Pemandu teksi enggan menggunakan meter

1 ulasan
SHAH ALAM: Kedegilan segelintir pemandu teksi enggan menggunakan meter memaksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor mengambil langkah lebih tegas dengan melancarkan operasi bagi membanteras kegiatan itu.
SEKATAN...operasi JPJ di hadapan Kompleks PKNS, Shah Alam, semalam.
SEKATAN...operasi JPJ di hadapan Kompleks PKNS, Shah Alam, semalam.
Dalam operasi di tiga kawasan utama iaitu Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang di sini, semalam itu dilakukan berikutan jabatan menerima aduan orang ramai yang mengeluh kerana sering ditipu pemandu teksi tidak bertanggungjawab. 

Pengarah JPJ Selangor, Yusoff Ayob, berkata operasi membabitkan tiga cara iaitu rondaan, sekatan jalan raya dan penyamaran oleh anggota JPJ. 

“Kami melakukan sekatan jalan raya di lima kawasan iaitu di depan Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Stesen Komuter Seksyen 19, Taman Sri Muda, Bandar Klang dan Subang Jaya. 

“Seramai 22 anggota JPJ ditugaskan menyamar penumpang untuk mengenal pasti dan menahan pemandu yang tidak menggunakan meter serta mengenakan bayaran lebih tinggi berbanding bacaan meter kepada penumpang,” katanya pada sidang media selepas operasi di depan Kompleks PKNS di sini, semalam. 

Katanya, sebanyak 380 teksi diperiksa dan daripada jumlah itu, 158 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.
“Dua kesalahan utama yang dilakukan kebanyakan pemandu ialah tidak menggunakan meter dan mengenakan tambang tinggi. 

“Bagaimanapun, operasi yang bermula pada jam 12 tengah hari dan berakhir enam jam kemudian itu tidak mengesan pemandu warga asing yang turut dipercayai memandu teksi secara haram,” katanya.
[metro]

1 ulasan :

  1. sebabkan nila setitik.. rosak susu sebelanga :( ni yg susah kalo ada yg degil mcm batu!

    BalasPadam

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih