Punca jalan jem di kuala lumpur
Banyak jalan-jalan di sekitar bandaraya selalu jem walau bukan di waktu puncak adalah sikap pemandu itu sendiri . Kita juga ada undang-undang yang jelas tetapi perlaksanaan tiada . Itu adalah sikap pihak berkuasa sendiri.
KUALA LUMPUR 21 Nov. - Sikap mementingkan diri sendiri oleh segelintir pengguna jalan raya menimbulkan kesusahan kepada pemandu bas dan teksi.
Ini kerana terdapat pemandu kenderaan persendirian yang menggunakan lorong bas dan teksi secara sesuka hati.
Ini tida adil bagi pengguna lain yang dengan berdisiplinnya tabah menempuh kesesakan jalan raya dengan penuh kesabaran.
Tinjauan Utusan Malaysia di beberapa jalan di sekitar ibu kota mendapati, segelintir pengguna kenderaan persendirian bukan sahaja memandu di lorong khas itu, bahkan meletakkan kenderaan mereka di situ.
Orang ramai yang diajukan persoalan ini mendakwa segelintir pemandu membuat kesalahan tersebut mulai pukul 11 pagi hingga 2 petang untuk menghantar barang atau singgah di restoran berdekatan.
Ketika tinjauan dibuat, polis trafik tiba ke lokasi untuk mengambil tindakan dan menyuruh pemandu kenderaan keluar dari kawasan berkenaan.
Seorang tukang kasut di bawah pokok di Jalan Ampang, Shamsudin Ahmad Shari, 49, berkata, dia sudah lali dengan keadaan itu.
"Semalam ada kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal dan kereta kerana memasuki lorong bas serta teksi di sini. Nasib baik tiada perkara buruk yang berlaku.
"Walaupun kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di sini tetapi tidak dihiraukan. Perbuatan mereka ini mengganggu kelancaran perjalanan bas dan teksi," katanya.
Penghantar surat, Mohd. Hakim Shah Rogan Shah, 22 pula berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta menyediakan lebih banyak tempat letak kereta di sini.
"Saya sebagai penghantar surat selalunya mengambil masa sebentar sahaja untuk menjalankan urusan di pejabat berhampiran. Kenapa saya perlu membayar caj parking yang mahal untuk tempoh masa yang singkat? Lepas itu bila parking sekejap sudah disaman," ujarnya.
Pekerja restoran, Muhammad Yusri Yusoff, 28, pula berharap polis trafik memperketatkan kawalan khususnya bagi mengelakkan perkara tersebut terus berulang.
"Mereka ini tidak takut disaman. Saya minta pihak berkuasa menjalankan rondaan selain tindakan penguatkuasaan dengan lebih ketat lagi supaya mereka sedar dan tidak mementingkan diri sendiri," jelasnya.
Sumber: http://www.utusan.com.my
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih