Berita metro:kuasa pengawal
PUTRAJAYA: Hanya mereka yang diberi kuasa secara bertulis saja dibenarkan memegang dan menyimpan kad pengenalan seseorang individu, sama ada untuk memasuki bangunan kediaman, syarikat, kementerian atau agensi kerajaan.Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jainisah Mohd Noor berkata, tindakan itu diambil untuk melindungi maklumat peribadi dalam MyKad, sekali gus mengelakkan ada pihak mengambil kesempatan melakukan perkara tidak bertangggungjawab.
“Tak kira siapa, semua pihak tidak boleh menyimpan kad pengenalan orang lain, kecuali mendapat kuasa secara bertulis daripada Ketua Pengarah JPN.
“Ia bertujuan melindungi maklumat di dalam Mykad, apatah lagi ketika ini, banyak maklumat peribadi dalam kad pengenalan mungkin boleh disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.
Jainisah berkata, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 79), di bawah Peraturan 8A, Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 78) adalah menjadi kesalahan kepada mana-mana pihak untuk memegang dan menyimpan kad pengenalan orang lain.
Aku ingin meluahkan perasaan tidak puas hati,terhadap pengurusan kondo-kondo,dan perumahan yang pengawalnya mengambil kad pengenalan pemandu teksi semasa memasuki kawasan tersebut.
Masih adalagi kawasan perumahan dan kondo yang pemandu teksi harus meninggalkan kad pengenalan semasa hendak menggambil penumpang atau menghantar penumpang,walaupun kini ia semakin berkuranggan.
Mereka mendakwa kawasan mereka adalah kawasan ELIT yang sebenarnya tidak seberapa pun mewahnya.
Contohilah Tropicana Golf dan kawasan kondo sekitar mounkiara,dimana penggawalnya tidak pernah pun hendak meminta kad pengenalan semasa pemandu teksi hendak menghantar atau mengambil penumpang(sememangnya tropicana Golf kawasan elit,hendak membeli tapak rumahpun memerlukan jutaan RM)
Kepada pihak pengurusan yang tak mewah tapi menggaku mewah fikirkanlah hal ini,kerana seseorang pemandu teksi cuma mengambil atau menghantar penumpang kerumah mereka sahaja dan terus beredar dari kawasan tersebut.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih