Bila aku bertukar menjadi Incredible Hulk.

Salam semua pembaca Blog ini,semoga ceria selalu.
Pada bulan 12 tahun lepas aku terpaksa berkerja lebih lama untuk menghadapi saat sukar di awal tahun,
Telahanku tepat belaka kerana ramai kenkawan ku mengeluh,untuk mendapatkan beberapa puluh rm pun terlalu sukar.
Isnin,awal tahun baru.
Aku harus membawa teksi ke puspakom,untuk pemeriksaan wajib setiap 6bulan sekali.
Teksi ku di dapati GAGAL di dalam pemeriksaan ini,di sebabkan Brek belakang kurang berfungsi,lampu brek belakang tidak berfungsi dan tiada sijil Bomba pada pemadam Api.
Pemadam Apiku adalah baru,masih di dalam kotak bertarikh bulan 6 tahun 2010.Mengikut keadan biasa,pemadam api di dalam masa setahun tidak memerlukan sijil pengesahan dari bomba.
Aku ada memberitahu tentang ini kepada pemeriksa puspakom,apa jawabnya"sekarang tahun 2011 bang"
Apakah ini harus dikira,walaupun kita baru 3hari berada di tahun baru,kalau mengikut tarikhnya aku masih ada beberapa bulan lagi untuk mengenapkan setahun yaitu selama 12bulan.
Untuk menyelesaikan masalah ini di dalam sehari,aku kebalai bomba berdekatan untuk memperolihi sijil ini.
Tiba di balai 12.30 dan di beritahu bahawa orang yang boleh mengeluarkan sijil ini pergi makan dan harus datang kembali pukul 2.00 petang.
Aku balik ke port lepak untuk santap kerana perut sudah berlagu keroncong,hujan lebat jam 2.45 baru berhenti,terpaksa race ke balai bomba.Di balai bomba jawapan aku dapat"orang yang mengeluarkan sijil tak balik lagi,datang esok pagilah".Perrrghh..senak perut mendengar jawapan,cukup senang berkerja sebagai penjawat awam,ikut suka korang nak masuk kul berapa ya,cam aku juga kot.
Race lagi ke satu balai yang ada mengeluarkan sijil ini,jawapan di balai ini lagi piouu "resit habis lah"
Cuba bayangkan kalau terjadi pada korang boleh bertukar menjadi Incredible Hulk tak.
Jawapan-jawapan tahap Gaban dari puspakom hinga ke balai ini,memaksa aku bertukar menjadi Incredible Hulk,terpaksa balik semula ke port lepak mencari air ketom(teh O) untuk memulihkan diri dari berterusan menjadi Incredible Hulk.Hujan lagi,Mood hilang terus balik rumah.The End cerita wayang ini yang bertajuk Bila aku bertukar menjadi Incredible Hulk.
Ini adalah salah satu contoh karenah birokarasi yang banyak di hadapi oleh para pemandu teksi di malayasia ini.Tidak ada keseragaman undang-undang di antara jabatan dengan jabatan yang lain,seperti puspakom dengan JPJ dan Bomba.
Antara Ipkl,Jpj,Bandaraya,kementerian pelancongan,banyak undang-undang yang tidak di seragamkan membuat kami sebagai pemandu teksi,rasa tertekan,yang manakah satu undang-undang yang haru di ikuti
Di pihak puspakom juga tidak ada mengeluarkan satu garis panduan yang boleh di ikuti ketika menghantar teksi untuk pemeriksaan.
Wasalam:joyiman
p/s.Banyak lagi kisah tentang puspakom ini,mungkin di lain N3.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
salam sahabat.. bersabarlah..memang pun kehidupan kita semakin hari semakin ditekan.. kadang2 jadi takut memikirkan, apa lagi yg perlu kita hadapi di kemudian hari..peningkatan harga keprluan harian pula semakin tinggi sedangkan pendapatan kita tetap sama..kadang2 terasa letih menyalak bukit..
BalasPadamsabar ye en teksi...
BalasPadamskrg JPJ hny bagi road tax utk 6 bulan je kpd teksi...., alasannya nak menseragamkan dengan pemeriksaan puspakom. Katakanlah cukai jln tamat hari nie (serentak dgn puspakom), so slps 2-3 kali pergi bomba, baru dpt.., gi semula puspakom, fail lagi sekali sebab sticker saiz dan tekanan tayar dah kelabu...., beli sticker dan periksa lagi baru lulus...., lps tu pergi jpj..., dah pukul 4.30 ptg..., kerenah jpj pulak...., tau-tau ajela....
BalasPadamAnyway.., kita patut bersyukur kerana minyak naik lagi....
@a.samad jaafar Apabila minyak naik harga barang2 akan ikut naik
BalasPadam@Salleh - Putrajaya ia menyebabkan aku cuti dua hari sebab pihak syarikat lambat membuat roadtax.
BalasPadamKarenah birokrasi begini berpunca daripada sikap penjawat awam yang tidak melakukan post-mortem terhadap perkhidmatan mereka. Apa yang tercatat dalam piagam pelanggan tidak dilaksanakan, wujudnya ia semata2 sebagai perhiasan yg mencantikkan pejabat...
BalasPadam