tambang
Kalau kita tengok kat TV,suratkhabar dan dengar radio,berbagai-bagai sungutan orang ramai tentang isu tambang teksi.Teksi cekik darah,teksi tak guna meterlah dan berbagai lagi.
Berbagai kempin di jalankan,banyak tindakan telah di ambil.tetapi bendani masih lagi kedengaran,tak pernahnya surut malah semakin menjadi-jadi.
Siapakah yang bersalah tentang hal ini?
tepuk dada tanya selera dan tunding kepada sesiapa sahaja.
1.Penumpang yg bersalah,sebabnya menaiki juga teksi yg tidak mengunakan metar.penumpang juga yg selalu bertanya berapa harga kalau pergi ke sesuatu tempat.itulah pantang pemandu teksi,kalau penumpang bertanyakan harga termasuklah aku, pasti akan aku kenakan harga.jadi beritahu sahaja lokasi yg ingin di tuju contoh@boleh pergi 1utama?kalau boleh naik sahaja, kalau tak boleh tunggu teksi lain habis cerita.
2.Pemandu yg bersalah kerana mengambil kesempatan megenakan tambang lebih kepada yg memerlukan teksi.
3.Kementerian LPKP,kerana memberi terlalu banyak permit teksi kepada pihak syarikat,di mana mereka megenakan sewa harian yg tinggi dan tempoh tunggakan yg pendek contoh@rm50 tunggakan 2minggu jika terlewat teksi akan di tarik maka hangus deposit rm5000.Pihak syarikat juga mengambil sesiapa sahaja pemandu meraka kerana saingan dari syarikat yg lain,hasalkan teksi mereka ada pemandu daripada terbiar tampa pemandu dan deposit.janji masukkk...
Oleh itu maka separuh pemandu teksi di KL adalah warga asing mereka warga indon,bangla dan pakistan.Harap maklum kepada penumpang semua.mereka inilah yg banyak melakukan onar di kalangan pemandu teksi, hingga pemandu teksi mendapat nama yg buruk di mata awam.
Pihak LPKP juga ada memberikan permit kepada mereka,sehinggakan mereka naik tocang.Aku yg memohon banyak kali pun tak dapat sebab tak masukkkk........
4.Pemimpin(menteri) kerana banyak membolot permit-permit yg di keluarkan.kemudian mereka akan memajakan (ali bin baba) permit kepada pihak syarikat untuk mendapat untung atas angin sahaja(masuk riban-riban tiap bulan).kalau permit di berikan kepada pihak individu mereka akan takut untuk melakukan kesalahan kerana takut di tarik balik.banyak permit pihak syarikat di tarik balik oleh pihak LPKP kerana kesalahan pemandu tetapi di pulangkan semula kepada syarikat kerana itu permit ana yg punyaaaa...
kesimpulanya: untuk menyekat salah laku pemandu teksi hanya dengan memberi permit individu shj.jika amalan sekarang masih di amalkan maka sungutan orang ramai akan berterusan,dimana pihak syarikat memeras pemandu teksi dan pemandu akan memeras penumpang pula.untuk hidup bebbb... jika tidak teksi kena tarik.wasalam harap maklum.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih