Jejambat Mont Kiara ke Hubungan Penchala di tutup

Tiada ulasan

2010/09/23

KUALA LUMPUR: Bermula Isnin depan, jalan susur ke Hubungan Penchala daripada persimpangan bertingkat Mont Kiara di KM1.55 Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT) akan ditutup secara kekal mulai 12.01 tengah malam. 

Ketua Komunikasi SPRINT, Bhavani Krishna Iyer, dalam satu kenyataan hari ini, berkata jalan susur sementara itu dibina berikutan kelewatan penyiapan jejambat Mont Kiara yang telah beroperasi pada Jun lalu.


Pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan jejambat baru untuk menghala ke Hubungan Penchala.
Untuk sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan SPRINT di 03-74947333.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih