Exora akan mengunakan enjin turbo
SHAH ALAM 23 Sept. – Proton Holdings Bhd. akan memperkenalkan enjin bercaj turbo yang baharu tahun depan dengan Proton Exora dijadikan sebagai model pertama menggunakannya.Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, prestasi enjin itu adalah bersamaan dengan enjin dua liter.
“Enjin itu akan menyokong produk-produk masa depan Proton yang berkaitan dengan prestasi yang dipertingkatkan, pelepasan dan kualiti,” kata beliau kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat di sini hari ini.
Inilah berita yang keluar 23 spet.lalu
Daripada apa yang Blog teksi perolehi daripada sumber-sumber yang lain, terdapat dua versi nama untuk
Proton Exora Turbo ini, iaitu Exora Prime, dan Exora Prestige.
Dikhabarkan juga, selepas ni Proton Persona juga akan menggunakan turbo.

Dua gambar exora yang berbeza
Tapi yang tak bestnya,bukan mengunakan enjin yang lebih besar,ia akan mengunakan enjin sedia ada atau di tukar enjin 1.6 dan di tambah kit turbo sahaja.Inilah kelemahan proton,jadi bagai mana hendak bersaing dengan pengeluar lain.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih