Aplikasi MyTeksi semakin berkembang

Tiada ulasan


Penggunaan aplikasi tempahan teksi, MyTeksi di negara ini semakin berkembang dengan kira-kira 1,000 teksi yang menggunakan perkhidmatan itu.

Ketua Produk Serantau GrabTaxi, Aaron Gill berkata, aplikasi ini membantu lebih banyak pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan dengan pantas dan kadar yang sepatutnya mengikut meter.

"Teknologi di negara ini berkembang seiring dengan peningkatan telefon pintar, justeru aplikasi ini banyak membantu pelanggan untuk mendapatkan teksi dengan kadar segera. "Ia membolehkan penumpang mendapatkan teksi yang berada paling dekat dengan mereka dengan mudah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Aplikasi MyTeksi turut dilengkapi dengan sistem penentu kedudukan global (GPS) itu merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini.

Jelasnya lagi, kira-kira 10,000 teksi telah menggunakan aplikasi ini di seluruh Asia Tenggara. "MyTeksi beroperasi di Malaysia seperti di Seremban, Putrajaya dan Johor Bharu.

"Sementara itu, kita juga mempunyai operasi di Bangkok dan Manila serta akan ke Singapura juga," katanya. Aaron menambah, di Bangkok, Singapura dan Manila, MyTeksi dikenali sebagai GrabTaxi.

Baca lagi: aplikasi di sini untuk lebih mengetahui.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih