Jabatan Pengangkutan Jalan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan bekerjasama dengan Jabatan Imigresen untuk membanteras operasi ulat tiket dan pemandu teksi warga asing yang mula menjalankan operasi mereka di sekitar Lembah Klang sejak kebelakangan ini
Ini berikutan penahanan 12 pemandu teksi warga asing dalam operasi bersama Jabatan Imigresen yang diadakan mulai 6 hingga 10 Ogos lalu.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan berkata, kesemua pemandu terbabit ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana menyalahi peraturan bekerja di negara ini.
Katanya, JPJ bimbang pengambilan pekerja asing sebagai pemandu teksi serta pemalsuan dokumen peribadi menjadi trend yang membimbangkan.
"Pemandu teksi warga asing terbabit memiliki lesen kenderaan perkhidmatan awam (PSV) dan hanya menyewa permit teksi pemilik tempatan. Situasi ini bukan sahaja salah di sisi undang-undang malah membahayakan keselamatan penumpang.
"JPJ telah menyerahkan kesemua senarai permit teksi yang telah disalah guna kepada pihak Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli berkata, pihaknya sedang menyemak kes salah guna permit teksi terbabit sebelum tindakan diambil.
"Sekiranya terbukti pihak pemilik permit menyewakan permit teksi mereka kepada warga asing, pembatalan lesen akan dikenakan ke atas mereka,"
Tetapi sekarang apa yang mereka buat?
Semakin ramai yang menjadi pemandu teksi.
Malah yang bersatus PR(penduduk tetap)banyak yang mendapat permit persendirian.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih