Shuttle Pink pemandu wanita di Afghanistan
![]() |
Gambar hanya hiasan |
KABUL - Senyuman, sorakan dan terkejut. Begitu reaksi yang dipamerkan orang awam di ibu negara Afghanistan apabila melihat seorang wanita memandu.
Bagi Mahjabin, 24, salah satu sebab mendorongnya menjadi pemandu wanita adalah anak perempuannya yang berusia tiga tahun.
“Saya memikirkan masa depan dia. Saya juga berharap semua wanita akan memandu sendiri apabila mereka dewasa kelak,” katanya.
Mahjabin adalah antara empat wanita yang terpilih daripada 100 calon yang memohon untuk menjadi pemandu ‘Shuttle Pink’, perkhidmatan pengankutan awam pertama dan satu-satunya di negara itu dikendalikan pemandu wanita untuk penumpang wanita.
“Sesetengah lelaki berpendapat wanita tidak sepatutnya dibenarkan memandu dan perlu duduk di rumah. Tetapi kami tidak berfikiran begitu,” katanya.
Keempat-empat pemandu wanita yang terpilih memandu Shuttle Pink ini juga berazam mahu memecahkan tradisi wanita tidak boleh memandu dan mahu membuktikan mereka boleh berjaya seperti lelaki.
Difahamkan, pemandu yang terpilih perlu menjalani latihan tambahan selama dua minggu sebelum layak diiktiraf sebagai pemandu shuttle.
Undang-undang Afghanistan tidak melarang wanita memandu, namun pemandu wanita jarang dilihat di negara itu termasuk di Kabul.
Menurut laporan NGO, sebanyak 1,189 wanita menerima lesen memandu di Kabul antara tahun 2012 dan 2016. - Al Jazeera
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih