Tip ketika mengunakan perkhdimatan teksi
.
Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) telah menerima 1,232 aduan terhadap pemandu-pemandu teksi di sekitar Lembah Klang, Johor, Selangor dan Pulau Pinang dari bulan Januari hingga November tahun 2009. Daripada jumlah itu, 493 telah dikompaun, 294 diberi amaran, satu digantung permit, 320 masih disiasat manakala 124 dibebaskan kerana tiada kes. Permintaan tambang berlebihan, keengganan mengambil penumpang, tidak menggunakan meter dan enggan memberi resit serta menurunkan penumpang di kawasan larangan merupakan aduan yang paling banyak terhadap pemandu teksi dalam kaji selidik ketidakpuasan pelancong yang datang ke Malaysia.
Namun begitu, terdapat satu lagi kesalahan yang mungkin tidak disedari oleh pengguna. Pernahkah pemandu teksi bertanya sama ada anda mengetahui atau tidak jalan ke destinasi yang anda ingin pergi? Sekiranya pernah, adakah anda sedar bahawa soalan ini berkemungkinan juga adalah salah satu taktik penipuan? Pemandu teksi akan menggunakan jalan yang lebih jauh ke destinasi kerana penumpang tidak mengetahui perkara tersebut. Tidak ramai pengguna yang menyedari mengenai perkara ini. Pemandu teksi telah menggunakan penumpang untuk mendapatkan wang bayaran yang lebih tinggi.
Pengguna perlu bijak merancang perjalanan untuk mengelakkan ditipu oleh pemandu-pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab ini. Terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan oleh pengguna sebelum menggunakan perkhidmatan teksi.
Kenal pasti jalan yang ingin dilalui dan jumlah tambang
Seperti mana anda merancang perjalanan, anda juga boleh mengenal pasti jalan yang ingin anda lalui. Anda boleh bertanyakan pekerja di hotel tempat anda menginap, orang tempatan, pegawai polis peronda, pekerja-pekerja pengkhidmatan penghantaran makanan atau pun posmen. Anda boleh mendapatkan maklumat mengenai jumlah tambang yang sepatutnya dengan menghubungi persatuan-persatuan teksi negeri.
Bawa peta, pensil dan kamera.
Sekiranya anda baru kali pertama pergi ke destinasi tersebut, anda boleh mencatatkan jalan yang digunakan oleh pemandu teksi sebagai rujukan dan langkah berjaga-jaga. Mengambil gambar mercu tanda juga adalah langkah yang bijak untuk memudahkan anda mengingati jalan yang anda lalui.
Sediakan wang kecil secukupnya
Tidak memiliki wang baki adalah salah satu alasan yang sering digunakan oleh pemandu teksi Sekiranya anda membayar tambang dengan wang secukupnya, anda telah melindungi diri anda daripada pemandu-pemandu teksi yang suka mengambil kesempatan ini..Penumpang juga harus ingat pemandu teksi tidak akan membawa wang yang banyak
Pilih teksi yang menggunakan meter
Segelintir pemandu teksi yang degil masih enggan menggunakan meter dan mengenakan bayaran sesuka hati. Anda perlu bertanyakan kepada pemandu sama ada teksi tersebut menggunakan perkhidmatan meter atau tidak terutamanya apabila anda kali pertama tiba ditempat tersebut.
Bincang harga terlebih dahulu
Sekiranya kawasan tersebut memang tiada perkhidmatan teksi bermeter, pastikan anda berbincang dan mendapatkan harga yang bersesuaian sebelum menaiki teksi. Elakkan bertanya harga tambang setelah anda tiba ke destinasi.
Simpan resit
Resit diperlukan sebagai tuntutan dan sebagai bukti sekiranya berlaku kesalahan. Pastikan anda memeriksa semula resit anda pada penyata bulanan sekiranya anda membayar menggunakan kad kredit.
Pilih untuk duduk di kerusi penumpang belakang
Rompakan dan pencabulan kadang kala boleh berlaku tanpa kita duga. Memilih untuk duduk di kerusi penumpang bahagian belakang adalah pilihan yang bijak terutamanya sekiranya anda adalah penumpang wanita dan bersendirian. Anda berpeluang untuk melindungi diri daripada tindakan yang tidak diingini oleh pemandu teksi yang tidak bertanggungjawab.
Keluar apabila keadaan meragukan
Sewaktu membuat perjanjian, sekiranya pemandu teksi tidak bersetuju dengan bayaran yang sepatutnya dan meminta anda membayar lebih, segera keluar daripada teksi tersebut dan cari teksi lain. Anda sentiasa memiliki hak untuk membuat pilihan. Perhatikan meter ketika dalam perjalanan, dan sekiranya meter bergerak terlalu pantas dan meragukan, beranikan diri anda untuk meminta pemandu teksi berhenti dan anda perlu segera keluar dari teksi tersebut. Pemandu teksi tersebut berkemungkinan telah mengubah suai meter untuk menipu penumpang.
PROSEDUR ADUAN
Aduan tentang perkhidmatan teksi boleh dikemukakan dengan cara menulis, telefon, faks, ataupun melalui e-mel dan disertakan dengan nama dan alamat lengkap pengadu. Dokumen-dokumen sokongan harus disertakan sekiranya ada untuk membuktikan kesahihan seperti resit, invois pembelian pakej, jadual lawatan (itinerary) dan sebagainya.
MAKLUMAT DIPERLUKAN
Sila pastikan maklumat penting berikut disertakan dalam aduan anda:
• Nama penuh Pengadu dan Nombor Kad Pengenalan
• Nama Pemandu
• Tarikh Aduan
• Maklumat Aduan
• Maklumat saksi selain anda yang boleh dihubungi
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
salam, tq atas tip2 yang berguna ni...
BalasPadamSalam Sabtu.
BalasPadamSatu Lagi Safety Tips Untuk Penumpang Teksi, Terutamanya Penumpang Wanita.
Jadikan Satu Amalan Rutin, Apabila Setiap Kali Menaiki Teksi:-
1. Mulakan Dengan MemBeri Ucapan Salam (If Both Parties Are Muslim) Atau Ucapan Hormat Lain-Lainnya Seperti Hello, Good Day dll (If Either One Party Are Non-Muslim).
2. Mulakan Dengan Bacaan Basmallah (BISMILLAAHIRROHMAANIRROHIIM), Tak Kisahlah Baca Di Mulut Atau Baca Dalam Qolbu, Bagi Yang BerAgama ISLAM. Jika DiTambah Dengan Doa Naik Kenderaan Lebih Baik.
3. Segera SMS Segala Butiran Asas/Lengkap Teksi Yang Anda Naiki, Kepada Orang Yang Anda Percayai (IbuBapa, Adik Beradik, Suami, Rakan Sahabat, Jiran, Teman SeRumah) Seperti:
a) Huruf & Nombor Plat Kenderaan Teksi.
b) Warna Kenderaan Teksi (Merah-Putih, Kuning, Ungu dll).
c) Model Kenderaan Teksi (Iswara, Wira, Waja dll).
d) PerJalanan Teksi Anda (From Where To Where) Dan Jangkaan Masa Average PerJalanan Anda.
e) Identiti Pemandu Teksi (Paras Rupa, Saiz Fizikal, Wajah, Warna Kulit, Rambut, Pakaian Yang DiPakai dll).
4. Behave YourSelf, Jaga Perilaku / KeSopanan / Tingkah Laku Anda Selama BerAda Di Dalam Teksi.
5. Setelah Selamat Tiba Ke Destinasi Dan MemBayar Tambang Teksi, Ucapkan Terima Kasih / Thank You Dan Ucapkan Salam / Take Care / Drive Safe Kepada Pemandu Teksi. Dan Juga, MemBaca Basmallah (For Muslim) Sebelum Keluar Dari Teksi.
Komentar No. 3: Sebabnya Apabila Berlaku KeJadian Di Luar Jangkaan yang Tidak Diingini, Seperti Kes Cabul, Samun, Jenayah Seksual dsb, Kaum Hawa Lebih Mudah Panik Dan Sukar Mengawal Keadaan Dalam Usaha Untuk Mengambil Langkah-Langkah KeSelamatan Dirinya. Kalau Selamat SekaliPun, Mungkin Segala Maklumat Teksi Tidak Dapat Diingati Atau DiCam Dengan SePenuhnya/SeBaiknya, Sedikit SeBanyak Akan Menyukarkan Pihak BerKuasa Mengambil Tindakan Apabila Laporan Kepada Pihak BerKuasa DiBuat Kelak.
Walloohu'alam...
Salam BerSatu.