Harga Minyak Naik Lagi
Pada bulan februari lalu selepas kenaikan harga minyak,aku ada mengambil penumpang dari kementerian.
Didalam perjalanan kami ada berbual tentang berbagai topik,termasuklah dengan harga minyak yang naik.
"dalam tahun ini kerajaan akan menaikan harga minyak sehinga rm3.00 seliter"
Perkataan itu terkeluar dari mulutnya,dan aku hanya tersenyum bila mendengar sambil terbayang dengan harga barang-barang yang akan naik juga.Kini harga minyak akan dinaikan lagi menjadi rm2.70.Ini bermakna harga minyak akan naik lagi dimasa mendatang,untuk mencukupkan rm3.00 seliter dengan berbaki 30sen.Kita tunggu dan lihat apakah harga minyak naik lagi.
petikan dari Malaysiakini
Kenaikan itu bagaimanapun tidak melibatkan RON 95 dan bahan api lain di negara ini.
Zulkifli berkata peningkatan sebanyak 20 sen itu berikutan kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia kepada US$114 setong minggu ini berbanding US$105 minggu lalu.
"Kenaikan harga minyak mentah itu berikutan krisis di Timur Tengah," katanya ketika dihubungi.
Zulkifli juga berkata harga minyak mentah dijangka terus meningkat berikutan situasi di Asia Barat itu yang mungkin berterusan.
Pada 31 Januari lalu, harga RON 97 yang diapungkan mengikut harga pasaran semasa meningkat 10 sen kepada RM2.50 seliter.
Ini kali kelima harga petrol gred RON97 dinaikkan sejak harganya diapungkan dan adalah kenaikan kedua tahun ini sejak 31 Januari lalu.
Petrol gred ini lazimnya digunakan oleh kenderaan yang memerlukan prestasi yang tinggi.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
cobaan......
BalasPadamSalam Yob, pasni naik hangin ler!
BalasPadamsahabatku joyiman..
BalasPadamdh malas nak cakap apa2 dh.. tanggung je la...
err.. kat mana ada jual kuda yg murah2 ye..? hihihi..
@a.samad jaafaryang murah ni kuda tua,Kena tanya tk,sebab belah sana ada org.bela kuda
BalasPadam