Vape:Tindakan KKM melampaui batas.
kenyataan cikgu bad SAMM
Kenyataan Media.
7 Nov 2015.
Tindakan KKM melampaui batas.
Rentetan peristiwa yang telah berlaku sepanjang tiga hari yang lalu bermulanya dengan kenaikan cukai harga rokok telah menyaksikan kerakusan sebuah badan kementerian kerajaan dalam menangani sesuatu isu.
Bermulanya daripada pengumuman oleh Menteri Kesihatan Malaysia sendiri iaitu Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang mengatakan akan merampas setiap cecair perasa atau lebih dikenali sebagai flavor dikalangan pengguna vape yang mempunyai kandungan nikotin. Ini jelas telah mendatangkan kegusaran buat kesemua pengguna vape dari pelbagai peringkat umur. Ini adalah kerana vape hari ini adalah satu alternatif yang kelihatannya telah berjaya menangani isu ketagihan rokok oleh kebanyakan perokok tegar di dalam negara. Umum sedia maklum bahawa hampir 90% jenis flavor yang dijual di dalam Malaysia mengandungi nikotin. Sebagai garis panduan kepada KKM, antara yang terkandung didalam sesebuah flavor adalah cecair asal iaitu air,bahan perisa seperti perisa buah-buahan dan sedikit cairan nikotin yang jika dikaji mengikut sukatannya adalah jauh lebih selamat berbanding dengan kandungan bahan yang boleh kita temui dalam sebatang rokok tradisional. Sekadar sedikit peringatan kepada KKM, mungkin mereka telah terlupa akan ayat " Produk ini mengandungi lebih 4000 bahan kimia termasuk tar,nikotina dan karbon monoksida yang membahayakan kesihatan"
Ini secara jelas telah mewujudkan 'sikap double standard' yang secara jelas telah dipamerkan oleh KKM. Rokok yang diakui dunia memang merbahaya dan boleh mengundang kepada penyakit seperti barah paru-paru dan kanser dijual secara meluas di setiap pasaran negara. Amat mendukacitakan bila rokok yang satu masa dahulu diangkat sebagai musuh negara,diberhentikan pengiklanannya di media elektronik secara meluas,difatwakan haram,disahkan merbahaya kini masih dijual meluas didalam negara. Malah lebih melucukan bila vape sebagai salah satu alternatif bagi mengubati ketagihan rokok diperangi habis-habisan.
Lebih mendukacitakan lagi apabila Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dengan gelojohnya memberitahu kepada awam melalui saluran Astro Awani bahawa kerajaan akan mengenakan cukai eksais keatas vape.
Pertamanya sekali kami di Solidariti Anak Muda Malaysia ingin menzahirkan rasa kecewa kami kerana Doktor Subra secara jelas mempamerkan sikap gelojoh Doktor itu sendiri hingga mengabaikan beberapa fakta penting. Haruslah umum tahu bahawa cukai eksais adalah sebuah cukai keatas barangan kawalan kastam berjadual jadi secara jelasnya ianya adalah dibawah kawalan sepenuhnya Jabatan Kastam Malaysia bukannya KKM seperti di war-warkan oleh Datuk Seri Dr. S. Subramaniam. Sebagai seorang Menteri yang memegang jawatan Menteri Kesihatan, seharusnya Doktor Subra lebih arif dan tahu bahawa untuk mengenakan cukai eksais ke atas vape haruslah melalui pembentangan di parlimen dan mendapatkan kelulusan daripada jemaah menteri dan bukannya secara semberono dibuat oleh Doktor sendiri.
Selain daripada itu, boleh dirujuk pada
http://www.customs.gov.my/ms/faq/Pages/faq_exs.aspx
Telah dinyatakan dengan jelas bahawa antara barangan yang dikenakan eksais adalah rokok, tembakau dan keluaran tembakau. Jelaslah tiada nikotin yang disenaraikan dalam senarai barangan kawalan berjadual yang bermaksud tindakan mengenakan cukai eksais keatas vape adalah satu tindakan kurang bijak dari Dr. S. Subramaniam.
Oleh yang demikian, SAMM mendesak supaya pihak KKM menghentikan serta merta operasi menyerbu ke premis-premis perniagaan vape yang ada dalam negara. Seharusnya sebagai sebuah badan kerajaan, KKM haruslah yang pertama adalah fokus kepada menyediakan garis panduan pembuatan flavor vape. Kemudian jalankan kajian bagi membuktikan bahawa vape lebih memudaratkan daripada rokok kerana kajian diluar negara membuktikan sebaliknya daripada apa yang telah KKM nyatakan.
Kerana itu, SAMM dengan ini menjemput kesemua pengguna vape,perokok,aktivis dan pengamal media untuk hadir ke satu sesi penyerahan memorandum kepada KKM bagi menyuarakan bantahan kr atas ketidak adilan ini. Butiran acara adalah seperti berikut :-
Penyerahan Memorandum isu banteras vape. Tarikh : 13/11/2015 Waktu : 11.00 am Lokasi : Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya P.I.C. : 0183557923 Hery
Muhamad Zulkhairie Dzulcaply Solidariti Anak Muda Malaysia blackparade505@gmail.com
sumber:facebook
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
Tiada ulasan :
Catat Ulasan
Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih