Kerenah birokarsi jabatan agama islam malaysia

Tiada ulasan
Hari ini selepas aku menghantar seorang minah hitam untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya kat area kepong(sempat juga aku melihat majlis tersebut) naik pula seorang saudara baru(muallaf) berasal dari kuching sarawak.

Dalam perjalanan kami berbual tentang ketidakpuashatinya dengan jabatan agama islam malaysia.
Beliau tidak puashati dengan kerenah birokarsi jabatan tersebut,tentang membantu saudara baru.bukan wang ringgit yg di tagih tetapi tentang bagai mana hendak mempelajari selok belok agama islam.

Pertanyaan di mana hendak belajar mengaji, sollat di jawab dengan kata-kata hinaan dan kejiaan dari pegawai yg bertugas dengan kata-kata "kalau taktahu nak sembahyang,baca quran masuk islam buat apa,pergi belajar dulu baru datang sini,susahkan orang shj"begitulah penghinan yg di terimanya.

Apa tugas pegawai tersebut?apa peranan jakim dalam soal begini?Di manakah tempat hendak belajar membaca quran,sembahyang dan sebagainya bagi orang-orang sebegini?aku yg pusing satu KL selama 12tahun pun tidak tahu,apakah tempat sebegini ujud di kl ini?

Kita selalu melaungkan malaysia negara islam,silap sikit berdemo sana sini,sebenarnya HAMPEHH!!!

Lihat pendakwah kristian di malaysia, berdakwah dalam diam ,makin lama berkembang ajaran kristian.contohnya pusat dalisis(mencuci darah bagi pesakit buah pinggang) di kota damansara yg dimiliki pertubuhan kristian, hanya megenakan beberapa ringgit shj.kepada yg tidak mampu.

Aku pernah beberapa kali mengambil dan menghantar penumpang melayu islam yg tidak berkemampuan menjalankan rawatan di hospital,di pusat ini.mereka berkata di sini layanan sangat baik dan memuaskan di bandingkan dengan hospital.

Aku sangat pasti,di samping layanan yg baik mesti ada ajaran mereka yg di sogokkan.

Apakah jabatan agama islam malaysia ada tanggungjawap sosial sebegini untuk orang-orang islam yg tidak berkemampuan?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih