Memaparkan catatan dengan label android. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label android. Papar semua catatan

Panduan Letak Nombor Telefon WARIS


Hp samsung


Panduan Untuk Letakkan Nombor Telefon WARIS Bila Berlaku Kemalangan!

 Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK. Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK.

Panduan untuk letakkan nombor telefon WARIS bila berlaku kemalangan – Dibawah ini saya kongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di screen bila phone anda LOCK. Jadi ia memudahkan orang yang ingin membantu terus DAIL nombor tersebut.

Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana dibawah:

LENOVO 1.
Setting 2. Security 3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency

SAMSUNG 1.
Setting 2. Device 3. Lock screen 4.Owner infomation… Masukkan no telefon emergency

ASUS 1.
Setting 2. Lock Scren 3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency

XIOMI 1.
Setting 2. Lock Screen 3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.

IPHONE (APPLE)
To set, launch “Health” app & create Medical ID. To access the info once Medical ID created: 1. Slide 2. Emegency 3. Medical id… Your emergency contact details will appear.

Anda boleh cuba buat langkah-langkah diatas. Insya Allah ada kebaikannya.


LIKE & SHARE jika info ini bermanfaat!

Copy whatapp grop.
Read More

Beriklan dengan google adwords amat mudah

adwords

Salam pembaca blog aku dan teksi.
Lama aku tak berblog, disebabkan kesibukan berkerja.
kali ini entri aku bertajuk tentang adwords, bukannya aku pakar tentang adwords ini, cuma nak bagi pengalaman aku beriklan dengan Google adwords amat mudah.

Ada antara sahabat aku mengunakan orang tengah untuk beriklan dengan adword dimana ini akan menambah kos pengiklanan kita disebabkan upah yang terpakasa kita tanggung.

Berbalik pada tajuk beriklan dengan google adwords amat mudah, apa yang perlu kita sediakan..

1.kad kredit atau debit kad.
2.hp untuk dihubungi.
3.laptop atau tap, hp..aku guna tap je.

Korang buka google.com.my/adwords
Daftar dengan gmail masing2.

adwords
Tengok gambar ni, ada no telefon google 1800-814-842
korang telefon je google, nanti pihak google akan ajar cara-cara dia sampai kita faham.pihak google tak cas panggil ni, free je.

Selamat mencuba.

p/s sibuk tak sempat nak tulis panjang2
wasalam, joyiman.
Read More

Kekurangan dan kelebihan root smartphone android

Sekarang ini ramai pemandu teksi telah mula memakai smartphone disebabkan banyak syarikat mengunakan aplikasi tempahan teksi pada waktu ini.Kita juga sering mendengar perkataan root..apa tu root?

Disini kita berkongsi sedikit info mengenai Root.
kelebihan dan kekurangan root.

Pengertian Root.
Secara ringkasnya root adalah satu proses
untuk memberikan pengguna smartphone
Mengakses penuh sistem
di dalam smartphone kita..
kebanyakan sistem di dalam
smartphone kita telah dikunci oleh pengeluar masing-masing.

Kenapa pengeluar smartphone mengunci sistem tersebut?
Pengeluar mengunci sistem tersebut
adalah untuk menjaga fungsi-fungsi yang telah disetkan.
Sekiranya tidak dikunci ditakuti pengguna akan tersilap
memasuki sistem ni dan secara tidak sengaja meminda sistem tersebut.
Ini boleh menjadikan smartphone tersebut
tidak dapat berfungsi dengan baik.

Kekurangan Root
1. Boleh menghilangkan waranti sekiranya
pengguna membuat root kepada smartphone tersebut
satu perkara yang paling mustahak perlu diketahui adalah
waranti smartphone tersebut akan hilang.
Ini kerana pihak pengeluar tidak akan memberi jaminan
kepada peranti yang telah diusik sistemnya sekiranya rosak.
Serangan virus.

2.adalah dikhabarkan sekiranya
pengguna membuat pengubahsuaian terhadap sistem
ianya boleh menjadi terdedah kepada serangan virus.
Walau bagaimanapun perkara ini masih menjadi perdebatan
kerana sebenarnya serangan virus turut boleh menyerang
kepada mana-mana peranti walaupun proses root tidak dijalankan.

Kelebihan Root
1. Keupayaan smartphone akan menjadi lebih pantas dan laju
ini adalah perkara pertama yang akan dirasai oleh pengguna
sebaik smartphone tersebut selesai proses root.
Smartphone akan menjadi lebih pantas berbanding sebelum root.

2. Boleh membuang aplikasi yang tidak digunakan dalam smartphone
untuk mengurangkan internal memory
dan meminimakan penggunaan RAM
Terdapat pelbagai aplikasi yang kita tidak gunakan
terkandung di dalam smartphone kita
seperti contoh Chinese Keyboard, Wheater Widget, Wisepilot dan sebagainya.
Aplikasi ini hanya membuat Internal Memory kita penuh
dan ada diantaranya akan beroperasi secara background.
Ini secara tidak langsung membuatkan RAM kita akan meningkat.
Aplikasi ini boleh dibuang untuk menjimatkan ruang Internal Memory
dan meminimakan penggunaan RAM.
Secara tidak langsung ia akan membantu menjimatkan sedikit penggunaan bateri.

3. Pengguna dapat menginstall aplikasi yang melibatkan root
seperti Titanium backup.
Aplikasi ini adalah untuk back up segala sistem
dan aplikasi di dalam smartphone.
Sekiranya berlaku kerosakan pada peranti,
maka pengguna boleh restore semula sistem
dan aplikasi yang telah di buat back up.

4. Mengubahsuai ROM, launcher, theme dan lain-lain.
Pengguna boleh menginstall pelbagai ROM
selain dari ROM standard yang dibekalkan oleh pengeluar.
Memasang pelbagai theme dan lain-lain lagi.

Sumber di edit dari:http://hacker69.mywapblog.com/

Lagi aplikasi yang boleh digunakan sesudah root
Berikut adalah beberapa contoh aplikasi yang memerlukan akses root yang paling banyak diinstall:

App2Card dan Link2SD:
Dengan aplikasi ini memungkinkan pengguna untuk memindahkan semua aplikasi ke SD Card
Dapat menginstall custom ROM:
Apa itu custom ROM? Custom ROM adalah sistem operasi Android kustom (alternatif) atau bukan buatan vendor pengeluar hp. Custom ROM dikembangkan oleh komunitas penggemar sistem operasi Android.
Catatan:
Dengan melakukan root bukan bererti kita dapat terus melakukan installCustom ROM, namun kebanyakan handphone Android memerlukan akses root bila ingin diinstall custom ROM.

Overclock processor:
Dengan melakukan overclock, processor dapat memaksa processor berkerja lebih cepat dari kecepatan biasa yang secara keseluruhan dapat meningkatkan pemprossesan. Namun demikian, overclock dapat memperpendek usia processor, membuat bateri lebih cepat habis ,hp cepat panas dan juga ada kemungkinan menyebabkan sistem menjadi tidak stabil.

Dapat Uninstall Aplikasi asal:
Dengan melakukan root, kita dapat melakukan uninstall aplikasi-aplikasi asal yang tidak berguna dan hanya memenuhi memori hp. Namun, jika Anda berniat melakukan hal ini, sebaiknya berhati-hati, kerana jika salah uninstall dapat menyebabkan handphone menjadi tidak sempurna. Sebaiknya jangan dilakukan bila tidak terlalu diperlukan.

Wasalam:joyiman
Read More