PERHATIAN : telur tiruan di pasaran

13 ulasan
PERHATIAN : telur tiruan di pasaran


Terkejut juga baca N3 ini,sampai telur tiruan pun ada dipasaran.
Baca terus artikel PERHATIAN : telur tiruan di pasaran  yang aku ambil dari HD ini.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan pengguna di Malaysia supaya berhati-hati ketika membeli telur kerana terdapat telur tiruan dijual di pasaran.

Pagi ini, seorang pengguna datang ke pejabat CAP bersama sedulang telur yang agak luar biasa bentuknya. Menurut beliau, apabila dimasak, telur itu tidak berbau seperti telur biasa dan tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana beliau berasa ragu-ragu dengan kandungan telur yang dibelinya itu, beliau membawa telur-telur tersebut ke pejabat CAP dan terus membuat aduan mengenainya.



Selepas diperiksa, kami mendapati memang benar telur-telur tersebut mempunyai bentuk yang berbeza daripada biasa. Ia besar dan bila dipecahkan tidak kelihatan pusat telur (chalazae - bahan legap yang biasanya terdapat pada putih telur, membendung kuning telur pada bahagian tengah telur). Telur-telur itu juga tidak berbau seperti telur biasa. Mengikut satu laporan, telur tiruan adalah perkara biasa di China. Pengguna di negara itu telah dinasihatkan supaya mengawasi telur tiruan ketika mereka hendak membeli telur.

Mengikut laporan tersebut, telur tiruan mengandungi bahan-bahan kimia. Cangkerangnya diperbuat daripada kalsium karbonat. Kuning telur dan putih telur diperbuat daripada natrium alginat, alum, gelatin, asid benzoik, kalsium klorida serta air dan pewarna makanan. Kuning telur dihasilkan hanya dengan mencampurkan pewarna makanan kuning lemon ke dalam adunannya. Kalsium klorida ditambah ke dalam adunan telur dan kemudian ke dalam acuan untuk menghasilkan membran telur. Cangkerang telur diperbuat dengan lilin parafin, serbuk gypsum, kalsium karbonat dan bahan-bahan lain. Pada amnya bahan-bahan ini adalah penambah makanan tetapi dalam menghasilkan telur tiruan, ia menjadi komponen utama. Oleh itu telur tiruan hanya mempunyai sedikit atau tidak langsung berkhasiat berbanding telur sebenar.

Cara mengenal telur tiruan:

Selepas telur dipecahkan, putih telur dan kuning telur akan segera bercampur.


Cangkerang telur tiruan agak berkilat berbanding telur sebenar, tetapi tidak begitu ketara.


Apabila disentuh dengan tangan, ia terasa agak kasar berbanding telur sebenar.


Apabila telur tiruan digoncang ia akan berbunyi kerana air berlebihan daripada bahan pepejal.


Telur sebenar agak berbau seperti daging mentah.


Ketuk-ketuk sedikit telur itu. Telur sebenar berbunyi lebih rapuh berbanding telur tiruan.


Selepas memecahkan telur tiruan, kuning telur dan putih telur akan cair bersama. Ini disebabkan kuning telur dan putih telur dihasilkan daripada bahan mentah yang sama.


Ketika menggoreng telur tiruan, kuning telur akan mengembang tanpa disentuh.

Telur adalah sumber protein yang murah dan dimakan oleh penduduk Malaysia. Memandangkan ia merupakan makanan kegemaran ramai, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menggesa pihak berkuasa supaya menjalankan siasatan dengan segera berhubung isu telur tiruan ini.

Tambahan pula, telur tiruan mungkin mengandungi gelatin yang Haram dimakan oleh orang Islam.

SM Mohamed Idris,

Presiden CAP.

p/s sekarang banyak barang tiruan,termasukla orang.
wasalam:joyiman

13 ulasan :

  1. hai brother....
    macam2 sekarang kes tiruan nih
    pasal telur tuh memang kena hati2
    thanks for sharing here...
    bagus utk org Msia tahu
    coz ini masalah pemakanan yg tidak sihat...

    harapnya n3 ini dapat disebarkan
    kepada semua orang...

    BalasPadam
  2. mcm ni pun ada ker?

    sy nak share ye info ni..tq

    BalasPadam
  3. adeihhh.. telo pun ada yg tiruan.. gila betul la.. tapi rasanya pasarannya baru bermula kot.. tak perlu jumpa telo yg ada ciri2 tiruan tu..

    BalasPadam
  4. Salam Yob Joyiman, patutnya dia tak kata telur tiruan tapi jeli yg berbentuk cam telur. Kalau pekedai tu jual dan kata ni telur biasa, tu baru penipuan. Ni sejenis makanan baru seropa telurlah kot!

    BalasPadam
  5. @Nur Misnan Benda yg baik boleh disebarkan untuk pengatauhan semua.

    BalasPadam
  6. @a.samad jaafarya..mengikut berita hari ini,ia baru berada dipasaran.

    BalasPadam
  7. @MOH KEMBARAMengikut berita di Akhbar2 hari ini,ia adalah telur biasa yg di jual di kedai, bukan jeli macam telur.

    BalasPadam
  8. mmg dah mcm2 skrg ni. ntah pape oii. telo pon nak tiru. cisdemm btul. dahtu bdk2 nk mkn ape haa

    BalasPadam
  9. oh..
    TK ada dngr hal ni dlm berita tv smlm..
    klau pngusaha kuih tbeli telur tiruan ni, mesti kuih ia buat x jadi kn..
    kt trg ni x tau la dh smpai k blm..

    BalasPadam
  10. Itu baru telur ayam tiruan. Telur manusia pun dah tiruan juga. Dunia semakin tua di olah manusia yg tak pernah puas.

    BalasPadam

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih