Kereta proton ciplak akan di lancarkan

2 ulasan
PROTON Holdings Bhd  akan menggantikan Waja dan dikatakan mampu meningkatkan lagi penguasaan pasaran Proton dalam industri automotif tempatan dan antarabangsa akan menampilkan salinan versi Mitsubishi Lancer 2.0 dan mungkin di lancarkan pada november ini.

Menurut sumber terdekat, kemasukan kembali 'ciri Mitsubishi' dalam Proton itu hasil kerjasama pembangunan kejuruteraan terbaru antara Proton dan Mitsubishi Motors Corporation (MMC), yang juga bekas pemegang sahamnya.

"Model yang akan digunakan Proton bagi menggantikan Waja ini akan menampilkan beberapa perubahan kosmetik dalaman dan luaran berbanding model Lancer 2.0 GT sedia ada di pasaran.
Antaranya, ia akan menggunakan enjin dengan kapasiti yang lebih kecil sedikit, iaitu 1.8 liter, komponen dalaman menggunakan produk keluaran vendor tempatan yang terpilih serta beberapa ciri lain yang dapat menjadikan model itu mampu menawarkan harga lebih berdaya saing.

Sumber itu menjelaskan, pengeluaran model baru dengan kuasa enjin 1.8 liter itu dilihat pemangkin terbaik untuk syarikat automotif nasional itu dalam memenuhi perubahan keperluan dan selera pembeli, khususnya generasi muda.

Katanya, Proton yang mendapat sokongan padu daripada MMC, dijangka tidak menghadapi sebarang masalah dalam memenuhi permintaan, memandangkan model gantian Waja itu akan dipasang di kilangnya sama ada di Shah Alam, Selangor atau di Tanjung Malim, Perak.

Ketika ini, model sedia ada Mitsubishi Lancer 2.0 GT yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, dijual pada harga RM120,598.10 tanpa insurans di negara ini.

Ramai orang sudah mengetahui mengenai perkara ini, namun di sini Blog teksi ingin mengulangi bahawaProton Waja tersebut adalah 100% yang di import daripada Jepun. Hanya “bumper” hadapan, dan belakang sahaja yang berbeza dengan Mitsubishi Lancer asal. Di mana, bahagian tersebut adalah dihasilkan di Malaysia oleh syarikat sama yang menghasilkan untuk “bumper” kereta Toyota Vios.

Kereta-kereta tersebut telah pun berada di bumi Malaysia. Jika anda adalah pembeli awal Proton Waja tersebut, anda sangat beruntung kerana segala komponen pada kereta tersebut adalah 100% buatan Jepun kecuali “bumper” depan dan belakang. Anggaran bagi
Proton Waja tersebut mungkin sekitar RM70k-90k.

Bagi Blog Teksi proton tetap tahap cap ayam bukan keretanya tapi syarikatnya,sudah puluhan tahun tetapi tidak boleh lagi mengeluarkan kereta sendiri.Bukankah proton mempunyai ramai jurutera,tidak bolehkah mereka satu kereta yang 100% buatan tempatan,kalau setakat hendak tukar bumper, bonet,lampu berlambak bengkel melayu yang boleh membuatnya,tak perlu mengupah ramai jurutera hendak membuatnya.Bagai mana proton hendak bersaing di arena antarabangsa ?Bolehkah kita mengaku keluaran rakyat malaysia?


Lihat lain-lain gambar di sini dan di sini





2 ulasan :

  1. Hohoho...bro...aku keje proton dan salah sorang modeller (buat model keta)

    Keta ni hanyalah sbg strategy marketing bro...
    Keta waja,Neo,Savvy, Exora,SagaBLM sumer dh buat sendiri bro..nak buat sebijik keta modal beso bro...beratus2 juta kene habiskan...

    BalasPadam
  2. @YastroSemasa artikel ini di tulis sy mendapat info yg salah mungkin.

    Sy ada mendapat info yg benar dari sumber yg boleh dipercayai yg,mengatakan versi Mitsubishi Lancer 2.0 ini juga ciptaan anak tempatan.

    BalasPadam

Letakkan komen anda disini.Segala komen adalah dihargai.
Terima Kasih