahaja menjadi PM dalam masa 2 bulan,menyerang saham Guthrie ketika fajar 7 September 1981.Tan Sri Khalid Ibrahim memaikan peranan utama.
Hanya dalam masa 4JAM!

Lakonan oleh Shaheizy Sam sebagai Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI).
Akan datang ke pawagam.








Filem diarahkan oleh Bront Palarae.
Read More

Pemandu teksi pekerjaan yang paling stress di tahun 2013.


Pemandu teksi antara pekerjaan yang paling stress di tahun 2013.
Read More

Kenali pemandu teksi anda



Agak janggal bagi saya, sebagai ibu tunggal yang mempunyai kelulusan sebagai juru ukur bahan berdaftar yang bebas, beliau memilih untuk memandu teksi sebagai salah satu kerjaya.


Ya, berkelulusan ijazah Quantity Surveyor dari London South Bank University, seorang profesional bebas dari sektor swasta memilih untuk membawa teksi sebagai memenuhi masa lapang.(berita penuh)

Ramai orang memandang serong,terhadap pemandu teksi tampa mahu mengatauhi siapa gerangannya pemandu teksi yang anda naiki.

Read More

Pemandu teksi dan GRO



 Salam sahabat joyiman blogspot.
Sudah beberapa hari tidak membuka blog disebabkan kesibukan dengan tugas memandu teksi.
Kali ini aku akan huraikan masaalah pemandu teksi yang terperangkap dengan GRO,sebagaimana berita pada 11 jun lalu.
KUALA LUMPUR: Jadi hamba pelayan pelanggan (GRO). Itu istilah tepat menggambarkan kebodohan sebilangan pemandu teksi yang sanggup menjadi pak turut kepada GRO di ibu kota semata-mata untuk mendapatkan pendapatan tambahan dan memuaskan nafsu serakah.

Read More

Malam Korban Segala Korban




Selamat tahun baru kepada semua pembaca Blog teksi ini.
Saat ini sudah bermulanya tahun baru,dan selamat berjuang sahabat-sahabat teksi untuk menempuh jem 2-3jam semoga lenguh segala sendi ...haha..

Bagi ku,di malam ini adalah malam Korban segala Korban,kerana itu adalah pengalaman setiap tahun.
Malam korban,terkorban,di korbankan dan segala korban akan berlaku di malam ini,tidak termasuk hariraya korban.

Sidara akan terkorban pada sang teruna,kekasih akan mengorbakan si kekasihnya,si bojan akan korbankan bosianya,mat rempit akan terkorban di jalan rayanya,si bapa akan mengorbankan duit koceknya  membawa anak-anak berjalan dan bermacam lagi korban segala korban akan berlaku di malam ini.

Bagi pemandu teksi,di malam ini adalah malam mencari duit bonus setelah setahun berkerja(pemandu teksi mana ada bonus,gaji tetap,cuti minggu,cuti tahun,kwsp,)jadi setiap pemandu teksi tidak akan mensesiakan peluang ini.

Ilmu pancung memancung akan di gunakan oleh waga teksi,segala pedang, kapak,pisau yang tajam-tajam akan di keluarkan untuk menyembelih korban,pasti pengguna juga yang akan terkorban.

Malam korban segala korban ini adalah,lebih baik dok rumah cam aku,supaya nanti kita tidak akan terkorban.

Secara ringkasnya kutulis tentang pengalaman di malam korban,dan fahamilah maksutnya.

Wasalam :joyiman.
Read More

Tentang aku dan Blog ini

Sebagai seorang pemandu teksi,banyak waktu ku  habiskan di jalan raya dan bertemu dengan berbagai ragam kehidupan manusia.Jadi aku tidak dapat hendak update blog ini selalu.Aku pulang kerumah dalam jam 8malam,dalam pukul10 hingga12 malam baru aku mengadap monitor ini,selalunya aku akan menggunjugi sahabat yang meningalkan jejak di blog ini,melihat-lihat cerita yang menarik.

Kebiasaanku mengunjungi blog yang meningalkan jejak di blog ini dengan mengelidah setiap inci blog tersebut.Aku tidak suka,pergi ke sesebuah blog,tinggalkan jejak dan berlalu,tanpa melihat entri2yang terdahulu.

Mungkin ada sesuatu yang berguna untuk di jadikan pedoman kehidupan di dalam sesebuah blog itu kalau kita rajin menggelongkarnya.

Ada sesetengah shabat blog hanya memburu traffic di blog masing-masing dengan pergi keseberapa banyak blog untuk meningalkan jejak tanpa membaca entrinya..Bagiku cara begitu tidak akan dapat traffic yang banyak mungkin dalam 100 ke 200 shaja.

Sebenarnya ada satu trik yang boleh menambah traffic sehingga ribuan orang memasuki blog kita yang pernah ku gunakan dahulu,skg.aku tidak mengunakanya lagi

Aku juga tidak mengunakan blog sebagai sumber pendapatan,berapa sangatlah duit iklan yang boleh dapat kalau 00.005 sen setiap klik,itupun kalau ada yang sudi nak klik.

Ini sahaja posting ringkas kali ini,akan datang mungkin posting yang gempak sikit kerana tadi dapat snap gambar prototaip moto 100% ciptaan anak tempatan yang jimat minyak 100 km 00.00 liter minyak.
Read More

Berbohong

Menyentuh Hidung

Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai 'Kesan Pinocchio'. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang sebenarnya tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkan si dia.

Menutup Mulut

Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan suatu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidka berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Read More