Dr Zakir Naik mohonan maaf
Pendakwah antarabangsa, Dr Zakir Naik membuat permohonan maaf terhadap mana-mana pihak yang tersinggung,permohonan maaf dibuat bagi mengelakkan salah faham berlanjutan.
"Saya tidak mahu ada pihak yang tersinggung dengan saya dan bukanlah niat saya untuk menyentuh mana-mana individu atau masyarakat kerana ia adalah bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam".
Saya adalah individu yang membawa mesej keamanan kerana keamanan itu tertulis di dalam al-Quran dan ia menjadi misi utama saya untuk menyebarkannya ke seluruh dunia. Tapi malangnya saya terpaksa berhadapan dengan pengkritik-pengkritik yang cuba menghalang melaksanakan misi itu.
"Seperti yang berlaku sejak beberapa hari ini, saya telah dituduh menimbulkan isu perkauman di negara ini. Pengkritik itu telah menokok tambah dan menggunakan ayat tertentu daripada keseluruhan konteks ucapan saya sehingga saya diminta membuat kenyataan polis".
Pada masa sama, Zakir tidak menafikan kejadian yang berlaku itu telah menyebabkan orang bukan Islam menganggapnya sebagai seorang yang rasis.
Saya berasa sedih dan apa yang membimbangkan, mereka yang terasa hati dengan salah faham ini sebenarnya tidak mendengar ucapan saya sepenuhnya tapi hanya berdasarkan petikan di luar konteks saya.
Ini amat membimbangkan kerana ia membawa kesan buruk kepada imej Islam sekali gus menjauhkan orang bukan Islam daripadanya. Rasisme adalah perlakuan yang saya tegah, sama seperti al-Quran malah ia sangat bertentangan dengan pendirian saya sebagai pendakwah Islam.
Syarahan penuh saya boleh ditonton melalui YouTube, Peace TV, dan aplikasi mudah alih TV Peace.
"Saya juga tersentuh dengan ribuan sokongan yang diberikan terhadap saya. Saya ucapkan terima kasih kepada anda semua".

Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih