Perkhidmatan teksi sapu satu kesalahan.

Tiada ulasan


Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengeluarkan sebanyak 8,106 notis kesalahan kepada pemandu teksi di negara ini sejak Jun 2011.

Ketua Penguatkuasanya, Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata, kebanyakan kes dicatatkan berlaku di sekitar kawasan Lembah Klang dan tumpuan pelancong.

“SPAD melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan tahap perkhidmatan dan kualiti teksi.

“Tetapi kita dapati teksi-teksi ini masih berada di tahap lama dan kita minta mereka memainkan peranan untuk meningkatkan tahap perkhidmatan masing-masing,”.

Menurutnya, pelbagai tindakan juga sudah diambil kepada pemandu teksi berkenaan sebagai memberi kesedaran untuk meningkatkan tahap kualiti perkhidmatan itu.

“Sejak penubuhan SPAD, sebanyak 4,267 kes dikenakan kompaun, 176 kes dibawa ke mahkamah, 519 kes diberi amaran dan 915 kes dikenakan tindakan pentadbiran. “Manakala baki sebanyak 2,229 kes lagi masih dalam siasatan,” .

“Bagi Januari hingga Mei 2015, sebanyak 1,534 kesalahan pemandu teksi dikenal pasti dan dikenakan tindakan,” katanya.

Mengulas mengenai kegiatan teksi sapu, beliau mengesahkan kebanyakan mereka berada di kawasan tumpuan ramai dan pusat pengajian.

Memberi perkhidmatan teksi sapu adalah kesalahan besar dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 16 Akta Pengangkutan Awam Darat iaitu denda tidak melebih RM10,000 atau setahun penjara bagi kenderaan persendirian.

“Jika mereka menggunakan kenderaan syarikat pula boleh didenda sehingga RM100,000. Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan tindakan pentadbiran melucutkan hak kenderaan terbabit,” katanya.

P/s
Hanya kenyataan shj, sedangkan teksi sapu semakin berkembang, seolah mendapat restu dari pihak spad sendiri

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih