Kerajaan memperkenalkan dasar industri e hailing dan teksi

Tiada ulasan
Kerajaan memperkenalkan dasar bagi industri e hailing dan teksi.
Dasar e-hailing termasuk: Kenderaan teksi & e-hailing mesti berdaftar dengan SSM atau SKM.

Bagi syarikat E-hailing (yg berasaskan kenderaan peribadi), pengendali mesti mempunyai modal berbayar sekurang-kurangnya RM100,000. Utk teksi yang mendapatkan penumpang di tepi jalan dan e-hailing (berdasarkan komersial), mereka memerlukan modal berbayar tidak lebih dpd RM50,000.


Kriteria kelayakan lesen
• Pemandu bagi kedua-dua perkhidmatan ini perlu menjalani latihan selama 6 jam dengan bayaran yuran tidak melebihi RM200.
• Lulus pemeriksaan saringan yang ditetapkan oleh SPAD/APAD/JPJ.

Pemeriksaan kenderaan
• Terbuka kepada semua jenama kenderaan yang mempunyai penarafan minima Asean NCAP 3-bintang atau setaraf dengannya.
• Pemeriksaan kenderaan di Puspakom sekali setahun apabila kenderaan melebihi 3 tahun dari tarikh pendaftaran JPJ.

Penanda badan kenderaan
Kereta e-hailing mesti menggunakan pelekat pengenalan seperti yang ditetapkan oleh JPJ, teksi (TX) mesti berwarna merah dan putih, dan kereta sewa (TS) mesti berwarna kuning di bahagian atas (kecuali di Johor)

Keperluan insurans
Perlindungan insurans untuk pemandu, kenderaan, penumpang dan pihak ketiga diwajibkan

Tambang dan surcaj
• Utk e-hailing, tambang ditetapkan oleh pengendali e-hailing, surcaj maksimum ialah 2x harga tambang
• Bg teksi tradisional, tambang seperti diwartakan oleh Kerajaan
• Bayaran surcaj tambahan 50% dr tambang bg perjalanan slps 12.00tgh mlm

Kadar komisen
Kenderaan e-hailing akan mempunyai kadar komisen maksimum sebanyak 20%; manakala bagi teksi ditetapkan pada kadar 10%.

Permohonan Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP) telah di buka di pejabat SPAD Kelana Jaya, 1 Nov 2018. Penyerahan LPP akan diadakan pd minggu ke-2 Dis 2018. Untuk memuat turun borang LPP (Lesen Perniagaan Pengantaraan/Permit Kenderaan e-Hailing) sila klik: bit.ly/2P1ql2Z

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih