Disebalik Windows 7

Tiada ulasan
Assalamualaikum dan salam bloger bagi yang belum memasuki keluarga besar islam :)
Saya percaya masih ramai pembaca di luar sana yang masih menggunakan W7 walaupun sekarang dah ada versi W8  
Di sini saya nak kongsikan  "triks tersembunyi" pada Windows 7.
Kebanyakkan pengguna memanggil ia sebagai "God Mode".

God Mode ialah suatu folder yang sengaja disembunyikan oleh pihak Microsoft kerana sebab-sebab tertentu.Fungsi God Mode ini ialah membenarkan pengguna menukar dan mengubah keseluruhan tetapan Windows 7 dalam hanya satu folder.


Contohnya sebelum ini anda hendak menukar password Windows anda,anda perlu klik pada butang start,control panel dan user account.Tapi jika pada God Mode ini anda hanya perlu klik pad folder God Mode dan pilih terus "Change Windows Password".Mudahkan?

Caranya begini.

1.Buat satu folder pada desktop.
2. Salin perkataan ini
GodMode.{ED7BA470-8E54-465E-825C-99712043E01C}
3. Namakan semula folder itu tadi kepada nama kod diatas.
4. jika folder itu tadi akan bertukar icon maknanya anda berjaya

Klik pada folder seperti ikon diatas dan lihat sendiri apa itu God Mode.
Untuk maklumat semua,triks ini hanya berjaya pada Windows 7 sahaja.
 

 
Sumber: gempak org



Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih