kedutaan amerika dilanda ketakutan
Cerita ini berlaku kepada kawanku semalam,tentang ketakutan pihak kedutaan amerika di jalan Tun razak.Kawanku mengalami kerosakan teksinya berdekatan kedutaan amerika apabila kabel culhtnya putus.Setelah kawanku memberhentikan teksinya,dan keluar untuk memeriksa apa yang rosak,datang pengawal pihak kedutaan bertanyakan kenapa kawanku memberhentikan teksinya di situ.Kawanku menerangkannya kenapa ia memberhentikan di situ.Setelah penerangan di berikan,mereka pun masuk semula ke kedutaan dan kawanku memangil seorang lagi kawanku(pomen)supaya membantu.
Lebihkurang 15minit menunggu,pengawal kedutaan datang lagi kerana ingin memeriksa teksi kawanku.
Kawanku membenarkan mereka memeriksanya,setelah berpuashati kerana tiada apa-apa BOOM yang di jumpai mereka pun masuk semula.10minit kemudian,mereka kembali semula kerana ingin mengambil butiranperibadi kawanku seperti nama,no fon,alamat dan alamat syarikat teksi.
Setelah pomen sampai dan sedang membaiki kerosakan,keluar pula ketua pengawal(di ketauhi melalui pakaian yg penuh dengan paku-paku tak termasuk paku payung)dan pegikutnya,mengambil gambar-gambar kawanku dan teksinya.
Kawanku berkata kepada ketua pengawal "tak perlu semua ini bang,kita kat malaysia bukan indon atau pakistan yg nak letup,guna boom kereta"Ketua pengawal menjawap dengan berbisik takut di dengar melalui rakaman CCTV "apa boleh buat,saya tahu semua tu,tapi yg didalam sana dah huru-hara jadinya"
Itulah kisah kawanku semalam,yang di ceritakan semasa kami makan malam bersama,
(apabila kita membuat salah,maka kita akan sentiasa ketakutan walau dengan bayang-bayang sendiri)
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih