pemandu teksi sentiasa terdedah dengan berbagai bahaya

Tiada ulasan
Sekarang masih lagi di awal bulan maka duit-duit bernilai besar masih banyak di tangan kita.Kalau hujung bulan maka duit seringit-seringit yg tingal di dalam poket.

Aku ingin memberitahu kepada semua orang,kalau mengunakan pengankutan awam sediakanlah duit kecik dengan secukupnya.

Hari ini lima penumpang aku,hulur not rm50,mana nak cari duit tukar.malah aku yg kena marah kerana tidak meyediakan duit kecik.Perlu di ingat kami pemandu teksi tidak meyediakan duit kecik kerana seribu kemungkinan.

Kalau bawak duit banyak-banyak takut dirompak,jadi siapa yg susah...aku juga!!

Begitulah nasib kawan aku pada malam minggu lepas,lesap rm500 kerana di rompak dekat sungai way.orang indon yg rompak dari percakapanya.

Begitulah kami pemandu teksi sentiasa terdedah dengan berbagai bahaya,itu belum di campur dengan kaki pau berlesen seperti polis,jpj,lpkp.

Jadi kepada sesiapa yg ingin menaiki teksi di harap,sediakanlah duit kecik dengan secukupnya.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih