Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label agama. Papar semua catatan

MOTIVASI AKHIR ZAMAN Teknik Orang Kafir Mengalahkan Umat Islam

panji hitam
Panji

MOTIVASI AKHIR ZAMAN Teknik Orang Kafir Mengalahkan Umat Islam

Diceritakan bahawa Winston Churchill - yg dianggap sebagai pahlawan Inggeris tetapi gagal menaklukkan kerajaan Turki.

Dia berdiri di hadapan kolam depan Istana, dikelilingi panglima2 Perang nya yang terbaik. Dia memerintahkan 10 orang tenteranya yg terbaik untuk menangkap ikan didalam kolam... Berkali2, mereka cuba menangkap... tetapi mereka tetap gagal... Ikan amat tangkas dalam air dan sentiasa lolos dari tangan...

Setelah tentera tersebut kepenatan dan masih gagal menangkap ikan...
Maka Winston Churchill berdiri dan mengatakan bahwa "ikan tersebut tidak akan berjaya ditangkap @ dibunuh jika ikan tersebut TETAP berada didalam air..."

Kemudian Winston Churchill perintahkan "keringkan kolam dengan gayung"...
Maka tentera berkenaan segera mengambil gayung dan dengan perlahan2 kolam itu kering... Walaupun memakan waktu yang lama... tapi akhirnya ikan tersebut menggelepar... "Fish out of water"... hanya menunggu masa untuk ditangkap dan menunggu saat kematiannya...

Begitulah cara Winston Churchill, sang legendary pahlawan perang dunia ke-2, mengajar umat Kristian yang lebih ramai dari umat Islam bahawa mereka tidak akan dapat mengalahkan umat Islam yg mengamalkan keislamannya...
Yg mengamalkan alQuran dan asSunnah dalam hidupnya...
 Yg menjadikan mereka mencintai Allah swt dan Rasulullah saw melebihi cinta terhadap dunia, bahkan melebihi cinta terhadap diri sendiri dengan menjadikan syahid sebagai impian...

Dia melanjutkan, untuk menghancurkan Islam itu amat mudah, "keringkan air nya!"... keringkan "akidahnya"
keringkan "keimanannya",
keringkan "ilmunya",
keringkan "ekonominya,"
keringkan "amalannya",
Jauhkan mereka dari alQuran...
Jauhkan mereka dari asSunnah...
Jauhkan dari masjid...
Jauhkan dari menteladani Rasulullah...
Jauhkan dari majlis ilmu...
Muslim yg sudah jauh akidah yang benar, jauh dari alQuran, jauh dari asSunnah, jauh dari solat, jauh dari rukun Islam jauh dari rukun Iman...
jauh dari masjid,dari majlis ilmu, bagaikan ikan yg sedang menggelepar kekeringan...
Umat Islam hanya menunggu saat kematian yang amat HINA.

Dan itulah yang sudah terjadi sekarang ini...!!! Astaghfirullah...

Moga kita semua insaf dan kembali kepada janji2 kita kepada Allah swt. Ingat semula, kita telah bersumpah dan berjanji setiap hari bahawa : "sesungguhnya aku bersumpah dan berjanji bahawa aku akan mengikut semua perintah Allah yang tertulis didalam alQuran sama seperti yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w, susah dan senang, siang dan malam, sehingga mati." itulah makna sumpah dan janji kita ketika mengucapkan 2 kalimah syahadat.

" Sesungguhnya ibadah ku , hidup ku dan mati ku adalah kerana Allah taala "

Allahhuakhbar......

Viralkan kisah ini sebagai tanda KASIH kepada Ummah
sumber:fb
Read More

Dr Zakir Naik mohonan maaf

Dr Zakir Naik

Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik membuat permohonan maaf terhadap mana-mana pihak yang tersinggung,permohonan maaf dibuat bagi mengelakkan salah faham berlanjutan.

"Saya tidak mahu ada pihak yang tersinggung dengan saya dan bukanlah niat saya untuk menyentuh mana-mana individu atau masyarakat kerana ia adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam".

Saya adalah individu yang membawa mesej keamanan kerana keamanan itu tertulis di dalam al-Quran dan ia menjadi misi utama saya untuk menyebarkannya ke seluruh dunia. Tapi malangnya saya terpaksa berhadapan dengan pengkritik-pengkritik yang cuba menghalang melaksanakan misi itu.

"Seperti yang berlaku sejak beberapa hari ini, saya telah dituduh menimbulkan isu perkauman di negara ini. Pengkritik itu telah menokok tambah dan menggunakan ayat tertentu daripada keseluruhan konteks ucapan saya sehingga saya diminta membuat kenyataan polis".

Pada masa sama, Zakir tidak menafikan kejadian yang berlaku itu telah menyebabkan orang bukan Islam menganggapnya sebagai seorang yang rasis.

Saya berasa sedih dan apa yang membimbangkan, mereka yang terasa hati dengan salah faham ini sebenarnya tidak mendengar ucapan saya sepenuhnya tapi hanya berdasarkan petikan di luar konteks saya.

Ini amat membimbangkan kerana ia membawa kesan buruk kepada imej Islam sekali gus menjauhkan orang bukan Islam daripadanya. Rasisme adalah perlakuan yang saya tegah, sama seperti al-Quran malah ia sangat bertentangan dengan pendirian saya sebagai pendakwah Islam.

Syarahan penuh saya boleh ditonton melalui YouTube, Peace TV, dan aplikasi mudah alih TV Peace.

"Saya juga tersentuh dengan ribuan sokongan yang diberikan terhadap saya. Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua".
Read More

Kisah orang menjual agama demi kemewahan

Zaman dulu ada seorang sultan yang telah mengambil seorang ilmuan agama menjadi menterinya. maka diberi istana, gelaran, isteri yang cantik dan pelbagai kemewahan. Satu hari sultan memanggil Menteri Agamanya dan bertanya 3 soalan;

1. Apa itu Dunia
2. Apa itu Akhirat
3. Apa itu Iman.

Sultan hanya memerlukan jawapan yang tepat dan jitu, tak mahu syarahan yang panjang2. Menteri Agama (MA) terpinga2 untuk mencari jawapan yang memuaskan hati sultannya. Sultan telah murka memberi tempoh seminggu supaya boleh mencari jawapan.

Kemudian sultan hantar wakilnya kpd MA dan bagi titah bahawa sultan akan merampas segala kemewahan MA jika gagal memberi jawapan yang di kehendaki seperti banglo, harta, kenderaan, gelaran, isteri dan anak2 . MA mengalami kerungsian yang amat sangat memikirkan dia akan kehilangan segala2nya. Tak dapat tidur, makan tak lagi berselera.

MA telah mengumpulkan ramai cerdik pandai untuk mendapatkan jawapan. tetapi gagal. Akhirnya MA keluar dari istana untuk mencari orang yang boleh merungkaikan keresahannya sekaligus menyelamatkan apa yang di milikinya.

Saat apabila hampir tiba deadline, keserabutan MA makin bertambah memikirkan akan kehilangan segalanya. Sehari sebelum deadline MA termenung di bawah sebuah pohon besar mengenangkan nasibnya.

Di tepi MA termenung ada seorang tua sedang berkebun. Bila matahari terik dikepala, orang tua berhenti untuk makan tengahari dan solat Zohor. Maka diajak MA makan bersama. MA yang kerungsingan memikirkn jawatan istana dan lain2 yang dimiliki tak berselera nak makan.

Orang tua bertanya: Tuan, nampaknya ada masalah? Boleh hamba menolong tuan?

MA memberitahu kisahnya dan soalan2 sultan beserta syarat2 kepada orang tua tersebut.

Soalan 1.
Apakah Dunia?
maka jawab orang tua , Dunia ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di tinggalkan (hal ini diketahui oleh hati masing2)

2. Soalan 2,
Apa itu akhirat?
jawab orang tua tersebut, Akhirat ialah apa2 amalan yang kita buat untuk di bawa ke alam akhirat tanpa ada apa2 maksud dunia di dalamnya (ini pun dkenali oleh hati masing2)

Soalan 3,
Apa itu iman?
Maka orang tua bagi tahu: Akan aku bagi tahu petang nanti selepas solat Asar.

Bila waktu Asar mereka solat Asar dan selepas solat MA terus bertanya Apa itu iman?

Pada masa itu terdapat beberapa ekor anjing sedang makan sisa2 makanan tengahari.
Orang tua memberi syarat utk memberi jawapan yang ketiga, MA mesti makan bersama anjing2 tersebut. MA berfikir berkali2, makan dengan anjing najis berat, tak makan jawatan & harta habis, hidup susah dan melarat. fikir2... fikir2.

Akhirnya MA buat keputusan untuk makan bersama anjing2 itu. Apabila MA duduk untuk makan bersama anjing2 itu, orang tua pegang kolar bajunya dan berkata:

Tuan, inilah Iman. Bagi mereka yang ada iman, sanggup kerugian segala dunianya tetapi tidak akan langgar perintah Allah. Tetapi mereka yang tidak ada iman akan sanggup langgar perintah Allah untuk selamatkan dunianya.

Sumber:whatapp group.

P/s
Sekarang ini terlalu ramai ulamak menjual agama demi kemewahan dunia. 
Read More

Seorang sahabat JP telah kembali ke Rahmatullah


Seorang sahabat JP telah kembali ke Rahmatullah semasa bertugas di padang solar pagi tadi 9.7.15 lebih kurang 4am.

Pn. Norazlina bt Nordin TEKS1M ,Inallillahirojiun.Salam Takziah dari saya Sekeluarga.
Read More

Lima sekeluarga Islam diami rumah kebajikan gereja dan kerenah birokarsi

rumah kebajikan gereja


Apabila kita membaca kisah-kisah sebegini di akhbar,kita akan tertanya siapa yang harus di persalahkan?.Apakah harus dipersalahan kepada mereka kerana tidak mahu berusaha untuk meningkatkan pendapatan keluarga, masayarakat sekeliling yang tidak mahu membantu , jabatan ugama di setiap negeri atau kerajaan yang mengaku bahawa kita Negara Islam.
(baca artikel yang lalu: Kerenah birokarsi jabatan agama islam malaysia)

Read More

Enam perkara menjaga puasa

1.Hendaknya menjaga pandangan dari hal-hal yg tidak boleh dilihat.
(tidak melihat semua bentuk kemaksiatan) atau yg dilarang oleh agama.

2.Hendaknya kita memelihara lidah dari berbohongan,berbicara sia-sia,memfitnah,bertengkar,mengumpat dsb.

3.Hendaknya kita berhati-hati agar telinga kita terhindar dari mendengarkan yg makruh.Adalah sama haramnya mendengarkan suatu ucapan yg haram dgn membicarakan hal-hal yg dilarang agama.
Rasulullah Saw bersabda: "Ghibah orang yg mebicarakannya ataupun yg mendengarkannya ,sama-sama bersekutu dgn dosa "

4.Anggota badan kita hendaknya dijauhkan dari perbuatan dosa,misalnya:perut ,jagalah agar apa yg kita makan adalah hasil yg halal.Kaki berjalan ketempat yg tidak dilarang oleh agama.
Tangan jangan menyentuh yg bukan haq kita. dsb.

5.Setela berbuka puasa ,hendaknya tidak memenuhi perut dgn makanan,walaupun dgn makanan yg halal.Tujuan berpuasa ialah untuk
belajar menahan nafsu.

6.Setelah berpuasa,sesiapapun hendaknya merasa khuawatir,apakah puasanya diterima atau tidak.Demikian pula dgn ibadah-ibadah lainya.

Dari Abu Hurairah r.a.Rasulullah Saw bersabda:
"Barang siapa yg berbuka walaupun hanya sehari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhsah (kebolehan menurut syariah) atau sakit,maka ia tidak akan dapat menggantinya walaupun ia berpuasa hingga akhir hayatnya"
(Ahmad Tirmidzi,Abu Daud.Ibnu majah)
Read More