Teksi motosikal banyak mudarat tidak patuh syariah

Tiada ulasan
gojek
teksi motosikal
Cadangan kerajaan untuk melaksanakan perkhidmatan teksi motosikal di negara ini mengundang rasa kurang senang orang awam yang bimbang sekiranya tidak mematuhi syariah.
Orang awam menyuarakan kebimbangan sama dan menggesa kerajaan untuk membuat kajian mendalam sebelum ia dilaksanakan.

Kerajaan perlu membuat kajian berkaitan keselamatan dan meneliti hukum agama. Jika nak buat ikutlah undang-undang Islam iaitu penunggang lelaki hanya boleh mengambi pelanggan lelaki dan begitu juga sebaliknya.

Nur Arifin setiap hari menggunakan laluan motor bagi menjalankan tugas turut menyuarakan keadaan laluan motosikal yang kurang selamat digunakan,akibat perkara itu dia terpaksa melencong jalan utama, kerana bimbang menggunakan laluan motosikal.
“Laluan motosikal ada lubang, saya risau bila air naik sehingga saya terpaksa ikut jalan besar walaupun berisiko tinggi. “Saya lebih sanggup kena saman dari berlaku kemalangan, terpaksalah, ikut situasi,” katanya.

Mufti Selangor, Mohd Tamyes Abd Wahid menyifatkan perkhidmatan teksi motor yang diluluskan kabinet sebagai tidak Islamik.Menurutnya, adalah lebih elok ditiadakan perkhidmatan tersebut bagi mengelakkan fitnah.

Untuk rekod, jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan pengguna motosikal amat tinggi lebih-lebih lagi golongan itu penyumbang terbesar dalam statistik kematian, purata kematian kemalangan motosikal seramai 18 orang setiap hari sepanjang 2018 berbanding 19 tahun 2017.

Statistik PDRM,pada 2018 merekodkan 550,000 kemalangan dan 6,824 kes melibatkan kematian.Dari angka itu, 65% kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, cadangannya untuk memperkenalkan perkhidmatan teksi motosikal mendapat lampu hijau daripada kabinet. Perkhidmatan itu bukan sahaja mengelakkan golongan muda terdedah kepada aktiviti lumba haram tetapi secara tidak langsung mewujudkan peluang pekerjaan kepada golongan terbabit.

Cadangan itu mendapat banyak kritikan namun Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menggesa mana-mana pihak tidak menggunakan perkhidmatan itu jika rasa tidak selamat.

Sementara itu, bagi seorang lagi responden, Mohd Fauzi Abdul Latif, perkhidmatan teksi motosikal banyak mendatangkan bahaya berbanding kebaikan kerana melibatkan soal keselamatan.Keadaan laluan motosikal tidak dijaga dengan baik dibimbangi akan menambah jumlah statistik kematian melibatkan penunggang motosikal. “Masih banyak kawasan tak berapa selamat seperti jalan berlubang dan di kawasan terowong agak gelap kerana lampu kurang, ia mengundang bahaya. “Saya tak nampak lagi kebaikan teksi motosikal, banyak bahaya dari kebaikan. Faham-faham lah, yang bawa lelaki, belakang perempuan, dari sudut Islam memang gagal,” katanya.Kaum wanita tidak sesuai sebagai penunggang teksi motosikal.“Kalau saya sebagai pelanggan, saya mahu penunggang itu lelaki, baru saya naik. Saya cadang tak payah buat,” katanya.

Bagi Farhan Che Hassan,dari Port Dickson berpendapat,perkhidmatan itu sesuai dibuat di kawasan bandar yang sibuk.Baginya, walaupun dia tinggal dipusat tumpuan pelancong namun golongan itu lebih memerlukan perkhidmatan yang lebih selesa seperti bas dan teksi."Di Malaysia motosikal bukan pengangkutan utama,seperti Vietnam dan Indonesia.Orang masih memilih keselesaan berbanding motosikal.

“Kerajaan perlu tambah bas demi keselamatan dan keselesaan. Jika dilaksanaan perkhidmatan itu, kerajaan perlu mengumpul maklumat lengkap penunggang motosikal bagi mengelakkan berlakunya jenayah dan tak sesuai untuk orang Islam".

Bagi Md Nabil Husain, aplikasi perkhidmatan teksi motosikal perlu lengkap dengan data penunggang agar pelanggan boleh memilih perkhidmatan mereka,perkhidmatan itu perlu sesuai kepada pelanggan beragama Islam.

“Kalau tanya saya, dari sudut teksi motosikal, saya sebagai orang Islam, kita perlu tahu kaedah yang nak digunakan, agak susah nak tahu siapa yang datang (ambil pelanggan).
“Contoh saya pesan, yang datang tu perempuan, macam mana? Saya nampak banyak mudarat dari segi kita orang Islam, susah nak kawal dan laksana.Budaya orang Islam mana boleh naik lelaki perempuan.Perhalusi penggunaan aplikasi, penumpang kena tahu siapa bawa kita. Boleh juga jadi isu ambil kesempatan terhadap perempuan,” katanya yang ditemui di Lebuhraya Persekutuan.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih