Lima sekeluarga Islam diami rumah kebajikan gereja dan kerenah birokarsi
Apabila kita membaca kisah-kisah sebegini di akhbar,kita akan tertanya siapa yang harus di persalahkan?.Apakah harus dipersalahan kepada mereka kerana tidak mahu berusaha untuk meningkatkan pendapatan keluarga, masayarakat sekeliling yang tidak mahu membantu , jabatan ugama di setiap negeri atau kerajaan yang mengaku bahawa kita Negara Islam.
(baca artikel yang lalu: Kerenah birokarsi jabatan agama islam malaysia)
Lima sekeluarga Islam diami rumah kebajikan gereja
Pada pandangan aku sebagai pemandu teksi yang banyak bergaul dengan berbagai bangsa,(baca artikel yang lalu: Kerenah birokarsi jabatan agama islam malaysia)
Lima sekeluarga Islam diami rumah kebajikan gereja
BATU PAHAT 9 Feb. – Seorang ibu tunggal dan empat anaknya sanggup tinggal di rumah kebajikan yang dikendalikan oleh sebuah gereja di ibu kota akibat desakan hidup selepas ditinggalkan oleh suaminya. Perkara itu didedahkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam dan dikhuatiri akidah mereka boleh terpesong jika terus dibiarkan tinggal di situ. Menurutnya, wanita yang berasal dari Rengit dekat sini itu, bukan sahaja menderita ditinggalkan oleh suami, malah tidak diendahkan oleh keluarganya. Ekoran itu, dia akan empat anaknya meninggalkan kampung dan berpindah ke ibu kota untuk memulakan hidup baharu. “Bagaimanapun, cabaran hidup di ibu kota ‘mengasak’ wanita itu hingga dia menerima tawaran untuk tinggal di rumah kebajikan kendalian sebuah gereja yang menjanjikan kehidupan lebih sempurna,” katanya selepas menyampaikan bantuan kira-kira RM300,000 kepada 44 masjid dan 167 surau di kawasan Parlimen ini di sini. Beliau memberitahu, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam tahun lalu dan bertindak daripada maklumat itu, beliau bersama NGO tersebut berusaha membawa keluar wanita berkenaan bersama anak-anaknya dari rumah kendalian gereja berkenaan. “Kami memindahkan wanita itu tinggal di rumah lain dan sewa selama setahun saya tanggung bagi meringankan bebannya,” katanya yang juga Timbalan Menteri Pelajaran. Mohd. Puad berkata, situasi malang itu tidak akan berlaku jika transformasi berlaku dalam institusi masyarakat seperti masjid dan surau supaya lebih prihatin terhadap penduduk di kariah masing-masing, terutama dalam menjaga kebajikan, mengesan dan membantu golongan yang susah di kawasan mereka. “Jangan hanya salahkan pihak lain yang cuba memesongkan akidah umat Islam, tetapi renung kelemahan kita kerana institusi masyarakat termasuk masjid dan surau tidak mengalami transformasi, sebaliknya hanya terlalu menumpukan kepada aktiviti ibadat rutin sehingga seolah-olah mengabaikan kebajikan masyarakat. “Jika kita lebih prihatin, kejadian seperti ini tidak terjadi dan ia perlu menjadi renungan bersama terutama dalam menjayakan transformasi masjid dan surau sebagai institusi ummah, sekali gus menyelamatkan akidah saudara kita,” katanya. Mohd. Puad berkata, masjid dan surau juga perlu melakukan inisiatif seperti memberi makanan dan bantuan kepada masyarakat setempat yang memerlukan bagi membolehkan mereka mempunyai tempat untuk mengadu dan tidak terpengaruh dengan golongan tidak bertanggungjawab.
kita janganlah salahkan pihak gereja namun salahkan pada diri sendiri,masyarakat melayu muslim,jabatan ugama dan kerajaan sendiri yang tidak perihatin terhadap rakyatnya,inilah caranya perbaiki diri sendiri sebelum menyalahkan kepada pihak lain.
Bila berita sebegini ramailah yang menyalak melolong,bagaikan anjing menyalak bulan,yang tidak dapat merubah keadaan.
Pada aku sebagai pemandu teksi,selagi jabatan ugama tidak di ubah,sampai bila pun kita melayu islam(maaf ada melayu Kristean juga) atau orang islam (lain-lain bangsa) tetap berada di tahap sekarang ini.
artikel pendek.
Wasalam:joyiman
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
setuju dgn admin. sebenarnya, kita sebagai tuan punya badan perlu berusaha mencari yg fardhu & terbaik lebih2 lagi yg berkeluarga. tetapi kalo pilihan yg ada semuanya "tipis" mcmne? letak diri kita pada tempat mereka yg sedang dlm kesusahan tu, baru fikir utk bersuara. bagi pandangan pihak2 lain pulak, jgn terlalu taksub dgn "ingin menunding jari" tepuk dada tanya selera.. kenapa badan2 agama lain lebih rela menolong mereka yg susah? sedangkan badan2 agama Islam itu sendiri byk terdapat alternatifnya? begitu jgk dgn yg dikatakan seagama & sebangsa.. knp kita tidak amalkan sikap2 murni yg sudah pun diturunkan kepada setiap umatNYA dgn mengikut contoh2 RasulNYA? ~ terlebih kata pulak dah ni hehe
BalasPadamsetiap agama pastilah bermatlamat utk mengembangkan agamanya..begitu juga kristian..apakah itu salah? Yang menjadi kesalahan ialah apabila ada pihak yg tidak tahu menjaga agamanya, apatah lagi seakan enggan mengembangkan agama itu sendiri.. di negara kita, golongan yg menindas Islam adalah dari tangan-tangan penguasa yg beragama islam sendiri..mereke seolah-olah takut jika umat islam benar2 faham islam..rakyat yg faham islam akan menjadi ancaman kepada mereka..
BalasPadamrakyat juga dibiarkan miskin. kemiskinan dipercayai mampu membenihkan rasa terima kasih kepada pemerintah.. aneh yg teramat..dan apabila puak kristian datang membantu..mereka berpura2 menyalak !
ulasan lanjut boleh tanya asang akidah tuh !
salam Yob Joyiman,
BalasPadamNtahlah, miskin sampai terpaksa meminta ke gereja. Mana tanggungjawab jiran-jiran dan kaum kerabat dia? Semua tempias bersalah tuh!