Memaparkan catatan dengan label proton. Papar semua catatan

Teksi 1Malaysia
sumber gambar(http://paultan.org)
dengan ruang bagasi yang besar, penumpang juga boleh menggunakan kad kredit dan kad debit untuk membayar tambang yang dikenakan kepada mereka.
Kenderaan MPV ini juga dilengkapi dengan meter (caj perjalanan) dan GPS bagi memudahkan perjalanan Teksi 1Malaysia itu menampilkan warna 'Brown Elegant
Teksi Rakyat 1Malaysia (Teks1M)
Syed Hamid Albar (dua dari kiri) menerima dokumen perjanjian daripada Mohd. Khamil Jamil (kanan) semasa Majlis Memperkenalkan Teksi 1Malaysa (Teks1M) dan Pelancaran Reka bentuk Teksi1M di Pusat Proton di Shah Alam, semalam. Turut kelihatan Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal (kiri sekali).
SUBANG JAYA 18 April - Sebanyak 1,000 Teksi Rakyat 1Malaysia (Teks1M) akan beroperasi di sekitar Lembah Klang, Johor Bahru dan Pulau Pinang bermula Jun hingga Oktober tahun ini.Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, buat permulaan, usaha itu akan membabitkan seramai 200 pemandu teksi yang diberi lesen individu oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Mac lalu dan selebihnya dipilih berdasarkan kriteria tertentu..
Menurutnya, pengenalan perkhidmatan itu akan membantu meningkatkan industri pengangkutan awam sekali gus menambah pendapatan mereka menerusi penawaran perkhidmatan lebih selesa..
"Kita akan babitkan 200 penerima lesen individu sebelum ini dan bakinya sedang ditapis berdasarkan pengalaman memandu dan kriteria penting lain..
"Apa yang ditawarkan ini bukan sahaja merangkumi jenama 1Malaysia tetapi ciri-cirinya direka khas sesuai dengan pemanduan masa kini," katanya dalam sidang media selepas melancarkan Teks1M di sini hari ini..
Yang hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif SPAD, Mohd. Nur Ismal Mohamed Kamal, Ketua Pegawai Pembangun SPAD, Azmi Abdul Aziz dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Mohd. Khamil Jamil..
Beliau berkata, teksi terbabit dikeluarkan sama ada dengan tangki petrol sahaja atau dipasang siap dengan tangki gas asli (NGV) termasuk mesin bayaran yang menawarkan perkhidmatan dalam bentuk debit dan kredit kepada penumpang..
Syed Hamid berkata, selain prospek keselamatan, teksi model Exora mempunyai kelebihan lain seperti tempat duduk belakang berhawa dingin, ruang bagasi lebih besar dan warna teksi berlainan iaitu coklat keemasan..
"Model ini boleh didapati dalam modul kawalan automatik dan manual bagi memberi pilihan kepada mereka termasuk dibekalkan sistem perayauan, peranti sistem kedudukan global (GPS), beg udara, sistem brek antikunci, brek agihan elektronik dan sarung kerusi kulit," katanya..
Beliau menjelaskan, Sistem Perkhidmatan Teksi Berpusat (CTSS) yang memakan masa tempoh tiga hingga enam bulan dari sekarang akan diusahakan SPAD supaya pemandu dan penumpang teksi dapat mengetahui lokasi masing-masing pada setiap masa. "SPAD menjangkakan transformasi 60,000 pemandu teksi menggunakan model itu dalam tempoh lima hingga 10 tahun dan buat masa ini harga permulaan meter adalah RM3 khusus untuk teksi bajet..
"1,000 pemandu akan mendapat rebat RM5,000 daripada Yayasan 1Malaysia Development Berhad bagi pembelian model itu menjadikannya hanya RM59,000 seunit," ujarnya.
p/s Bertambah lagi warna teksi Malaysia.
Proton Inspira yang boleh di pandu uji.
Mengatahui tentang Inspira yang sudah di lancarkan,dan boleh di pandu uji sekarang.
Proton melahirkan Inspira dengan lesen kebenaran MMC. Teknologi dan prestasi Lancer sudah diperakui. Dan paling penting, harganya kini ditawarkan pada harga yang sangat hebat. Malah ia bakal menggegarkan dua segmen sekali gus iaitu segmen enjin 1.8 liter dan 2 liter.
Mitsubishi Motors Co. (MMC) di Jepun melarang perubahan dilakukan ke atas enjin dan sistem gantungan. Namun jurutera Proton berjaya menyakinkan mereka bahawa perubahan yang dilakukan bukan untuk merosakkan Lancer, sebaliknya meningkatkan pengalaman pemanduan. Proton mengadakan beberapa sesi demonstrasi khusus untuk jurutera MMC yang secara ringkasnya dirumuskan 'menyesuaikan sistem gantungan dengan permukaan jalan di Malaysia yang memiliki ciri-ciri tersendiri seperti jalan beralun, bertampal-tampal ,berlubang sana sini dan tidak licin'.Sehingga jurutera MMC Jepun memberi kelulusan kepada perubahan (setelah berkeras sekian lama) sistem gantungan.
Prestasi bagi enjin 2 liter Inspira tidak jauh berbeza daripada Lancer. Bagi varian 1.8 liter (yang tidak dijual oleh Mitsubishi di Malaysia), ia menggunakan enjin diperbuat daripada aluminium keseluruhannya iaitu Global Engine Manufacturing Alliance yang dibangunkan bersama antara MMC dengan Chrysler dan Hyundai.
Kuasa maksimumnya ialah sekitar 143 ps/177 Nm manakala varian 2 liter Lancer yang dijual di Malaysia menjana 155 ps/199 Nm.
Jika ada yang masih sinikal mengenai Proton Inspira yang dicemuh kerana 'menceduk' dari Mitsubishi Lancer, "mengapa tidak?''. Jika anda boleh menerima Perodua Myvi, anda harus bersedia menerima Proton Inspira. Mudah saja.

Read More

Proton Inspira akan di lancarkan
Proton Inspira...Model hasil perkongsian bijak Proton dan Mitsubishi Motors Corp.(MMC) itu akan dilancarkan pada 10 November depan. Harga di pasaran bagi model terbaru ini antara RM79,888 hingga RM95,000.
Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Berhad (Proton) bakal melancarkan wajah baru bagi Waja pada November ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, wajah baru Waja adalah hasil kerjasama dengan Mitsubishi Motor .
“Pada masa ini, model baru Waja berkenaan sudah di peringkat pandu uji dan dijangka akan menarik lebih ramai pembeli,” katanya.
Menurutnya, model berkenaan juga hasil daripada maklum balas pelanggan yang menggunakan Waja sebelum ini.
“Kita lihat mereka mahu sesuatu lebih daripada Waja yang sedia ada dan model itu didatangkan dengan enjin baru serta semua peralatan baru, jadi pelanggan harus menunggu ianya dilancarkan secara rasmi akhir tahun ini,” katanya.
Ditanya mengenai harga bagi model berkenaan, Syed Zainal Abidin berkata, harganya melebihi harga Waja sedia ada.
“Namun ianya berbaloi kerana pengguna akan dapat menikmati sepenuhnya harga berkenaan dengan memilikinya,” katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Proton di Shah Alam, semalam.
Selain itu, Syed Zainal Abidin berkata, Proton kini dalam proses membangunkan kenderaan hybric dan elektrik.
“Bersesuaian dengan standard persekitaran di pasaran kenderaan global, kenderaan ini mempunyai potensi besar untuk menjadi peneraju di negara Asia Selatan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Proton, Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh berkata, bagi tahun kewangan 2009/2010 yang berakhir pada 31 Mac lalu, sebanyak 26 peratus peningkatan menjadikannya RM8226.9 juta berbanding tahun sebelumnya RM6518.7 juta.
“Kejayaan berkenaan disokong oleh beberapa faktor antaranya pemulihan ekonomi, peningkatan jualan kenderaan tiga model utama iaitu Saga, Persona dan Exora, margin keuntungan yang lebih baik dan sebagainya,” katanya.
Gen2 dan Satria Neo yang Mengecewakan
Yang mengecewakan kita sekarang sudah tahun 2010 lebih kurang 6 tahun sudah berlalu dan baru dapat kesan kerosakan
Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd Proton menganggap langkahnya memanggil semula model Gen2 dan Satria Neo ekoran kerosakan bahagian komponen sebagai satu tindakan positif, dengan menyatakan ia tidak akan memberi kesan buruk kepada prestasi syarikat.
Pemilik model yang terlibat boleh menghubungi mana-mana pusat servis sah Proton bagi pemeriksaan percuma, dan semua kos buruh dan alat-alat ganti berkaitan dengan penggantian clock spring adalah percuma.

Bentuk 'clock spring' baru kenderaan Gen2 dan Satria Neo. |
Proton pada Khamis lalu membuat panggilan semula suka rela kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 berikutan kerosakan clock spring yang mencetuskan potensi kebimbangan keselamatan.
Clock spring itu menghubungkan suis dan beg udara kepada radio, hon dan kawalan kruis.
Panggilan sukarela itu, sebahagian daripada program Jaminan Kualiti Global syarikat, melibatkan 15,911 unit kereta di seluruh dunia (dua peratus) daripada 660,000 kereta yang dikeluarkan dan dijual dalam tempoh empat tahun berkenaan.
Sejumlah 5,836 kereta di Malaysia terdiri daripada 4,128 Gen.2 1.6 A/T H-Line dan 1,708 Satria Neo 1.6 A/T Hi-Line disediakan dengan fungsi kruis auto.
Semua 22 negara yang terlibat telah dimaklumkan secara rasmi dan bahagian-bahagian telah dihantar bagi tindakan panggilan semula itu Setakat ini, kira-kira dua juta kereta terdiri daripada pelbagai model Proton berada di atas jalan raya.
Proton melancarkan tiga kereta konsep siri EMAS
2010/10/02
PARIS: Proton Holdings Bhd menjangkakan memuktamadkan perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar kereta dunia dalam merealisasikan pengeluaran besar-besaran kereta kompak globalnya, EMAS, hujung tahun ini.
Pengarah Urusan Kumpulan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata pihaknya masih dalam perbincangan dengan beberapa syarikat pengeluar kereta dari Jepun dan Eropah dalam kerjasama dari segi enjin dan platform untuk EMAS.
"Keputusan dalam merealisasikan pengeluaran EMAS secara besar-besaran akan dibuat pada hujung tahun ini," katanya kepada wartawan Malaysia ketika ditemui pada Paris Mororshow 2010, di sini, hari ini.
Pada Mac lalu, Proton melancarkan tiga kereta konsep siri EMAS pada pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80 sempena sambutan jubli peraknya tahun ini.
Siri EMAS, akronim bagi "Eco Mobility Advance Solution", merupakan usaha sama Proton dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro.

Exora akan mengunakan enjin turbo
SHAH ALAM 23 Sept. – Proton Holdings Bhd. akan memperkenalkan enjin bercaj turbo yang baharu tahun depan dengan Proton Exora dijadikan sebagai model pertama menggunakannya.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, prestasi enjin itu adalah bersamaan dengan enjin dua liter.
“Enjin itu akan menyokong produk-produk masa depan Proton yang berkaitan dengan prestasi yang dipertingkatkan, pelepasan dan kualiti,” kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.
Inilah berita yang keluar 23 spet.lalu
Daripada apa yang Blog teksi perolehi daripada sumber-sumber yang lain, terdapat dua versi nama untuk
Proton Exora Turbo ini, iaitu Exora Prime, dan Exora Prestige.
Dikhabarkan juga, selepas ni Proton Persona juga akan menggunakan turbo.

Dua gambar exora yang berbeza

Tapi yang tak bestnya,bukan mengunakan enjin yang lebih besar,ia akan mengunakan enjin sedia ada atau di tukar enjin 1.6 dan di tambah kit turbo sahaja.Inilah kelemahan proton,jadi bagai mana hendak bersaing dengan pengeluar lain.

Kereta proton ciplak akan di lancarkan
PROTON Holdings Bhd akan menggantikan Waja dan dikatakan mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa akan menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 dan mungkin di lancarkan pada november ini.
Menurut sumber terdekat, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi' dalam Proton itu hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaru antara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekas pemegang sahamnya.
"Model yang akan digunakan Proton bagi menggantikan Waja ini akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.
Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter, komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.
Sumber itu menjelaskan, pengeluaran model baru dengan kuasa enjin 1.8 liter itu dilihat pemangkin terbaik untuk syarikat automotif nasional itu dalam memenuhi perubahan keperluan dan selera pembeli, khususnya generasi muda.
Katanya, Proton yang mendapat sokongan padu daripada MMC, dijangka tidak menghadapi sebarang masalah dalam memenuhi permintaan, memandangkan model gantian Waja itu akan dipasang di kilangnya sama ada di Shah Alam, Selangor atau di Tanjung Malim, Perak.
Ketika ini, model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpa insurans di negara ini.
Ramai orang sudah mengetahui mengenai perkara ini, namun di sini Blog teksi ingin mengulangi bahawaProton Waja tersebut adalah 100% yang di import daripada Jepun. Hanya “bumper” hadapan, dan belakang sahaja yang berbeza dengan Mitsubishi Lancer asal. Di mana, bahagian tersebut adalah dihasilkan di Malaysia oleh syarikat sama yang menghasilkan untuk “bumper” kereta Toyota Vios.
Kereta-kereta tersebut telah pun berada di bumi Malaysia. Jika anda adalah pembeli awal Proton Waja tersebut, anda sangat beruntung kerana segala komponen pada kereta tersebut adalah 100% buatan Jepun kecuali “bumper” depan dan belakang. Anggaran bagi
Proton Waja tersebut mungkin sekitar RM70k-90k.
Bagi Blog Teksi proton tetap tahap cap ayam bukan keretanya tapi syarikatnya,sudah puluhan tahun tetapi tidak boleh lagi mengeluarkan kereta sendiri.Bukankah proton mempunyai ramai jurutera,tidak bolehkah mereka satu kereta yang 100% buatan tempatan,kalau setakat hendak tukar bumper, bonet,lampu berlambak bengkel melayu yang boleh membuatnya,tak perlu mengupah ramai jurutera hendak membuatnya.Bagai mana proton hendak bersaing di arena antarabangsa ?Bolehkah kita mengaku keluaran rakyat malaysia?
Lihat lain-lain gambar di sini dan di sini

Model-model baru proton
Gambar-gambar proton yang akan di lancarkan tidak lama lagi.
ia untuk mengantikan model waja yang sudah di hentikan pengeluarannya.

Bagai mana model perdana ini
Langgan:
Catatan
(
Atom
)