Teksi Bermeter,Teksi Berkupon dan Sistem Kaunter

13 ulasan

N3 ini aku minum kopi 'O' kaw-kaw dari blog sahabat di putrajaya tentang pengunaan teksi berkupon.
Walaupun berlainan pendapat tetapi kami masih di landasan yang sama,sebagai pemandu teksi.
Bagi ku teksi berkupon,sepatutnya di hapuskan sama sekali kerana kita di wajibkan memakai meter.
Teksi berkupon juga menekan para penguna dan pemandu sekali.Bagi penguna kupon sangat mahal jika di bandingkan dengan pengunaan meter.Bagi pemandu pula,ia di pergunakan oleh pemilik syarikat kaunter untuk mengaut keuntungan dengan mudah kerana 10% pendapatan pemandu akan di potong semasa menukar kupon kepada wang tunai.

Baca seterusnya N3 sahabat yg linknya di sini

Beberapa minggu yang lepas saya bersama beberapa pengusaha teksi berkupon dijemput menghadiri satu mesyuarat di Ibu pejabat LPKP mengenai cadangan LPKP untuk menukar sistem teksi berkupon kepada sistem “kaunter teksi”.

Berdasarkan pemahaman saya dari taklimat yang disampaikan pegawai LPKP, Sistem Kaunter Teksi bermaksud satu pengurusan teksi yang diselenggarakan oleh satu kaunter pengurusan bagi memastikan pelanggan mendapat perkhidmatan teksi yang lebih murah iaitu dengan menggunakan meter selain mematuhi peraturan yang ditetapkan.

LPKP memaklumkan bahawa sistem teksi berkupon bagi sesetengah destinasi mendapat aduan dari pelanggan kerana terlalu mahal. Walau pun demikian, isu terbesarnya ialah kadar tambang bagi sistem kupon terlalu sukar di gazet kan kerana sukarnya menetapkan garis panduan harga bagi sesuatu destinasi berikutan jarak dan masa perjalanan adalah bergantung pada keadaan jalan raya pada waktu perjalanan tersebut dibuat.

Oleh yang demikian, LPKP mencadangkan sistem kupon ini ditukarkan kepada penggunaan meter sepenuhnya. Kaunter pengurusan dibenarkan pula mengenakan caj sebanyak RM2.00 bagi setiap trip kepada penumpang yang menggunakan teksi di kaunter tersebut.
Harapan LPKP, dengan penggunaan sistem ini, pengguna akan lebih berpuas hati terhadap tambang yang dikenakan kerana ia adalah berdasarkan meter. Di samping itu, LPKP telah pun menggazet kan kadar surcaj RM2.00 ini.

Dari sudut perundangan, kelihatan cadangan baru LPKP ini adalah lebih baik, namun demikian, berdasarkan realiti, timbul beberapa persoalan di fikiran saya yang antaranya;-

Dengan perubahan sistem kupon kepada sistem kaunter teksi dengan surcaj RM2.00 ini;-


Adakah penumpang akan bersetuju untuk membayar surcaj RM2.00 ini sedang mereka masih belum yakin kepada pemandu sama ada mereka akan menggunakan laluan paling dekat?
Adakah penumpang bersetuju bayar RM2.00 walhal mereka masih khuatir kalau-kalau meter teksi yang dinaiki telah diubahsuai menjadi laju?
Apakah pengurusan “kaunter teksi” boleh memastikan pemandu menggunakan laluan meter teksi yang betul selepas menerima bayaran RM2.00 bagi setiap trip tersebut?

Tanpa ingin menyanggah pendapat LPKP, saya berpendapat, buat masa ini, sistem teksi berkupon adalah yang terbaik kerana;-

Penumpang telah mengetahui satu harga yang tetap untuk sampai ke sesuatu destinasi,
Pemandu tidak akan mencari jalan jauh atau berpusing-pusing 2-3 pusingan untuk sampai ke sesuatu destinasi kerana kadar bayaran adalah sama,
Penumpang tidak perlu risau dengan meter roket lagi, dan
Pemandu juga tidak perlu lagi berasa sangsi dengan penumpang yang menganggap mereka menipu walhal hanya sebahagian pemandu yang sedemikian.

Saya akui bahawa sistem terbaik bagi perkhidmatan teksi ini adalah dengan menggunakan meter sepenuhnya. Namun, apakah kita khususnya LPKP dapat menguatkuasakan dengan tegas penggunaan meter ini sehingga 98% pemandu teksi mematuhinya. Jika KPI ini dapat dicapai oleh LPKP atau SPAD yang menggantinya nanti, saya yakin persepsi masyarakat umum dan pelancong kepada perkhidmatan teksi di Malaysia akan berubah.

Jika pengurusan kaunter ini di teruskan apakah pembaca blog Aku dan teksi ini mahu membayar duit PAU sebanyak rm2 kepada syarikat kroni lpkp ini semasa hendak mengunakan perkhidamatan teksi?
Kalau syarikat pengurusan ini di miliki oleh persatuan atau koperasi pemandu teksi,aku sokong sangat kerana keuntungannya nanti akan di agih kepada pemandu balik.Tetapi kebanyakan kaunter ini di miliki oleh kroni-kroni lpkp sahaja.Apa modal  atau perkhidamatan yang mereka berikan kepada penguna dan  pemandu,hanya menyuruh pemandu teksi ini beratur dan meminta rm2 kepada orang ramai yang hendak menaiki teksi.


Cukup senang mencari duit kalau anda  menjadi kroni dan mendapatkan lesen untuk Pau duit orang ramai dan pemandu.


Apa pandangan pelancong ASING tentang perkhidamatan teksi di malaysia ini.Sudah tentu akan  memburukan lagi keadaan, yang sedia ada buruk di mata orang ramai.
Walaupun pengarah LPKP sudah bertukar orang,hal-hal yang sedemikian masih tidak dapat di tangani kerana konsep kroni di utamakan pemandu pi jahanamla.



Sekian dahulu Wasalam:joyiman

13 ulasan :

  1. alhamdulillah.. sahabat ini seorang yg jujur.. nampaknya, ada pihak yg cuba meraih untung atas angin ye.. apalah ertinya jika kita menerima untung atas kesusahan org lain.. saya sedih memikirkannya..

    BalasPadam
  2. Salam Yob Joyiman, saya kerap naik teksi. Yang buat saya geram ada sesetengah drebar Islam yg tak jujur. Meter tunjuk RM4.90 misalnya. Kita bagi RM5, memang tak pulanglah 10 sen tu. Kekadang 30 sen kekadang 50 sen. Memang cam tak banyak Yob tapi walau satu sen; kalau tak dihalal atau diredho oleh penumpang, tak halal jadinya.

    BalasPadam
  3. setuju dengan a.samad jaafar..awak memang seorang yang jujur..

    BalasPadam
  4. Saya memang jarang menaiki teksi. Bagaimanapun saya turut tidak berpuas hati jika kes2 orang tengah mengambil kesempatan di atas kesusahan org lain berlaku. Jika sesuatu sistem ingin diperkenalkan biarlah ia tidak merugikan sesuatu pihak. Terutama pengguna.

    BalasPadam
  5. @MOH KEMBARABetul tu sy walau 10sen,akan pulangkan,tapi ramai yg taknak.

    BalasPadam
  6. @KodingBanyak yg mengambil kesempatan keatas orang ramai ni syarikat yg dah kaya pun.contohnya kat KLCC di mana pemandu teksi di minta membayar sebanyak rm350 sebulan untuk mengambil penumpang,yg akhirnya pemandu akan mengenakan penumpang,jadi siapa yg harus di persalahan.pemandu teksi juga yg kena.

    BalasPadam
  7. @a.samad jaafar Apa boleh buat,kalau saudara datang ke KL,cuba naik teksi di KLCC.

    BalasPadam
  8. Setuju dengan pernyataan ini:

    Teksi berkupon juga menekan para penguna dan pemandu sekali.Bagi penguna kupon sangat mahal jika di bandingkan dengan pengunaan meter.Bagi pemandu pula,ia di pergunakan oleh pemilik syarikat kaunter untuk mengaut keuntungan dengan mudah kerana 10% pendapatan pemandu akan di potong semasa menukar kupon kepada wang tunai.

    Pernah juga naik teksi berkupon ni, rasanya dari sunway piramid

    BalasPadam
  9. http://jeritanblog.blogspot.com/2010/12/buku-tamu-ala-facebook-komen.html

    BalasPadam
  10. wuahh!!! hebat2x.. hehe.. boleh masuk parlimen ni. macam boleh menang jer kalau buat debat ni hehe..

    jemput sini yer
    blog Matdin
    blog Serbaguna

    BalasPadam

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih