Gadis ikut awang hitam
Gadis di larikan awang hitam,Berita di dalam surat khbar hari ini tidak mengejutkan aku langsung
Apa nak di hairankan,sudah orang perempuan melayu,memang banyak sukakan si awang hitam ini
Kalau mereka di perdaya bagi ku,agak mustahil sikit,kerana itu pengalaman ku.
Apa yang kulihat,memang banyak orang-orang perempuan melayu sukakan awang hitam ini.
Kebanyakkan orang perempuan ini semuanya pandai-pandai sebab boleh berbahasa inggeris
dengan fasih,awang hitam mana tau cakap melayu
KUALA LUMPUR 12 Ogos – Ramadan kali ini pastinya berbeza buat seorang ibu apabila anak gadisnya berusia 19 tahun menghilangkan diri dipercayai mengikut awang hitam ke Afrika Selatan, sejak Isnin lalu.
Wanita itu, Roslah Abdul Jani, 43, ketika ditemui di Pejabat Biro Aduan Komuniti di Solaris Dutamas di sini memberitahu anaknya, Nur Dhiya Ain ada menghubunginya sebelum berlepas ke negara tersebut.
Roslah yang juga pengurus operasi sebuah syarikat perkapalan pada mulanya tidak percaya kerana Dhiya atau nama panggilannya ‘baby’ tidak pernah ke mana-mana sendirian.
Tambah merisaukan ibu kepada empat anak itu apabila Dhiya mempunyai masalah hipertensi yang memerlukannya mengambil ubat setiap hari.
“Pada 8 Ogos lalu, saya dan suami pergi ke Melaka untuk menziarahi saudara dan pulang semula ke Kuala Lumpur tengah malam.
“Semasa dalam perjalanan kira-kira pukul 12.10 tengah malam, saya menerima panggilan telefon daripada baby.
“Baby menyatakan dia berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tengah tunggu penerbangan ke Afrika Selatan, ibu doakan saya pergi dan balik dengan selamat,” katanya.
Menurut Roslah, dia tidak sempat untuk bertanya dengan siapa dan berapa lama anaknya itu pergi ke Afrika kerana panggilan tersebut dimatikan.
“Saya yang cemas dengan berita itu kemudian pergi ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields untuk membuat laporan dan meminta bantuan.
Sementara itu, Pengerusi Biro Aduan Komuniti, Datuk Muhd. Khairun Aseh berkata, pihaknya sedang mengesan lokasi sebenar Dhiya dengan bantuan Wisma Putra dan polis antarabangsa (Interpol).
Katanya, berdasarkan modus operandi, pihaknya tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan sindiket memperdayakan warga tempatan dalam penyeludupan dadah.
Selain itu, Khairun turut menyarankan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi mengatasi masalah itu.
Jelasnya, ahli dalam jawatankuasa itu perlu terdiri daripada agensi penguat kuasa dan pihak lain yang berkaitan seperti syarikat penerbangan.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih