Penguat kuasa
LONDON: Ahli keluarga diraja Qatar tidak mempunyai masalah membayar denda apabila pihak berkuasa mengunci tayar kereta mewah mereka ketika melawat pusat beli-belah Harrods yang baru dibeli.
Ketika seorang inspektor penguat kuasa mengunci tayar kenderaan berkenaan - bernilai kira-kira RM7.7 juta - kerana diletakkan sesuka hati, mereka kelihatan tidak mempedulikannya dan berehat di luar gedung ekslusif itu.Satu daripada kereta itu adalah model Koenigsegg CCXR bernilai hampir RM6 juta, manakala satu lagi Lamborghini Murcielago LP670-4 SuperVeloce (bernilai RM1.7 juta).
Kenderaan itu diletakkan secara haram di luar pusat beli-belah Knightsbridge yang dibeli mereka tiga bulan lalu.
Ketika penguat kuasa mengunci tayar kenderaan itu, orang ramai melihatnya dan seolah-olah tidak percaya ia boleh berlaku.
Selain kereta itu, keluarga diraja itu turut memiliki banyak kenderaan mewah lain. Harrods kini dimiliki Qatar Holding Group yang diketuai Perdana Menteri Qatar, Sheikh Hamad Jassim Jabr al-Thani.
Kereta Koenigsegg yang memiliki kelajuan maksimum 400 kilometer sejam itu adalah satu daripada enam unit yang dihasilkan pengeluarnya, manakala bagi Lamborghini, hanya ada 350 unit dipasarkan.
Nilai saman perlu dibayar bagi membuka kunci tayar itu pula hanya £150 (RM748.70). - [metro]
Itu kisah di london bukan kat malaysia penguatkuasa di jalankan tanpa mengira status seseorang itu.
Kalau kat malaysia ini,kereta semewah itu berhenti di tengah jalan pun takmengapa sebab tak ada polis atau penguatkuasa yang berani nak sentuh,lainlah kalau teksi macam aku berhenti hendak menunggu penumpang yang keluar sebentar pun sudah hendak di saman.
Lihatlah sekitar jalan sultan ismail,banyak kereta-kereta setengah mewah pun En.polis tak berani hendak sentuh apatahlagi kereta semewah itu.Salah satu penyebab jalan di dalam KL ini jem adanya kereta-kereta yang di parkir kat tepi-tepi jalan.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih