PERHIMPUNAN AMAN WARGA TEKSI DEMI MEMARTABATKAN HAK PEMANDU TEKSI.
PERHIMPUNAN AMAN BESAR-BESARAN WARGA TEKSI DEMI MEMARTABATKAN HAK PEMANDU TEKSI.
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dengan rasa rendah diri, kami dariJAWATANKUASA BERTINDTAK PEMANDU TEKSI LEMBAH KELANG (JKBPTLK) ingin menyeru dan mengajak seluruh warga teksi agar bersama-sama kami mengadakan satu perhimpunan aman besar-besaran.
Asas perhimpunan aman ini diadakan adalah bertujuan menarik perhatian Kerajaan bagi mendengar luahan rasa kecewa dan ketidakpuasan hati kita terhadap SPAD yang telah terbukti gagal melindungi dan menjamin kebajikan serta ekonomi kita.
Didalam Majlis Janji Di Tempati Pemberian 1000 Lesen Teksi Individu oleh YAB Perdana Menteri, Syed Hamid Albar Pengerusi SPAD telah memaklumkan bawaha Kerajaan telah mengarahkan SPAD supaya merangka langkah-langkah tertentu secepat mungkin demi menjamin kebajikan dan ekonomi kita (pemandu teksi). Itu adalah dasar Kerajaan.
Namun SPAD yang telah diamanahkan tanggungjawap menjamin kebajikan dan ekonomi kita, bersikap lepas tangan, dan menyalahkan kita. Belbagai tindakan demokrasi telah dilakukan oleh beberapa Persatuan Teksi, seperti mengadakan perjumpaan dengan SPAD, menghantar memorandum dan mengadakan perhimpuan aman anjuran sesebuah Persatuan Teksi.
Namun sehingga hari ini kita dapat melihat industri teksi kita semakin parah, penumpang kita dicuri Uber dan Grabcar, imej kita diburukkan, system monopoli diperkembangkan, kebajikan kita tidak dijaga dan ketirisan pendapatan kita tidak dibendung.
Cuba kita muhasabah diri, sampai bilakah kita harus mendiamkan diri dan membiarkan pihak yang sepatutnya membela nasib kita mengabaikan tanggungjawap mereka?
Apakah kita ini sampah? Stayed mungkah kita ini hamba abdi yang hanya layak diarah memberi perkhidmatan berkualiti, tanpa kebajikan dan ekonomi kita dilindung?
Sedarilah sahabat-sahabatku.... Kita adalahgolongan yang terlibat secara langsung didalam perolehan pendapatan Negara,makanya Kerajaan meletakkan Industri Teksi dibawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Selain daripada itu kita harus sedar, kita adalah satu komuniti yang sangat besar, dan kita mampu mempengaruhi sesuatu keputusan didalam Pilihan Raya. Dalam satu kenyataan yang dibuat SPAD, komuniti pemandu teksi kini mencecah lebih 100,000.
Saya percaya sekiranya kita semua mampu bersatu hati, kita bukan sahaja mampu menyingkirkan Mahluk Perosak didalam SPAD, sebaliknya kita mampu membentuk “KESATUAN TEKSI” demi membela nasib kita secara keseluruhan. Kita mampu membantah keputusan yang dibuat SPAD, dan SPAD terpaksa mendengar suara kita.
KENAPA SAHABAT-SAHABAH HARUS MENYERTAI PERHIMPUNAN AMAN INI?
Kita harus sedar, apa yang belaku didalam industri kita hari ini adalah berpunca dari diri kita sendiri. Oleh kerana kita terlalu mengharapkan pembelaan, dan berharapkan SPAD akan membela nasib kita.
Kesudahannya 6000 sahabat-sahabat kita berpusu-pusu ke PICC Putrajaya untuk memberi sokongan kepada Syed Hamid Albar, dan SPAD. Tetapi apa kesudahannya?
a. Surcaj RM12 bagi trip ke KLIA dan Klia2 kita dihapuskan.
b. System teksi diLapangan Terbang Antarabangsa KLIA dan Klia2 huru hara.
c. Tambang Teksi dinaikkan setelah diberi tekanan, itu pun huru hara.
d. Tiada tindakan drastik mengharamkan aplikasi Uber dan Grabcar? e. SPAD meminta pemandu teksi mencontohi Uber dan Grabcar.
f. SPAD mengiktiraf aktiviti haram Uber dan Grabcar sebagai perkhidmatan.
g. Sistem monopoli diperkembangkan.
h. SPAD tidak bersetuju pemandu teksi mempunyai permit teksi individu.
Kami tidak ingin menjanjikan sahabat-sahabat dengan janji-janji manis seperti yang diamalkan SPAD, tetapi hala tuju kami:
a. Kami ingin menuntut keprihatian Kerajaan mengharamkan aplikasi Uber dan Grabcar, yang telah terbukti melanggar peraturan, membahayakan keselamatan penumpang dan telah terbukti disalahgunakan.
b. Kami ingin mencadangkan kepada Kerajaan agar Pelan Migrasi Lesen Pengendali diwujudkan, pelan ini tidak member sebarang keuntungan kepada kami, tetapi sebaliknya pelan ini kelak akan memberi peluang kepada seluruh warga teksi memiliki permit teksi individu, setelah mereka tamat perjanjian sewabeli dengan syarikat teksi.
c. Kami ingin menghapuskan segala bentuk ketirisan pendapatan warga teksi,dan meminamakan tekanan yang dihadapi warga teksi.
d. Mewujudkan satu suasana kebebasan beropersi tanpa ada sekatan, termasuk mengakhiri gejala-gejala pihak tertentu mengaut keuntungan dengan mengendalikan kaunter teksi, dan banyak lagi.
Ayuhlah sertai kami berhimpun bersama-sama di tiga lokasi yang telah ditetapkan, sebelum kita akan bergerak ke satu lokasi yang bakal membentuk gelombang besar kebangkitan warga teksi.
Kita bukan ingin menentang Kerajaan, tetapi kita hanya ingin mendapatkan perhatian Kerajaan agar Kerajaan yang sedia ada agar merombak SPAD dan seterusnya membantu kita merialisasikan hasrat Kerajaan menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi Negara.
Ketika ini kita tidak mampu menyahut seruan Kerajaan untuk menaiktaraf mutu perkhidmatan teksi, kerana usaha kita terhalang oleh kegagalan SPAD menjalankan amanah yang telah diamanahkan kepada mereka bagi menjamin kebajikan dan ekonomi kita.
Kami berharap perhimpunan aman besar-besaran ini akan diserta oleh semua pemandu teksi, tidak kira bermeter ataupun berkopun. Kerana kegagalan kita bersatu hati akan menyebabkan SPAD menyediakan batu nesan kepada kita, manakala Uber dan Grabcar akan terus menguasai industri kita. Ketika itu kepentingan yang sahabat-sahabat banggakan dan pertahankan akan tetap terkubur bersama sikap penting diri.
Kami berharap pada tarikh perhimpunan itu, kita semua mampu melumpurkan perkhidmatan teksi sepenuhnya, kerana kerugian satu hari tidak beroperasi tidak akan memberi kesan seburuk kerugian yang terpaksa kita hadapi sepanjang umur, setelah industri kita ditakluki Uber dan Grabcar.
Sehubungan dengan itu, kami merayu dan menyeru kepada seluruh warga teksi yang bermaruah, agar bersama-sama kami berjuang demi memartabatkan hak kita. Jangan biarkan penceroboh memasuki rumah kita dan merompak harta benda kita, tidak guna kita mempunyai bapak, jika bapak itu hanya sekadar melihat anak isterinya di perkosa penceroboh. Kita harus singkir bapak yang tidak bertanggungjawap itu.
AGENDA : PERHIMPUNAN AMAN BESAR-BESARAN WARGA TEKSI DEMI MEMARTABATKAN HAK PEMANDU TEKSI.
TARIKH : 18hb NOVEMBER 2015
LOKASI 1 : PADANG MERBOK
LOKASI 2 : MASJID KUALA LUMPUR
LOKASI 3 : JALAN CONLAY
MASA :10:00AM
LOKASI PENYATUAN : KLCC DAN BUKIT BINTANG.
Sumber:grop whatapp JKBPTLK
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
sudah2lah menyalahkan pihak lain..dlm ramai2 yg bhimpun tu takkan sorang pun takda idea2 yg bernas utk meningkatkan taraf perkhidmatan teksi korang..zaman teknologi bang...aku sdn beralih pada grabcar/uber.tmpt aku ni mana ada teksi masuk.laluan utama nun 3km dr rmh aku..so elok guna grabcar.kenapa kata grabcar/uber ambil pelanggan korang..pengguna makin bijak..kami sebagai pengguna berhak memilih..media plak asyik support teksi je.xnk plak tanya pendapat pengguna..kalau la pihak media interview pengguna cm aku,aku akan kata teksi mengarut,cekik darah,mcm gangster pun ada.elok kerajaan pantau pemandu2 teksi ni..
BalasPadamsudah2lah menyalahkan pihak lain..dlm ramai2 yg bhimpun tu takkan sorang pun takda idea2 yg bernas utk meningkatkan taraf perkhidmatan teksi korang..zaman teknologi bang...aku sdn beralih pada grabcar/uber.tmpt aku ni mana ada teksi masuk.laluan utama nun 3km dr rmh aku..so elok guna grabcar.kenapa kata grabcar/uber ambil pelanggan korang..pengguna makin bijak..kami sebagai pengguna berhak memilih..media plak asyik support teksi je.xnk plak tanya pendapat pengguna..kalau la pihak media interview pengguna cm aku,aku akan kata teksi mengarut,cekik darah,mcm gangster pun ada.elok kerajaan pantau pemandu2 teksi ni..
BalasPadam