Pemandu teksi dan LPKP
![]() |
klik besarkan |
Bagiku ini hanyalah sampah dari halimah untuk menggotorkan teksi.Sekiranya seorang pejuang bahasa atau pakar bahasa seperti orang-orang di dewan bahasa melihatnya pasti akan ketawa besar.Cuba anda baca tajuknya bukankah bertulis:-LAPORKAN ADUAN ANDA SEKIRANYA TEKSI DAN PEMANDU MELANGGAR PERATURAN-PERATURAN BERIKUT
1.Mempamerkan kad pemandu di dasboard kenderaan.
2.Berkelakuan baik dan beradab....dan seterusnya.
Bukankah seseorang pemandu itu bersalah sekiranya ia mempamerkan kad pemandu,berkelakuan baik dan beradab.Jadi anda harus membuat aduan ke pihak LPKP dengan segera jika anda menaiki teksi yang pemandunya baik dan beradab.
Di sticker itu juga ada tertulis:-Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit atau sebarang alat komunikasi melainkan peralatan yang tidak menggunakan tangan.
Jadi bagai mana seseorang pemandu teksi hendak menggunakan peralatan radio yang di pasang di kebanyakan teksi kat KLni.Apakah seseorang pemandu harus menggunakan kakinya untuk mengendalikan radio call tersebut.Aku sarankan si halimah dan seluruh kakitanggan LPKPnya turun padang untuk menggajar pemandu teksi cara-cara menggendalikan radio menggunakan kaki
Dan lagi yang tertulis:-Tidak membawa penumpang berlebihan.
.Teksi Bajet: 6 orang termasuk pemandu
Bukankah di dalam geran dan permit teksi tertulis 5 orang termasuk pemandu.
Di ruang memberi maklumat sebelah kanan juga ada tertulis:-Surat boleh dijalankan ke:
Apakah ini tata bahasa malaysia,aku rasa tidak,ini tata bahasa indonesia
Jadi apakah sticker tersebut di tiru dari pihak indonesia,aku rasa mungkin,sebab kita jauh ke tinggalan di belakang indonesia.Apa yang kita mendahului indonesia hanyalah bangunan KLCC.Indonsesia tidak membuat bangunan setinggi itu sebab mereka berada di zone gempa bumi.
P/s sekali sekala pergilah bercuti kat jakarta.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Banyak persatuan teksi kat KL ni,tapi satu pun tak boleh tolong ahli.
BalasPadamKita sepatutnya ada koperasi teksi semalaysia baru boleh pemandu teksi bernaung di bawahnya.
Apa yang kulihat hanya koperasi pemandu teksi putrajaya sahaja yang berjaya setakat ini.