KENAIKKAN KADAR TAMBANG TIDAK MENJAMIN KEBAJIKAN DAN EKONOMI PEMANDU TEKSI
Mungkin ada yang tertanya-tanya dan mempersoalkan kenapa saya sehingga hari ini saya tidak pernah membuat stement mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Syed Hamid Albar atau pun kepada SPAD sekalipun SPAD telah mengumumkan kenaikkan kadar tambang baru pada 19hb Mac 2015 lalu.
Bukan saya sombong atau angkuh, tetapi saya berpendapat ucapan Terima Kasih selayak-layaknya diberikan hanya kepada YAB Perdana Menteri dan Jabatan Perdana Menteri.
Jika direnungkan semula, sejak 2014 SPAD telah menangguh 3 kali kenaikkan kadar tambang teksi secara tidak berasas.
SPAD memberi jawapan penangguhan kenaikkan kadar tambang teksi berpunca kerana musibah yang melanda Negara, MH370, MH17 dan musibah banjir. Sedangkan musibah tersebut tidak kena mengena dengan pengguna teksi.
Tiba-tiba kurang dari 30 hari penyerahan Memorendum PERS1M kepada YAB Perdana Menteri, SPAD mengumumkan kenaikkan kadar tambang teksi secara meluru.
● Adakah kenaikkan kadar tambang teksi itu lahir dari hati manusia didalam SPAD?
● Apakah mereka benar-benar berani untuk mengumumkan kenaikkan kadar tambang teksi pada saat-saat akhir pelaksanaan Cukai GST, yang pastinya kenaikkan kadar tambang teksi itu melibatkan keseluruhan pengguna teksi?
Kenaikkan kadar tambang teksi yang diumumkan baru-baru ini telah menimbulkan ketidakselesaan pelbagai pihak serta mewujudkan perbezaan ketara diantara Teksi bajet dan TEKS1M.
Keadaan ini bukan sahaja membezakan kadar tambang diantara kelas perkhidmatan yang sama, malah keadaan ini telah menyebabkan perkhidmatan TEKS1M kini dipulaukan hampir keseluruhan pengguna.
Selain itu, saya berpendapat kenaikkan kadar tambang teksi tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi pemandu teksi secara mutlak, sebaliknya ia akan mengundangkan pemasalahan yang lebih besar kepada seluruh warga pemandu teksi.
Percaya atau tidak, penumpang akan mencari Alternatif lain, sekalipun mereka terpaksa mempertaruhkan keselamatan mereka dengan menggunakan kenderaan Haram sepertu Uber, Blacklane,Grabcar, EasyTaxi dan Ulat.
Cuba perhatikan gambar yang saya postkan dibawah ini, gambar ini dirakam oleh seorang sahabat di Bukit Bintang pada hari ini.
Mata pencarian pemandu teksi terus dirompak oleh Ulat Arab yang menggunakan kenderaan Haram. Sebenarnya masih banyak lagi kejadian seperti ini yang tidak sempat dirakam.
Pemandu teksi tidak dibayar untuk mengambil gambar atau pun melindungi ekonomi pemandu teksi.
Pihak yang dibayar dan diarahkan melindungi kebajikan dan ekonomi pemandu teksi adalah SPAD, tetapi SPAD seringkali meligan pemandu teksi dari membenteras gejala rompakan ini. Bila diajukan perkara ini kepada SPAD, SPAD akan menjawap "Diluar bidang kuasa kami".
Kesudahannya kenaikkan kadar tambang teksi yang baru diumumkan tidak akan memberi kesan positif 100% kepada pemandu teksi.
SPAD harus dirombak atau SPAD harus menghapuskan segala bentuk ketirisan pendapatan pemandu teksi seperti mengharamkan App Uber, Blacklane, Grabcar, dan EasyTaxi, melainkan App-App tersebut hanya memberi perkhidmatan kepada TEKSI.
Keangkuhan dan sikap Bodoh Sombong didalam SPAD harus diakhiri, saya tak kata mereka bodoh!
Tetapi sikap yang mereka amalkan harus diubah, supaya mereka boleh mengendalikan Suruhanjaya kearah menaiktaraf mutu perkhidmatan pengangkutan awam darat Negara.
Setakat hari ini, SPAD tidak ubah seperti LPKP yang ditukar nama sahaja.
Sumber berita
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih