Musang king

Tiada ulasan


Trivia:

D197 - DurianDurio Zibethinus Linn.

Didaftarkan sebagai Raja Kunyit. Juga dikenali dengan nama Musang King atau Mousang King.

Tarikh Daftar: 9.12.93

Pendaftar: Wee Chong Beng Asal: Tanah Merah, Kelantan .

Sejarah Raja Kunyit ditemui oleh orang Melayu di Pulau Raya, Tanah Merah.

Encik Chong Beng,yang daftarkan baka tersebut,adalah orang pertama yang mengambil baka dari Pulau Raya dan menanam di Gua Musang.Pokok asal telah mati dan pokok kedua masih ada di Gua Musang.

Musang King yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan lebih lonjong seperti bola ragbi berbanding baka lain yang berbentuk bulat, selain mempunyai corak seakan bintang dan garisan pangsa sangat jelas pada kulit bawah buahnya.


Isi durian ini lebih tebal, berwarna kuning pekat seakan serbuk kunyit, ditambah rasa lemak yang sedikit pahit dan bijinya pula kecil sahaja berbanding durian yang lain,durinya pula bersegi, pangkal tangkainya tidak berduri.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih