Tambang bas expres naik

Tiada ulasan

KOTA BHARU 30 Okt. - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sedang mengkaji cadangan dan permohonan pengusaha bas ekspres di negara ini yang mahu caj tambang dinaikkan sebanyak 30 peratus.

Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan ter­se­but kepada kerajaan dan keputusan muktamad mengenainya di­­­jangka dimaklumkan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, sekiranya ada kenaikan, ia akan melalui kaedah sesuai supaya tidak membebankan pengguna.

“Permohonan daripada peng­usa­ha bas ini adalah munasabah berasaskan kepada keperluan yang mendesak terutama selepas penurunan subsidi minyak baru-baru ini.

“SPAD telah syorkan kepada kerajaan permohonan mereka (peng­usaha bas). Insya-Allah kita tunggu keputusan muktamad secepat mungkin,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran Penjenamaan Se­mu­la Pakaian Seragam Pemandu Bas Ekspres Mutiara di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad, Che Ibrahim Che Ismail. Dalam perkembangan lain, Syed Hamid berkata, operasi bagi bas ekspres laluan timur dari Hentian Putra akan berpindah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur ber­kuat kuasa 1 Disember depan.

Syed Hamid berkata, pihaknya telah berbincang dengan pengusaha bas di hentian tersebut dan mereka bersetuju untuk berpindah ke TBS. Katanya, Hentian Putra sememangnya sudah tidak sesuai dise­babkan pelbagai faktor terutama dari segi keselamatan dan gang­guan lalu lintas.

“Di TBS, ia lebih selesa dengan pelbagai kemudahan dan mempunyai kapasiti mencukupi bagi menampung bas yang banyak terutama dari laluan Pantai Timur. Pemindahan operasi itu juga mendapat sokongan daripada pengguna,” katanya.

Sumber:utusan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih