Bekas juruterbang MAS bawa teksi

Tiada ulasan
UMUM mengetahui demi menyelamatkan syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines, terdapat kakitangannya yang terpaksa digugurkan.

Meskipun mendapat saguhati dan program sokongan untuk membantu mereka yang terlibat mencari peluang rezeki lain, pastinya tak mudah mendapat peluang kerja dalam keadaan ekonomi dan usia mereka pada masa sekarang.

Bagaimanapun seorang bekas juruterbang MAS membuktikan rezeki halal ada di mana-mana bagi mereka yang tidak memilih.

Namun pekerjaan yang dipilihnya mengejutkan ramai orang dan kami pasti, bekas kabin krew pun belum tentu sanggup iaitu… pemandu teksi.

Kerendahan hati bekas juruterbang ini diketahui ramai selepas anaknya, Mohd Zulhelmie berkongsi kisahnya di Facebook menerusi status berbunyi:

P/S: Abah taknak bawak Uber. Jangan tanya kenapa.”

 Tertarik dengan ayat ini,sebagai bekas pilot yang banyak melihat negara orang, mesti tahu bagaimana Uber telah merosakkan industri teksi dunia.

Apa-apa pun, tak mudah menemui orang seperti abah Mohd Zulhelmie ini dan hikmahnya, kami pasti beliau tak menang tangan menangani tempahan teksi selepas ini. Yelah, pasti ramai nak rasa bagaimana agaknya seorang pilot mengendalikan teksi dan melakukan sedikit ‘interview’ bersamanya bukan? –
 edit drari MYNEWSHUB.CC

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih