Pemandu tanpa permit satu kesalahan.

Tiada ulasan

Sebanyak 85 kes pemandu kenderaan persendirian yang mengambil penumpang tanpa permit dihadapkan ke mahkamah sejak 2014.

BACA :Kerajaan Perancis mengharamkan uber di Malaysia dihalalkan.

Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Tan Sri Syed Hamid Albar berkata ia termasuk kesalahan daripada pemandu perkhidmatan Uber dan GrabCar.

"Kita sudah ambil tindakan ke atas 85 kes ke mahkamah. Masalahnya adalah mereka ini tidak ada lesen dan melanggar undang-undang.

"Jika ada kemalangan, penumpang tidak akan dilindungi," katanya semasa sidang media selepas majlis perasmian kenderaan operasi mudah alih SPAD di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di sini hari ini.

BACA:Mengapa banyak negara mengharamkan app Uber.



Syed Hamid juga menjelaskan, penggunaan kenderaan persendirian tanpa permit SPAD adalah kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010.

BACA:Demontrasi pemandu teksi membantah UBER

P/s
Dalam beratus-ratus kenderaan persendirian yang digunakan hanya 85 buah sahaja berjaya ditahan.Ini pun setelah para pemandu turun padang bergabung dengan Spad.

BACA:Aplikasi Teksi Uber dan Yahudi

Namun kini spad seakan-akan merestui perkhidmatan mereka dengan pemberian permit PHV (private hired vehicle)

Penyedia aplkasi online yg mengunakan kereta persendirian terdiri dari Uber, Grabcar, EasyTaxi, Backline, Carpool.



Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih