Teksi di KLCC: tiada penyelesaian

Pemasaalahan pemandu teksi di KLCC masih belum berakhir,di tambah pula dengan sistem baru yang di perkenalkan oleh LPKP yaitu kuanter pengurusan teksi yang memburukan lagi keadaan.
Berita 1.
KUALA LUMPUR: Lebih 100 pemandu teksi melancarkan mogok di hadapan Menara Berkembar Petronas (KLCC), sebagai tindakan membantah sistem perkhidmatan teksi baru yang digunakan pihak pengurusan menara itu, petang semalam.
Dalam perhimpunan aman kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, semua pemandu teksi terbabit enggan mengambil penumpang berikutan tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan memulakan sistem baru iaitu setiap teksi yang ingin mengambil penumpang di kawasan itu perlu memakai pelekat khas yang perlu dibayar RM50 sebulan dan penumpang juga dikenakan bayaran RM2 jika menggunakan khidmat teksi berkenaan. Berita penuh
Pengurusaan kuanter teksi di KLCC juga menggupah kakipukul untuk menjaganya di mana seorang pemandu teksi telah di belasah hanya kerana mengambil penumpang yang tidak mahu membayar rm2 kepada pengurusaan kuanter tersebut.
Berita 2.
KUALA LUMPUR: Hanya kerana ingin mengambil penumpang di KLCC, beberapa pemandu teksi di ibu negara mendakwa mereka bukan saja dihalau, dimaki-hamun, malah turut dibelasah hingga cedera oleh kumpulan samseng yang dipercayai bekerja untuk syarikat yang mendapat hak menjalankan perkhidmatan teksi di kawasan terbabit.
Pemandu teksi yang sudah lama mencari rezeki di pusat beli-belah terkemuka itu juga mendakwa, beberapa teksi turut dirosakkan dengan diterajang kumpulan samseng berkenaan. Berita lengkap
Maka pihak LPKP mengambil jalan mudah dengan menafikan pihahnya ada terbabit tampa mahu menyiasat dan menyelesaikan perkara sebegini.
Berita 3
KUALA LUMPUR: Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) menafikan dakwaan Awana Sutera Sdn Bhd (ASSB) bahawa pihaknya meluluskan konsesi perkhidmatan kaunter teksi yang mengenakan kadar bulanan kepada pemandu sebanyak RM50 bagi menampung kos perkhidmatan.
Pegawai Perhubungan Awam LPKP Semenanjung Malaysia, Nurul Insyirah Mohd Isah berkata, kadar bayaran itu adalah persetujuan antara ASSB dengan Menara Berkembar Petronas (KLCC) yang juga pemilik premis.
Katanya, LPKP hanya membenarkan ASSB mengenakan caj RM2 kepada penumpang bagi setiap perjalanan untuk menampung kos operasi yang diluluskan pada 20 Mei lalu bukannya tujuh tahun yang lalu.
Pautan berita ini
Pada dasarnya kita tidak perlu semua ini,baik teksi berkopun atau penggurusan kuanter teksi.
Biarkan keadaan seperti asal dengan teksi cekik darah menunggu di depan pintu dan teksi yang mengunakan meter berbaris di teksi stand di jalan pinang.Pilihan kepada penumpang ,yang mana dia mahu gunakan.
Penumpang yang bijak pasti menggunakan teksi bermeter di teksi stand kat jalan pinang tersebut.
Berita 4
KUALA LUMPUR: “Secara dasarnya mana-mana pemandu teksi berhak mengambil dan menurunkan penumpang di Jalan Ampang, di sini dan susur jalan menghubung ke KLCC, berikutan DBKL tidak pernah memberi ‘keistimewaan’ kepada syarikat teksi tertentu.
“Kalau ada yang mengatakan teksi tertentu saja berhak, maknanya dia laksana secara haramlah kerana di sekitar Jalan Ampang dan susur yang menghubung ke KLCC memang tak ada masalah untuk turun dan ambil penumpang, sebab itu kita akan bincang semula dengan pengurusan,” kata Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup.Teruskan membaca klik sini
Pihak LPKP sentiasa menidakan apa yang mereka buat,untuk melepaskan tanggungjawap mereka kepada orang lain.
Contoh pembohongan:
KUALA LUMPUR 21 Julai - Permit teksi hanya dikeluarkan untuk rakyat tempatan sementara warga asing yang memiliki taraf penduduk tetap (PR) serta memiliki lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) hanya boleh menjadi pemandu kedua. Selengkapnya di sini
Kebenaran 1
Ini terbukti dalam satu operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang berjaya menahan seorang lelaki warga Pakistan yang sedang memandu teksi untuk mengambil penumpang dari Kampung Baru ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Pemandu terbabit berjaya diperangkap hasil penyamaran pegawai JPJ dalam operasi kira-kira jam 11 pagi semalam. Sumber
Kebenaran 2
JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum ini berjaya menahan dua warga Pakistan yang dikesan menjadi pemandu teksi Petikan dari
Banyak lagi berita-berita sebegini yang sering kita baca,tampa ada penyelesaianya
Jadi sebagai pengguna anda harus bijak membuat pilihan
Wassalam:joyiman
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
kesian nasib pemandu teksi tempatan.. semakin mencabar.. dan seakan tidak terbela.. saya menjadi pemerhati dari jauh..selalu kene ulang nyanyi 'katak oh katak'...
BalasPadamSikap lepas tangan nie memang dh jadi amalan sebab memang mudah mengkambing hitamkan pihak lain. Buat apa nk susah2 buat kerja. Gaji yang dapat sama jugak.
BalasPadamBuat kerja lebih sangat nanti silap-silap kena transfer la pulak..., ye lah..., kadang2 kerja yang jujur ini tak serasi dengan orang politik yang mana keputusannya pelbagai mengikut rentak pengundi..
salam...
BalasPadampihak2 yang berwajib perlu ambik berat dalam hal ini...
**follow ur blog..
tak sangka kes2 mcm ni pun ada
BalasPadam@a.samad jaafar TQ,yang memberi komen yang membina,selagi hal-hal sebegini di babikan dengan politik sampai bila pun tiada penyelesainya.
BalasPadamSalam Yob, kekadang org salahkan pemandu teksi kekadang org salahkan pihak berkuasa,...tolong dengor jer.
BalasPadamMengapa mesti ada budaya samseng dalam menyediakan perkhidmatan awam. Inikah yang dinamakan perkhidmatan yang 'terbaik'??
BalasPadam