Kenapa bangang sangat

Tiada ulasan
LANGKAWI 13 April — Kajian menyeluruh mengenai pendapatan pemandu teksi untuk mengetahui sosioekonomi sebenar mereka perlu dibuat sebelum inisiatif komprehensif bagi membantu mereka dilaksanakan.

 Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata, kajian itu penting kerana bilangan pemandu teksi berpendapatan di bawah paras kemiskinan lebih ramai berbanding yang memperoleh lebih RM3,000 sebulan.

Rais yang merupakan penaung Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi Limosin & Kereta Sewa Malaysia (PETEKMA) berkata, kerajaan akan menyediakan dana untuk pertubuhan tersebut menjalankan kajian berkenaan bagi menyediakan pangkalan data mengenai ahli-ahlinya.

"PETEKMA perlu menyelidik dan mendapatkan fakta sahih pendapatan syarikat dan badan korporat yang memiliki permit teksi untuk mengetahui pihak mana sebenarnya meraih keuntungan besar dan pendapatan banyak mana yang dikatakan lumayan," kata beliau.

Rais berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-14 PETEKMA cawangan Langkawi di sini hari ini.

Ketika berucap sebelum itu, Rais mengumumkan sumbangan kerajaan pusat sebanyak RM200,000 bagi membina bangunan PETEKMA cawangan Langkawi dan beliau juga menyampaikan bantuan pentadbiran sebanyak RM25,000 untuk tahun ini.

Pengerusi PETEKMA Langkawi, Mohd Saad Mahmud berkata, lebih 80 peratus ahlinya berada bawah paras kemiskinan kerana memperoleh pendapatan purata RM1,000 sebulan. Katanya antara faktor yang menjejaskan pendapatan mereka ialah kewujudan kira-kira 4,000 buah kereta sewa tidak berdaftar di pulau ini. - BERNAMA

Membaca kenyataan bangang macam ni kekadang buat sakit hati je.Sememangnya taraf pendapatan pemandu teksi sekadar cukup makan je,kecuali kepada mereka yang mempunyaai pendapatan sampingan seperti gaji isteri yang besar.

Tak perlulah nak buat kajian pihak mana yang mendapat keuntungan besar,semestinya pihak syarikat la yang meraih pendapatan lumayan,tengokla tokey2 teksi mana ada yang naik kereta proton rata2nya semua naik kereta mewah.Tu pun nak kaji lagi....apaaa rrrrr

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih