Memaparkan catatan dengan label rencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rencana. Papar semua catatan
Pemandu bas di Australia
CANBERRA - Meskipun pernah memegang jawatan tinggi di negara sendiri, tiga rakyat Indonesia ini tidak malu menjadi pemandu bas apabila berhijrah ke Australia.
Edwin Kusuma dan Rita Gunawan adalah pasangan suami isteri dari Indonesia yang bekerja sebagai pemandu bas untuk sebuah syarikat pengangkutan di Sydney yang dikenali sebagai Busway.
Edwin pernah bekerja sebagai pegawai Teknologi Maklumat (IT) di sebuah bank Jakarta selama lapan tahun manakala isterinya, Rita pernah memegang jawatan ketua kewangan untuk syarikat pengedar elektrik sebelum akhirnya pindah ke Australia pada tahun 2010.
Di samping cabaran dalam bidang pekerjaan, Rita dan Edwin juga menerima pelbagai reaksi daripada rakan dan ahli keluarga mereka di Indonesia.
"Kami tidak mempunyai masa untuk mengurus keluarga seperti menghantar anak atau orang tua berjumpa doktor serta menghadiri perjumpaan ibu bapa di sekolah," katanya yang berkelulusan Sarjana Ekonomi Universiti Surabaya. Rita yang kini memegang status penduduk tetap di Australia, menjadikan persepsi negatif rakannya sebagai inspirasi untuk dia dan suaminya terus maju.
Jadi, tidak hairanlah kini mereka juga sudah mampu memiliki rumah sendiri dan turut membawa ibu bapa tinggal bersama.
Pandangan yang sama juga diberikan Charles Gultom yang bekerja sebagai pemandu bas di sebuah syarikat pengangkutan, CDC Victoria.
Seperti keluarga Rita, kebanyakan teman Charles di Indonesia juga terkejut apabila mengetahui tentang pekerjaannya itu. "Ramai kawan tidak percaya. Tetapi mereka tidak tahu pendapatan yang saya peroleh," kata Charles yang merupakan bekas chef di hotel lima bintang.
Tambahnya, dia menukar bidang kerja kerana mahu mengurangkan tekanan dengan memilih pekerjaan baharu yang lebih santai.
Menurutnya, walaupun hanya sebagai pemandu bas dia masih boleh mendapat kualiti kehidupan yang baik di negara itu.
"Walaupun bekerja sebagai pemandu, tetapi masih boleh bercuti dan melancong sedangkan di Indonesia jika menjadi pemandu bas makan pun tidak cukup," tambahnya yang hanya memerlukan dua bulan untuk menghafal laluan bas yang dipandunya. - Agensi
Mengapa banyak negara mengharamkan app Uber.
kita baru sahaja melangkah ketahun baru, tetapi kemelut pemandu teksi masih berterusan disebabkan pihak spad masih berlengah legah dengan tuntutan pemandu teksi untuk mengharamkan uber.
Perjuangan persatuan persatuan teksi di kl mendesak pihak kerajaan untuk mengharamkan uber sama dengan pemandu pemandu teksi di kota London. Mereka juga berjuang mendesak pihak keraajan untuk mengharamkan uber.
![]() |
| Demo membantah uber di London |
![]() |
| Demo membantah uber di German |
uber-app-banned-in-germany-giving-fresh-hope-to-angry-british-cabbies
Banyak negara membantah uber kerana beroperasi tampa mengikut piawaian perkhidmatan teksi.
Lima sekeluarga Islam diami rumah kebajikan gereja dan kerenah birokarsi
Apabila kita membaca kisah-kisah sebegini di akhbar,kita akan tertanya siapa yang harus di persalahkan?.Apakah harus dipersalahan kepada mereka kerana tidak mahu berusaha untuk meningkatkan pendapatan keluarga, masayarakat sekeliling yang tidak mahu membantu , jabatan ugama di setiap negeri atau kerajaan yang mengaku bahawa kita Negara Islam.
(baca artikel yang lalu: Kerenah birokarsi jabatan agama islam malaysia)
(baca artikel yang lalu: Kerenah birokarsi jabatan agama islam malaysia)
Gengsterisme di malaysia
Pemandangan seperti gambar ini,boleh dilihat di kebanyakan kawasan sekitar KL .Mungkin kita menyangka ia perbuatan Laku musnah atau Vandalisme(Wikipedia)oleh budak-budak nakal,namun ia lebih daripada itu kepada sesiapa yang memahami maksudnya.
Ini perbuatan gengsterisme,yang menandakan sesuatu kawasan itu telah dikuasai oleh mereka.
Aku pernah hidup dalam keBRUNTAL an(bahasa apa aku pun tak tahu) di zaman muda remaja dan bercampurgaul dalam dunia gengsterisme.
Rakyat semakin bangkit demi masa depan cucu-cicit
Aku seperti kebanyakan orang lain, hanya insan biasa dan perlu mencari rezeki demi meneruskan kehidupan. Sepertimana orang lain di dunia yang kebanyakan macam aku tidak kira warna kulit, agama dan bangsa pada hakikatnya adalah sama.
Sama dari aspek pegangan kehidupan, kita semua perlu makan untuk terus hidup, punya tanggungjawab dan punya keperluan. Realiti dan fantasi senantiasa bersilih ganti demi mencari kesenangan dalam kehidupan. Ada mahu terus hidup, ada mahu nama, ada mahu harta berjuta semuanya adalah fitrah kita sebagai manusia yang inginkan syurga dunia.
Namun, segalanya berpaksikan pada hakikat realiti individu tersendiri. Aku adalah aku yang pada hakikatnya seorang manusia bertaraf insan di bumi Malaysia bergelar RAKYAT.
Read More

Kesesakan di Kuala Lumpur

BAS Mini disebut juga lipas kudung atau BMW (Bas Mini Wilayah) menghidupkan Kuala Lumpur pada awal 1980-an hingga 1998. Ketika itu jalan raya dikuasai oleh 1,200 bas mini milik 320 pengusaha yang menyediakan peluang pekerjaan kepada 7,000 pemandu dan konduktor.
Bas mini adalah nadi Kuala Lumpur.
Bas mini menjadi pilihan utama kerana tambangnya murah, pantas walaupun terpaksa berhimpit-himpit. Beberapa hentian seperti Bangkok Bank, Bus Stand Kelang, Kota Raya sangat dikenali oleh warga Kuala Lumpur.
Melayu
Dunia perniagaan Melayu sangat berbeza dengan orang Cina. Kita perlu mengakui dalam dunia perniagaan Melayu memang jarang dan sukar usahawan Melayu akan tolong sesama usahawan Melayu. Keadaan ini jauh berbeza dengan dunia perniagaan orang Cina yang akan saling bantu membantu sesama mereka. Dalam konteks Melayu tolong Melayu, pengalaman menegaskan bahawa cuma kakitangan awam kerajaan yang mengamalkan perkara tersebut. Ini pun disebabkan polisi kerajaan.
Cuba kita renungkan persoalan-persoalan ini. Adakah pengilang-pengilang Melayu mengeluarkan barangan yang boleh dijual di kedai Melayu atau dijual peniaga atau pembekal Melayu? Jawapannya tidak, majoriti mereka membuka kilang untuk tender/kontrak kerajaan melainkan perniagaan makanan dan minuman sahaja. Adakah pengilang-pengilang Melayu membeli barangan keperluan kilang daripada usahawan Melayu atau pembekal Melayu?. Jawapannya juga tidak, keseluruhannya mereka mendapatkan daripada peniaga Cina dengan alasan sudah biasa dan harga lebih murah.
Selain itu, adakah juga kontraktor-kontraktor binaan Melayu yang dapat kontrak kerajaan bernilai jutaan ringgit mendapatkan bekalan mereka daripada pembekal Melayu? Jawapannya juga tidak, hanya kontraktor-kontraktor Melayu yang dapat projek sahaja, menjadi kaya dan mendapat manfaat ialah ratusan malah ribuan pembekal Cina. Contoh lain, mengapa orang Melayu lebih suka menghantar kereta mereka ke bengkel orang Cina dengan alasan sudah biasa dan lebih yakin perkhidmatan di bengkel orang Cina. Orang Melayu juga lebih suka minum di kopitiam kepunyaan orang Cina yang diragui status halal makanan disediakan.
Dalam dunia perniagaan Melayu sebenarnya tidak ada sikap ‘bagai aur dengan tebing’. Justeru, sikap dan mentaliti usahawan Melayu perlu berubah secara total terhadap slogan ‘Melayu tolong Melayu’ dan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 30 peratus usahawan Bumiputera. Sebenarnya, kunci kejayaan dan kekuatan bangsa Cina dalam bidang ekonomi terletak pada kewujudan apa yang dipanggil ‘jaringan pohon buluh’ dalam kalangan usahawan mereka. Malah jaringan ini diamalkan dalam dewan dan persatuan perniagaan bangsa Cina dalam kalangan usahawan mereka. Dalam kata lain orang Cina mempunyai tahap perpaduan dan kerjasama erat dalam kalangan usahawan mereka hingga dapat menguasai bidang ekonomi di Malaysia, malah di serata pelosok tempat di dunia ini.
Walaupun kerajaan melalui agensi-agensinya sentiasa memberi sokongan dan membantu usahawan Melayu, ia tidak akan berjaya sekiranya mereka tidak mengubah sikap ‘ Melayu tolong Melayu’ dan mengamalkan ‘jaringan pohon buluh’ seperti diamalkan kalangan usahawan Cina selama ini di negara kita. Justeru, orang Melayu harus sedar, siapa lagi yang akan menolong mereka, jika tidak bangsanya sendiri.

Kenapa Al-Quran mengharamkan babi
Pada masa yang lalu, dunia di gegarkan dengan penyakit flu babi. Korbannya sudah ratusan orang dan sudah ada ribuan orang yang terkena virus H1N1 tersebut. Allah SWT mengharamkan babi sebagaimana firmannya yang artinya:
“ Tidak aku temukan dalam wahyu yang diturunkan kepadaku, sesuatau yang haram untuk memakannya, kecuali bangkai atau darah yang mengalir atau daging Babi, sebab semua itu adalah nista (kotor) atau binatang yang di sembelih untuk selain Allah; maka barang siapa karena keadaan terpaksa dengan tidak menginginkannya lagi tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Rabb-mu Maha pengampun lagi maha penyayang.”(Q.S. Al-An’aam : 145)
dan dalam ayat yang lain. Yang artinya
“Diharamkan atas kamu adalah bangkai, darah, dan daging Babi”
Ayat diatas menerangkan akan haramnya memakan daging babi, dan disebutkannya “daging” maksudnya adalah daging jika dimakan. Oleh karena itu, Imam Nawawi dan Imam Ibn Qudamah Al – Maqdisi menyatakan ijma’ (kesepakatan ulama) tentang haramnya memakan satu bagian tertentu dari binatang babi. (walaupun bukan dagingnya). Imam Ibn Hazm menyatakan, “Sepakat seluruh ulama tentang keharaman memakannya, maka tidak halal seseorang memakan daging tertentu dari babi, baik daging, lemak, urat, tulang,otak ataupun yang lainnya.
- penyakit parasit. Diantaranya adalah berkembangnya cacing sptal (termasuk cacing yang paling berbahaya bagi manusia). Dan semua daging babi pasti mengandung cacing ini. Bisanya cacing ini berkumpul dalam otot-otot. Maka orang yang memakan daging babi, boleh menyebabkan sakit diafragma sehingga menyebabkan nafas terhenti, kemudian mati. Dan satu lagi cacing yang merbahaya adalah cacing pita yang panjangnya boleh mencapai 10 kaki, boleh menyebabkan kejang-kejang perut dan darah rendah, juga boleh menyebabkan adanya cacing di otak orang yang memakan daging, hati, paru-paru, dan lainnya. Cacing lainya adalah cacing Scars, biasa menyebabkan disfungsi pada paru-paru dan komplikasi seluruh pencernaan. Cacing Engcalostoma, Balharesia, Dosentaria bisa menyebabkan leukimia, pendarahan, dan penyakit lainnya yang boleh menyebabkan kematian. Dan cacing jenis lainnya yang ada di dalam babi yang jumlahnya lebih dari 30 jenis dan bervariasi bahayanya.
- claPenyakit dari bakteri, seperti TBC (Tuberculosis), Cholera Tivudiah, Pharatefouid, demam tinggi yang cepat, dll
- penyakit dari virus, seperti penyakit disfungsi saraf, disfungsi otot jantung (qalbu),influenza, dis-fungsi sakit mulut , dll
Ditambah lagi, babi mengandung minyak lechitin (minyak babi) yang sangat berbeza dengan haiwan lainnya. Oleh kerana itu orang yang memakan daging babi mengandung lechitin jenis ini dan kelebihan kolesterol dalam darah mereka, sehingga menambah kemungkianan terkena penyakit cancer, jantung, pendarahan dada, yang semuanya boleh menyebabkan kematian secara mendadak.
Menambah buruknya lagi, perut akan susah untuk menghadamkanya, kerana daging babi hanya boleh di hadamkan sekitar 4 jam lamanya,berbeza dengan daging lainnya. Juga boleh menambah kegemukan, merasa sesak dan menambah lemahnya ingatan.
Oleh kerana itu dalam Al-Quran mengharamkan kita untuk memakan daging babi, kerana babi banyak merugikan bagi manusia yang memakannya..
Langgan:
Catatan
(
Atom
)