Di malaysia menjadi warganegara asing kita akan senang

Tiada ulasan
Kepada pembaca Blog teksi,t/kasih di ucapkan kerana masih sudi singgah disini,
Sudah lama tidak menulis kerana Blog teksi sibuk membawa teksi,untuk Cover duit raya,
maklumlah kerja membawa teksi mana ada gaji tetap jauh sekali nak merasa apaitu bonus
hujung tahun,bonus raya dan berbagai bonus lagi.

Pemandu teksi macam kami sebenarnya menyimpan seribu satu kisah pengalaman seharian
kerana kami membawa berbagai orang dan berbagai ragam.
Semalam Blog teksi telah membawa penumpang warga mynmar yang telah hidup senang kerana telah
menjadi tokey kedai makan di kawasan selayang.
Betapa senangnya menjadi pendatang di malaysia ini dari pada menjadi warga malaysia sendiri,
kerana itulah pengalaman Blog teksi sendiri.

Blog teksi pernah berniaga sendiri,tetapi barang-barang telah di rampas oleh pihak DBKL
atas alasan berniaga tanpa lesen tetapi peniaga warga asing tidak di ambil apa-apa tindakan
walahal mereka berniaga di kiri dan kanan Blog teksi.

Lihat sahaja pemberian permit teksi persendirian di tahun ini,betapa ramainya warga PR(penduduk tetep)
telah mendapat permit,tapi orang macam Blog teksi warga negara malaysia habuk pun takde.
Blog teksi boleh membutikan atau menunjukkan siapa warga PR ini yang telah mendapat permit,
bukan main tuduh sembarangan,tetapi si halimah(pengarah LPKP) menafikannya.[pembohongan halimah lihat di sini]

Pendatang warga mynmar pula bebas berniaga di kawasan jalan silang berhampiran kota raya
yang di monopoli peniaga Filipina.Jenguklah kedalam kedai-kedai mereka,lihatlah singbord-singbord
di luar kedai macam berada di mynmar rasanya.Kenapa pihak DBKL tidak mengambil tindakan,
ke atas mereka,kenapa membiarkan singbord berbahasa mereka tanpa ada terselit sepatah perkataan bahasa kebangsaan.

Pergilah kepasar borong selayang,lihat dan kiralah deretan kedai di bandar utara itu,berapa banyak
pintu kedai kepunyaan mereka,lihat pula di pasar borong lama berapa ramai pula mereka berniaga,
lihatlah sendiri kalau aku berbohong.

Lihat pula di metro prima kepong yang menjadi perkampongan warga afrika/negro(awang hitam)
apa yang mereka buat,sehingga boleh hidup senang lenang jangan lupa juga di ceras leng seng
dan ampang mereka ada bar dan sibercafe sendiri.
Bersantailah mereka setiap petang sambil di temani awek-awek melayu yang hendak makan kenyang.

Jangan lupa di pandang juga Paya Jaras sungai buluh,masuklah mana-mana kedai,tanyalah siapa mereka
sudah pasti orang-orang dari Aceh.Di kawasan damansara ini kebanyakan kedai runcit di monopoli oleh orang dari Aceh sumatra indonesia.

Kisah di kampong pandan hingga kini,tidak surut di dada akhbar,perkampongan melayu suatu ketika dulu.kini menjadi perkampongan warga asing.

Persoaalan Blog Teksi
mereka bebas berniaga tanpa ada gangugugat pihak berkuasa
mereka menjadi senang lenang dengan berniaga
mereka membawa keluar berjuta-juta RM setiap tahun
mereka membuat negara hampir bankrup dengan pengaliran tunai

Blog Teksi
menjadi warganegara asing,kita akan senang
menjadi warganegara asing,kita bebas berniaga
menjadi warganegara asing kita di alu-alukan oleh pihak kerajaan

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih