Petronas tutup 67 stesen NGV

Tiada ulasan

Sumber gambar dari fb


PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) akan menutup sementara perkhidmatan tenaga gas asli (NGV) di 67 stesennya di Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Johor.

PDB dalam kenyataannya berkata, stesen itu ditutup mulai semalam sehingga dimaklumkan bagi memberi laluan kepada kerja penambahbaikan.

Gambar dari fb

"Namun perkhidmatan mengisi minyak lain dan Kedai Mesra di stesen terbabit masih beroperasi seperti biasa," katanya.

Menurut kenyataan itu, syarikat berkenaan mengambil langkah ketat untuk memastikan keselamatan di semua stesen yang mempunyai kemudahan NGV.

"PBD bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan standard keselamatan yang tinggi di semua stesen kami," tambah kenyataan itu.

Mereka yang mahukan stesen dengan kemudahan NGV yang beroperasi boleh melayari laman web www.mymesra.com.my atau menghubungi Mesralink di 1-300-88-8181.

Selasa lepas, seorang lelaki pekerja kontraktor pembaikan pam maut selepas tangki (NGV) di stesen minyak di Austin Height, Mount Austin di Johor Baru meletup kira-kira pukul 2.40 petang. – Bernama

Teksi terpaksa beratur panjang untuk mendapat giliran mengisi NGV

Persatuan teksi merasa kesal atas penutupan ini.



KAMI melahirkan rasa kesal dan kecewa diatas keputusan Petronas menutup hampir 67 buah stesen pengisian NGV dalam satu masa.

Tindakan Petronas itu benar-benar menambahkan lagi keperitan pemandu teksi setelah sebelum ini pemandu teksi menghadapi ketirisan penumpang.

Kami berpendapat sekiranya benar penutupan tersebut bertujuan memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan, kenapa proses tersebut harus dilakukan serentak dan kenapa tidak proses tersebut dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Kami berharap Petronas akan mengkaji dan mengambil kira kesan negatif yang terpaksa kami tanggung akibat penutupan 67 station NGV mereka secara mendadak.

Kerajaan juga merayu kepada kerajaan agar bersimpati dengan nasib kami dan akan melakukan sesuatu.

KAMARUDIN MOHD HUSSAIN

Timbalan Pengerusi Persatuan Transformasi Pemandu Teksi Malaysia.

Sumber berita


p/s
Stesen yang masih beroperasi:

TO DATE INFO NGV
SELASA 1HBNOV2016

DESA MENTARI
BATU CAVES
BKT RAHMAN PUTRA
KLIA F1
SEKSYEN 9 BANGI
SEKSYEN 10 BANGI
SS4 KELANA JAYA
TESCO SEMENYIH
BATU 4 JLN IPOH
KAYU ARA

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih