20 warga Nigeria didakwa.

Tiada ulasan

PETALING JAYA - Seramai 20 lelaki warga Nigeria mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas empat pertuduhan termasuk menyerang empat pegawai polis ketika serbuan di Pangsapuri Flora Damansara di sini, bulan lalu.

Semua tertuduh membuat pengakuan itu dihadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd. Nasir selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan dalam Bahasa Inggeris.

Semua tertuduh Onorwu Chimuanyi Vincent, Augustine Ekene Okora, Onyeikpe Uzoma Onyekachi, Ndubuisi Osuagwu, Uchenna Stanley Ayozie, Chibuzo Kingsley Orji, Onyiyedi George Oboduagy, Eberredu Daniel Chima, Okeke Charses, Obilor Macdennis Chinemerem, Osuji Chimobi, Chinedu Aligwe, Kabuye Christian, Nwokenna Tochukwu Nwabueze, Chibuzo Goodluck, Okeke Chinedu Darling Ton, Charlse Uche Anyanwy, Ususledrock Onyedikachi, Mathew Kelechi Cletus dan Anoka berusia lingkungan 22 hingga 38 tahun.

Mengikut pertuduhan pertama, 10 tertuduh iaitu Onorwu Chimuanyi Vincent, Augustine Ekene Okora, Onyeikpe Uzoma Onyekachi, Ndubuisi Osuagwu, Uchenna Stanley Ayozie, Chibuzo Kingsley Orji, Onyiyedi George Oboduagy, Eberredu Daniel Chima, Okeke Charses dan Obilor Macdennis Chinemerem didapati mengganggu ketenteramam awam dengan melakukan suatu rusuhan yang boleh didakwa mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada empat pegawai polis ketika menjalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam yang didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Berdasarkan pertuduhan ketiga, mereka didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan empat pegawai polis yang boleh dikemukakan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan di bawah Blok F, Flora Damansara di sini pukul 11.12 malam 28 Julai lalu.

mereka diwakili peguam M. Tharuma Ratnam, Dinesh Ramachandran dan Siti Rohaya Mohd. Tajuddin manakala kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid.

Kes ditetapkan semula untuk sebutan pada 5 September nanti.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih